Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Monday, April 30, 2012

Segunung Simpati Untuk Unit Amal PAS.



Cogankata mereka menarik dan besar makna serta dalam maksudnya...'BERAMAL KERANA ALLAH'..

Memang begitulah sepatutnya apa yang kita lakukan sementara hidup didunia ini.

Kita beramal kerana ALLAH...
Kita bersolat kerana ALLAH...
Kita bersedekah kerana ALLAH...
Kita merapatkan silaturrahim kerana ALLAH...
Kita berkasih sayang sesama manusia kerana ALLAH...
dan begitulah seterusnya.....

Tapi sayang...dengan cogankata yang sebegitu mulia dan hebat...tenaga-tenaga muda dalam Unit Amal PAS (yang Horas! yakin niat asal mereka menyertainya ikhlas kerana agama), telah dipergunakan dengan sewenang-wenangnya oleh pemimpin-pemimpin mereka sendiri..hanya demi keuntungan politik yang berkiblat kepada Anwar Ibrahim.

Fikirkan sejenak, bagaimana dengan cogankata 'BERAMAL KERANA ALLAH' itu, mereka saban malam bersengkang mata berkawal menjaga keselamatan pelajar-pelajat IPT yang berdemo menuntut PTPTN dihapuskan. Walhal yang dikawal dan dijaga keselamatannya itu elok ketawa riang bergaul tanpa batas dan tidur sekhemah jantan betina. 


Bolehkah diterima akal yang waras bahawa apa yang Unit Amal PAS itu lakukan itu 'BERAMAL KERANA ALLAH' sedangkan perbuatan-perbuatan mahasiswa dan mahasiswa yang mereka jaga itu terang-terang dilaknat Allah?

Dalam demo BERSIH 3.0 baru-baru ini dapat kita lihat bagaimana Unit Amal PAS dengan begitu bersungguh sekali mengawal dan menjaga keselamatan Ambiga. 


Daripada kesungguhan mereka itu dapat kita lihat bahawa mereka akan sanggup untuk melakukan apa sahaja, hatta hingga mencagarkan nyawa jika ada mana-mana pihak berani menyentuh atau mengapa-apakan Ambiga

Bolehkah diterima akal yang waras bahawa apa yang mereka lakukan itu 'BERAMAL KERANA ALLAH'? Sedangkan manusia yang mereka kawal keselamatannya dengan penuh jiwa raga itu kafir yang  menyokong seks bebas dan menyokong serta amat suka kalau ada umat Islam yang mahu murtad?

Kalau bersubahat dan melindungi mereka-mereka yang melakukan kejahatan itu salah disisi Islam...adakah bersubahat dan melindungi mereka yang memperjuangkan seks bebas, seks songsang dan menyokong umat Islam menjadi murtad itu tidak salah pada fikiran Unit Amal PAS?

Lihat pula bagaimana mereka diguna dan dijadikan sebagai lembu gila untuk merempuh pasukan keselamatan di KLCC dan seterusnya mencetuskan huru hara dan ancaman kepada pasukan keselamatan. Adakah perbuatan mereka itu boleh ditafsirkan sebagai 'BERAMAL KERANA ALLAH'? Adakah Allah suka pada keganasan dan perbuatan-perbuatan yang melampaui batas?


Itulah Unit Amal PAS masa kini. Mereka sudah jauh tersasar dari cogankata murni yang sepatutnya mereka pegang dan amalkan.

Mereka dipergunakan untuk melakukan perkara yang ditegah Allah tanpa mereka sedar. Gula-gula pukau yang diberi oleh pemimpin mereka amat mustajab dan berkesan hingga mereka tidak lagi mampu berfikir dan menilai samaada apa yang mereka lakukan itu benar atau salah. 

Mungkin mereka sanggup melakukan apa sahaja kerana mereka telah dijanjikan segunung pahala dan  juga dijanjikan jalan mudah kesyurga oleh pemimpin mereka...wallahhu a'lam.

Cuma Horas! mahu rakan-rakan pembaca fikirkan, adakah Allah akan mengurniakan pahala kerana amal mereka bersengkang mata menjaga keselamatan mahasiwa dan mahasiswi yang melakukan maksiat di Dataran Merdeka tempohari?

Atau.....

Adakah Allah juga akan mengurniakan pahala yang tidak terhitung atas amalan mereka yang bermati-matian menjaga keselamatan Ambiga sedangkan wanita hindu tersebut pejuang seks bebas tegar dan menyokong umat Islam agar menjadi murtad?

