Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Wednesday, March 28, 2012

Kemalangan di Putrajaya: Jenazah Allahyarham Saifuddin Selamat Disemadikan....

Jenazah seorang lagi sahabat Horas! yang terlibat dalam kemalangan di Putrajaya petang semalam selamat dikebumikan sekitar jam 10.00 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham Saifuddin Kandar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makan Hj. Dol Said,Seremban.



Semoga roh Allahyarham dicucuri dengan rahmat dan kasih sayang oleh Allah SWT.....



 Isteri dan anak-anak Allahyarham


 Saudara Azhar Hambali - KP UMNO Bahagian Hulu Langat



credit foto: Zamri Dato' Mohamad


Semoga Allah Mencucuri Rahmat Keatas Roh Kedua Mereka...........

Sungguh Horas! terkejut apabila menerima berita yang memaklumkan 5 sahabat Horas! terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Putrajaya sekitar jam 5.30 petang semalam. 

Kemalangan tersebut berlaku ketika kelima-lima mereka dalam perjalanan pulang dari KLIA menuju ke Kajang selepas menghantar Saudara Al-Dita Aladin yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Langat yang bakal menunaikan umrah.





Bertambah terkedu apabila diberitahu 2 daripada mereka terkorban, seorang cedera parah dan berada didalam keadaan kritikal, manakala 2 orang lagi masing-masing patah kaki dan bahu.


Estima milik Ahmad Zarani yang dipandu oleh Md Yazid@Atan dikatakan terbabas menyebabkan sisi sebelah kanan kenderaan tersebut merempuh sebatang tiang lampu ditempat kejadian.

Tiga sahabat Horas! yang duduk dibahagian belakang tercampak keluar.

Yang terkorban ialah Khairul Isham Janarudin, Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Bahagian Hulu Langat dan Saifuddin Kandar, AJK Pemuda Bahagian.

Yang cedera ialah Ahmad Zarani - SU Pemuda UMNO Bahagian, Md Yazid Ghazali (Atan) - Ketua UMNO Cawangan Caw Taming Impian dan Mohd Razif - Ketua Pemuda Kantan Permai. 

Mohd Razif dilaporkan berada didalam keadaan kritikal 

Sebaik menerima berita berkenaan Horas! terus berkejar ke Hospital Serdang apabila dimaklumkan oleh rakan-rakan bahawa jenazah yang terkorban telah dibawa kehospital berkenaan.

Sebahagian lagi rakan-rakan bergegas kehospital Putrajaya...tempat mereka yang cedera dirawat.

Ketika Horas! sampai diperkarangan bilik mayat Hospital Serdang, kedua-dua jenazah masih berada didalam landrover polis, menunggu untuk proses pengecaman oleh keluarga masing-masing.

Horas! tidak dapat menahan air mata. Sebak benar rasanya bila melihat 2 orang anak lelaki Allahyarham Saifuddin yang masih kecil menangis kesedihan ketika ibu mereka membuat pengecaman keatas jenazah bapa mereka.

YB Ketua Bahagian, Datuk Hj Johan yang turut berada disitu juga Horas! lihat tidak dapat menahan kesedihan. Bergenang air mata beliau ketika mengusap kepala anak-anak Allahyarham Saifuddin.

Begitu juga keadaannya apabila melihat isteri Allahyarham Khairul Isham yang sedang sarat mengandung tujuh bulan anak mereka yang kelima tersedu sedan menangis ketika membuat pengecaman keatas jenazah suaminya.

Jenazah kedua-dua mereka dimandi, dikafan dan disembahyangkan di Hospital Serdang sebaik sahaja  proses bedah siasat selesai dijalankan.

Jenazah Allahyarham Khairul Isham kemudiannya dibawa kerumah keluarga di Sungai Sekamat, Kajang, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sekamat sekitar jam 12.30 malam tadi.


Manakala jenazah Allahyarham Saifuddin pula dibawa kerumah keluarga di Paroi, Seremban dan dijangka akan dikebumikan pukul 9.00 pagi ini.

Terima kasih kepada Datuk Johan yang dari awal hingga akhir bertungkus lumus mengurus dan berusaha  mempermudahkan segala hal berkaitan hingga jenazah dua sahabat Horas! itu dapat dituntut dan dibawa keluar oleh waris masing-masing dari hospital dalam jangkamasa yang singkat.

Pada dua sahabat Horas! - Kerol dan Din Ceria - Bersemadilah dengan tenang disana.

Sama-sama kita doakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan kasih sayangNya keatas roh kedua mereka.....

