Itu adalah diantara beratus-ratus komen kurang ajar dan biadab peminat Namewee yang boleh dibaca difacebooknya. Komen-komen yang mengatakan Melayu babi, Melayu anjing dan entah apa-apa lagi usah ceritalah...tak terbaca. Horas! tak larat nak screenshot kesemuanya.
Nampaknya budaya kurang ajar dan biadab yang disuburkan oleh Namewee sudah mula diterima dan dipraktikkan oleh pengikut-pengikutnya. Mereka sudah tidak teragak-agak lagi untuk memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat...hatta kepada agama Islam.
Inilah hasilnya bila kerajaan terlalu berlembut dan menutup mata diatas apa yang pernah dilakukan Namewee. Namewee menghina lagu kebangsaan...dibiarkan. Namewee hina azan subuh...dibiarkan. Namewee hina Melayu...dibiarkan. Malah dengan semua perbuatan buruknya...Namewee ditatang pula bagai minyak yang penuh.
Komen yang dibawah sekali mungkin ada kaitan dengan kenyataan yang ini:
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap pengarah filem Nasi Lemak 2.0, Namewee "bukan seorang yang konvensional dari segi pendekatan dan pemikirannya". Sehubungan itu, Najib yang juga presiden Umno menggalakkan Namewee terus memberi pandangan menyokong gagasan 1Malaysia.
"Saya difahamkan beliau merupakan penyokong kuat 1Malaysia. Jadi saya galakkan beliau terus memberi segala pandangan sebagai seorang blogger. "Atau mungkin cara-cara lain seperti penerbitan filem yang mencerminkan sokongan kita kepada gagasan 1Malaysia," katanya.
Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, Najib juga berharap pihak lain terus menyokong gagasan tersebut.
Najib bagaimanapun enggan mengulas hasil karya Namewee - terkenal dengan lagu 'Negarakuku" - yang dikatakan mempunyai unsur yang tidak elok. "Saya tidak mahu memberi komen, sebab masing-masing ada kelainannya. Dia merupakan seorang yang agak ada kelainannya. "Bukan seorang yang konvensional dari segi pendekatan dan pemikirannya," katanya." - sumber: novandri.blogspot