Horas! yakin, rakan-rakan pembaca sekalian ada jawapannya......

Horas!: Harap Unit Amal PAS dapat menggugurkan cogankata mereka itu selepas ini. Dah tak kena benar nampaknya.



BERSIH 3.0 : Cara Mudah Mat Sabu Melepaskan Tengkuk Yang Tersepit.

Kata Mat Sabu, yang melakukan provokasi dan keganasan semasa demo BERSIH 3.0 adalah anggota PDRM sendiri. 

Yang menyertai demo tersebut kata Mat Sabu semuanya mengikut arahan penganjur, berdisiplin dan dapat dikawal dengan baik.

Pendek kata, peserta demo tempohari bersopan santun dan tidak ganas sama sekali.

Pengerusi Lajnah Guaman Pas Pusat, Asmuni Awi pula kata, anggota polis yang bertugas dalam Ops Aman di sekitar Dataran Merdeka bertindak di luar kawalan.

Tak cukup dengan itu, Asmuni kata pula anggota polis macam 'AFRICAN WILD DOG', tidak berakhlak, dan lebih teruk dari polis Israel.

Kalau diikut kata Mat Sabu yang pernah ditangkap basah didalam bilik hotel bersama isteri kawan baiknya suatu masa dulu, maka manusia-manusia dalam gambar dibawah (yang Horas! bulatkan dengan bulatan berwarna merah) ini adalah anggota-anggota polis yang menyamar jadi peserta demo belaka.
















Alahai Abang Mat!....totok-totok bebal yang menyokong PAS atau PR boleh lah kamu kelentong hidup-hidup dengan alasan bodoh sebegitu. Tapi rakyat yang mengikuti perkembangan BERSIH 3.0...yang benci dengan keganasan dan cintakan keamanan takkan dapat kamu kelentong hidup-hidup.

Pada Asmuni pula, lihat gambar diatas dan kamu dengan mudah akan dapat merumuskan...pihak mana yang sebenarnya perangai mereka tak ubah macam 'AFRICAN WILD DOG'.

Malangnya lah penganut-penganut PAS dapat timbalan presiden yang sebodoh Mat Sabu.




Thursday, April 26, 2012

28 April...Hari Menuai Pahala Bersama Ambiga.



Nik Aziz kata rakyat 'wajib' hadiri perhimpunan Bersih 3.0.
Jika dikatakan 'wajib'...maka berdosalah sesiapa yang tak menyertainya.

Disinilah kehebatan dan keunikan PAS jika mahu dibandingkan dengan mana-mana parti politik ataupun NGO-NGO lain yang memperjuangkan Islam diseluruh dunia.

Jika diperihalkan siapa sebenarnya Ambiga kepada parti-parti politik mahupun NGO-NGO berteraskan Islam yang ada dunia ini, pasti mereka akan menentang habis-habisan wanita hindu yang diketahui aktif menyokong pemurtadan umat dan pengamalan seks bebas dan luar tabiie itu

Tapi itu tidak berlaku pada PAS. Malah PAS mengangkat Ambiga sebagai srikandi sejati yang akan memudahkan mereka mendapat pahala dan seterusnya memimpin tangan mereka ke syurga.

Jadi, pada sesiapa yang ingin mendapat pahala dengan cara dan jalan paling mudah, ikutlah nasihat Nik Aziz. Anda bolehlah join Ambiga pada 28 haribulan ni.

Mudah-mudahan akan menimbun dan tak terhitung pahala yang akan anda semua perolehi nanti.




Wednesday, April 25, 2012

PAS Buat Cerita Sedih Lagi...


Juak PAS kata ada pihak tertentu membuat khianat dengan mengoyak dan merosakkan poster, banner dan lambang parti mereka.

Pihak tertentu?...berlapiklah kononnya.

Pihak tertentu manalah lagi yang sering menjadi mangsa telunjuk jahat dan busuk PAS kalau bukan UMNO.

Nasihat Horas!...jangan mudah terpedaya kalau PAS membuat cerita mengatakan banner, poster atau bendera parti mereka dikoyak dan dirosakkan.

Itu trick yang paling biasa dan yang paling kerap digunakan oleh PAS untuk menarik perhatian dan simpati rakyat apabila terdesak. Mereka mahu menggambarkan kononnya UMNO itu jahat dan akan sentiasa cuba menganiaya dan menzalimi mereka walau dengan apa cara sekali pun.

Trick busuk ini pernah mereka gunakan di PRK Merlimau dan hasilnya telah memakan diri mereka sendiri. Klik disini.