Allahyarham Khairul Isham Janarudin

Allahyarham Saifuddin Kandar

Juga sama-sama kita doakan agar yang mengalami kecederaan cepat sembuh.....

 Saudara Mohd Razif

 Saudara Ahmad Zarani

Saudara Md Yazid Ghazali (Atan)




Monday, March 26, 2012

Mesra Dengan Arak Bukti PAS Semakin HamPAS.


Cuba bayangkan kalau pemimpin UMNO yang ada dalam gambar diatas...pasti riuh Malaysia dengan maki hamun dan kutukan juak PAS.



Sunday, March 25, 2012

Terima Kasih Atas Bantuan UMNO/BN. Kerajaan PR? Siap Pilih Bulu Beb...!

Lebih 20 ribu warga yang sayangkan UMNO dan BN menyambut DS Najib di Dusun Tua, Hulu Langat semalam.

3,578 ribu mangsa banjir dari Hulu Langat dan Ampang menerima bantuan wang tunai dan lain-lain barangan keperluan berjumlah kira-kira RM7 juta dari UMNO dan BN.

Sementara penyelesaian masalah banjir jangka panjang dirancang, DS Najib dengan bermurah hati turut meluluskan peruntukan RM7.5 juta dari kerajaan pusat bagi penyelesaian jangka pendek masalah berkenaan.

Terima kasih kepada Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, YB Datuk Hj Johan Abdul Aziz yang tidak putus-putus berikhtiar dan berusaha mencari jalan membantu mangsa-mangsa banjir dikawasan beliau.

Dan yang paling penting, Datuk Hj Johan membantu semua mangsa tanpa mengira apa fahaman politik mereka. Sama rata....sama rasa.






credit foto: Tahran Nazim, Jendela Semasa & UM

Khabarnya hari ini kerajaan PR Selangor pun akan mengagih-agihkan bantuan dari mereka di Hulu langat. 

Cuma ada cerita-cerita yang kurang enak berlegar tentang bantuan kerajaan PR Selangor itu.

Horas! tidak pasti samada ianya benar atau tidak, namun ada mangsa-mangsa banjir di Hulu Langat yang rasa terkilan kerana nama mereka tidak dimasukkan dalam senarai penerima bantuan semata-mata kerana mereka bukan penyokong tegar Pakatan Rakyat.

Kalau benarlah perkara tersebut berlaku, memang sah lah kerajaan PR tidak boleh diharap. Nak beri bantuan pun mereka pilih bulu. 

Yang sokong mereka dapat...yang tak sokong dibiarkan terkontang-kanting.

Kerajaan berkebajikan apa kalau begitu sikapnya.............

Apa-apa pun kena 'berterima kasih' juga kepada kerajaan PR kerana dalam keadaan rakyat menghadapi masalah dan kesulitan mereka (PAS) sempat menganjurkan satu konsert - kemudiannya dibatalkan disaat akhir - dan satu ceramah oleh Khalid Samad.

 

Kisahnya.....klik disini dan disini

 

Kisahnya.....klik disini dan disini



Saturday, March 24, 2012

Terima Kasih DS Najib Kerana Meluangkan Masa Turun Sekali Lagi Ke Hulu Langat.

Tak sampai sebulan turun ke Sungai Long merasmikan majlis pecah tanah sebuah SJKC dan mengumumkan pemansuhan 50% kutipan tol Grand Saga, DS Najib sekali lagi turun ke Hulu Langat.

Kali ini kerana beliau ingin meninjau sendiri keadaan kampung-kampung yang terlibat dengan banjir besar yang berlaku tidak lama dulu dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada mangsa-magsa terlibat.

Pemimpin UMNO/BN Hulu Langat dan seluruh warganya yang menyokong kepimpinan DS Najib dengan berbesar hati amat mengalu-alukan kedatangan beliau.




Sesungguhnya amat beruntung rakyat kerana memiliki seorang PM yang amat prihatin seperti DS Najib.

Setakat yang Horas! tau, selain MB Khalid Ibrahim, kepimpinan tertinggi PR seperti anak beranak Anwar dan anak beranak Lim Kit Siang serta Karpal tiada yang pernah menziarah bertanya khabar mangsa-mangsa banjir di Hulu Langat.

Begitu juga dengan kepimpinan tertinggi PAS seperti Mat Sabu, Mahfuz, Salahuddin Ayub  mahupun Nizar. Langsung tak turun menziarah. Padahal negeri Selangor dibawah kuasa mereka.

Terlalu sibuk sangatkah mereka? 
Sedangkan kalau mahu dibandingkan tahap sibuknya, sudah tentulah PM yang bertanggungjawab mentadbir dan mengurus negara beratus kali ganda lebih sibuk dari mereka.

Tak tahulah pula Horas! kalau mereka ada turun secara senyap-senyap pada waktu malam sewaktu orang lain semua dah tidur.

Kalau bercerita atau bercakap tentang menjaga kebajikan rakyat merekalah juaranya. Kononnya merekalah yang paling prihatin dan paling faham segala masalah yang dihadapi rakyat marhaen.

UMNO dan BN kata mereka zalim serta suka menindas dan menganiaya rakyat. 
UMNO dan BN kata mereka selalu menipu dan tidakpernah peduli dangan untung nasib rakyat.

Pendek kata UMNO dan BN itu serba serbinya tak elok. Itu mereka jaja pagi, petang, siang dan malam.

Tapi bila berlaku musibah seperti bencana banjir yang berlaku di Hulu Langat, Horas! yakin ramai yang dapat menilai dan melihat pihak mana yang sebenarnya prihatin, memahami dan akan berusaha sedaya upaya menghulurkan bantuan.

Tak lain dan tak bukan adalah UMNO/BN.

Nak harapkan pemimpin-pemimpin PR...kirim salam lah. 
Setakat berceramah dan memaki hamun mengutuk itu dan ini tak betul boleh la.

Thursday, March 22, 2012

Kisah Benar Yang Patut Dijadikan Tauladan Oleh Mat Sabu dan Ostat Badrulamin.

Salah satu kisah menarik, yang cukup baik untuk kita ambil iktibar ialah mengenai seorang jemaah haji (lelaki) yang gagal masuk ke Masjidilharam. Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya (Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din), jadi saya tidak mengenalinya. 
Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah, setiap kali hendak masuk ke masjid, dia tiba-tiba sahaja menjadi panik seperti orang yang ketakutan. Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah keluar semula dari masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya. 
Selepas gagal kali pertama, lelaki itu cuba sekali lagi tetapi apabila orang-orang di dalam masjid memandang ke arahnya, dia terus berlari balik ke rumah tumpangannya semula. Kejadian aneh ini berlaku berulang-ulang kali selama hampir seminggu sehingga lelaki tadi tidak dapat sembahyang di dalam Masjidilharam. 
Melihat keadaan yang sungguh aneh itu, seorang sahabat datang memberitahu saya dan minta supaya saya cuba ubati lelaki itu. Saya bersetuju tetapi tidak terus melakukannya. Sebaliknya saya cuba mendapat maklumat mengenai lelaki tersebut terlebih dahulu. Saya sengaja berbuat demikian sebab saya rasa mesti ada sesuatu kesalahan yang telah dibuatnya hingga menyebabkan dia menjadi sedemikian rupa. Jadi saya suruh kawan saya selidiki dahulu latar belakang lelaki itu. 
Kawan saya pun pergilah berjumpa semula dengan lelaki itu dan minta dia ceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku. Mulanya lelaki tersebut malu untuk bercerita, tapi selepas dipujuk akhirnya dia bersetuju. Ceritanya amat memalukan tapi memberi banyak pengajaran.

Sebenarnya lelaki berkenaan mempunyai hobi yang sangat buruk iaitu menonton filem lucah. Filem lucah sudah jadi macam makanan hariannya malah pada malam terakhir hendak bertolak ke Mekah pun dia sempat lagi menonton filem lucah. Rupa-rupanya, lelaki itu memberitahu bahawa setiap kali hendak memasuki Masjidilharam, dia tiba-tiba sahaja ternampak seorang perempuan yang dalam keadaan bogel menerkam ke arahnya atau seperti mencari-carinya. Maka kerana takut kelakuan perempuan tadi akan memalukan dirinya, lelaki berkenaan melarikan diri. 
Selepas mengetahui kedudukan sebenarnya, barulah saya ubatkan lelaki tadi. Saya diberitakan selepas itu barulah dia dapat masuk ke masjid. Itupun cuma sampai ke pintu. 

Lelaki dalam cerita diatas, kesalahan atau dosa yang dilakukannya adalah kerana gemar menonton filem lucah.

Bagaimana pulak dengan Mat Sabu dan Ustaz Bardrulamin yang kantoi dalam bilik hotel dengan perempuan yang masih menjadi isteri orang lain?

Mat Sabu siap berphone sex lagi.




Wednesday, March 21, 2012

Ketua AMK Terengganu Pun Dah Berani Ugut Hadi Awang.

Kasihan PAS.

Nak mempertahankan hak sendiri pun tak boleh.
Bercakap sikit kena ugut. Bersuara sikit kena warning

Walhal PKR di Terengganu bukan ada kekuatan dan pengaruh pun. PKR wujud di Terengganu pun kerana sokongan dan dokongan PAS.

Tapi kini, yang menyokong dan mendokong kewujudan mereka pun AMK Terengganu nak gigit.

Lagi sekali.....kasihan PAS....

Apa-apa pun...pada Horas!, mengugut untuk memboikot aktiviti PAS Terengganu serupa lah macam mengugut Presiden PAS, DS Hadi Awang.

Cai PAS tak terasa ke?





Tuesday, March 20, 2012

Pemimpin Naik Motorsikal: Mat Lambai Yang Terrrrrr...Over...


TS Muhyiddin Yassin selamba naik motorsikal.


 MB Negeri Sembilan pun sama.


 Orang muda macam KJ lagi lah tak ada masalah bawak motorsikal.


 DS Hishamuddin siap senyum lebar lagi...


DS Zahid Hamidi nampak enjoy bawak kapcai


 Anwar pun tak ada masalah membonceng motorsikal walaupun nampak kekok dan muka cuak semacam


 Penjaga Serambi Mekah ini pun ok....

Baik pemimpin BN mahupun pemimpin PR nampaknya tak ada masalah naik motorsikal. Horas! pun tak fikir mereka menunggang atau membonceng motorsikal tu untuk tujuan memburu glamour.

Tapi berlainan benar dengan makhluk suka melambai dibawah ni.
Dia memang mahu setiap aksinya menunggang atau membonceng motorsikal dirakam.






Tak cukup dengan gambar naik motorsikal...gambar tunggang basikal jaguar (panggilan untuk basikal tua berpalang dikampung Horas!) pun Nizar suruh orang rakamkan. Semuanya kerana nak glamour dan cari perhatian. 

Hampehhhh!...




Sunday, March 18, 2012

Ceramah Bapak Parasit Disambut Pada Tahap Sejuk Beku Di DUN Dusun Tua.





Lebih kurang jam 9 tadi, Khalid Samad datang berceramah di Dewan Orang Ramai Kampung Padang yang terletak didalam DUN Dusun Tua.

Boleh dibilang dengan jari jumlah hadirin yang datang mendengar ceramah Khalid.

Nampaknya ini kali kedua warga Hulu Langat menyambut dingin ceramah lelaki yang mesra dengan gelaran bapak parasit ini.

Sebelum ini Khalid pernah datang berceramah di Dewan Haji Mat Silin, Beranang. Klik disini.

Kasihan.....Khalid Samad gagal lagi....


kredit foto: Tuan Deris Bidin


Orang Hulu Langat Harapkan Bantuan, Bukan Ceramah Politik.



Ini la kerja PAS.
Ceramah, ceramah, ceramah tak habis-habis...

Buat konsert tak jadi...dia bagi ceramah pulak.

Oii Khalid.....orang sibuk nak kemas rumah lah.....


Saturday, March 17, 2012

Santai Ahad: Hasil Seni Menarik Dari Secawan Kopi.



 John Lennon!



 Obama pun ada....





Yang diatas ini mungkin hasil seni yang paling disukai Sam Ketot...





sumber: fotomenarik.com

Siang, UMNO/BN Hulurkan Bantuan, Malam, PAS Pulak Sakau.

Tengahari tadi, UMNO dan BN Hulu Langat menyampaikan bantuan kewangan peringkat kedua kepada 1300 orang yang kediaman mereka terjejas akibat bencana banjir yang berlaku tidak lama dulu.

Walaupun mungkin tidak dapat menampung jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pemilik-pemilik rumah berkenaan, namun sedikit sebanyak ianya dapat meringankan beban mereka.




Ket. UMNO Bhgn Hulu Langat, Datuk Hj Johan dan timbalannya, Datuk Markiman Kobiran menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.


Dan malam ini pula....

PAS akan menyakau duit warga Hulu Langat dengan mengadakan satu konsert yang mana tabung-tabung PAS pasti akan berlegar sewaktu konsert tersebut berlangsung.


Tahniah PAS...!!! kerana amat memahami bahawa mangsa-mangsa banjir tersebut ketika ini AMAT MEMERLUKAN satu konsert bagi meringankan beban mereka.