Nampaknya PAS tak pernah mahu belajar atau mahu mengambil pengajaran dari kesilapan dan kebodohan tindakan mereka dimasa yang lalu.



Tuesday, April 24, 2012

Wajib Tonton: Tahniah Penguatkuasa DBKL..!!!




Kata tak bagi peluang...DBKL dah bagi peluang...
Kata tak dibawak berbincang...DBKL dah cuba bawak bincang dan nasihatkan baik-baik. Tapi mereka tak endahkan dan tetap berdegil.

Mereka ikut keras kepala dan kurang ajar mereka saja.

Sekarang baru padan dengan muka makhluk-makhluk bebal yang berdemo pasal tak mahu bayar hutang ni.
Baru penguatkuasa DBKL bertegas sikit dah lintang pukang dan huru hara beb!.

Yang lawaknya...ada pula seorang bebal yang menjerit-menjerit mahu saman DBKL kerana tindakan tegas penguatkuasa mereka.

Pada sibebal...cermin-cerminlah muka sendiri dulu. Tengok apa kesalahan yang kau buat.

Kau yang tak hormat undang-undang, kau yang langgar undang-undang, kau yang halang tugas penguat-penguatkuasa tu...lepas tu ada hati pulak ugut-ugut nak saman pihak yang mahu laksanakan tanggungjawab mereka menguatkuasakan undang-undang.

Apa punya turrrrrrr la!

Inilah kualiti mahasewel-mahasewel yang berdemo di Dataran Merdeka pasal tak mahu bayar hutang belajar.

Bodohnya tak boleh diajar....pandainya tak boleh diikut.

Pada pasukan penguatkuasa DBKL, teruskan tugas anda. Horas! yakin, ramai rakyat yang cintakan kemakmuran dan kesejahteraan yang mereka dapat nikmati selama ini menyokong tindakan anda itu.

Horas!: Tahniah DBKL...



Monday, April 23, 2012

Antara Manifesto Terbaik PAS Untuk PRU13




Mengapa pembinaan kuil pula yang mereka utamakan?

Sudah terlalu banyakkah masjid yang PAS bina untuk kemudahan umat Islam beribadah hingga keutamaan kini diberikan untuk membina kuil-kuil pula?

Walhal kita semua tahu, kebanyakan masjid-masjid yang ada dinegeri yang kini mereka kuasai rata-ratanya dibina semasa UMNO mentadbir negeri-negeri tersebut.

Aneh! Mereka cukup keberatan dan amat berkira untuk membina sebuah masjid. Tapi sikap keberatan dan berkira itu hilang begitu sahaja apabila ianya melibatkan pembinaan rumah ibadat penganut-penganut agama lain.

Itulah PAS. Cakapnya tidak pernah serupa bikin.

Dalam perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia atau ringkasnya disebut PAS (walaupun sepatutnya disebut PIS), dasar mereka ialah Islam manakala seruan PAS pula ialah Allahuakbar.

Horas! yakin rakan-rakan pembaca sekalian tidak ada masalah dengan dasar dan seruan PAS itu. 
Yang jadi masalah ialah apabila dasar dan seruan itu tidak selari dengan apa yang diamalkan oleh PAS kebelakangan ini.

Sukar untuk dipercayai PAS yang selalu berbangga dengan dengan perlembagaannya itu sebenarnya lebih banyak membawa kerosakan jika dibandingkan dengan kebaikan kepada agama.

Bayangkan, mereka kata dasar mereka adalah Islam dan seruan mereka Allahuakbar...tapi dalam masa yang sama mereka katakan pula Allah SWT itu mencarut dan samseng.

Mereka kata dasar mereka adalah Islam dan seruan mereka Allahuakbar...tapi mereka pakat lelong kalimah Allah untuk sewenang-wenangnya digunakan oleh kafir yang kita ketahui tidak percaya kepada Allah dan agama Islam.

Dan bukti paling besar bahawa dasar dan seruan mereka itu sebenarnya hanyalah setakat diatas kertas sahaja ialah apabila mereka tidak ambil peduli dengan isu umat Islam murtad yang berlaku tidak lama dahulu di Selangor. Malah dengan begitu selamba, ada kalangan pemimpin mereka yang berkata isu murtad tersebut adalah remeh.

Sebaliknya, UMNO yang mereka tuduh kafir, menolak Islam dan sekularlah yang bersungguh-sungguh mempertahankan kalimah Allah dari dilelong, dan UMNO jugalah yang bersungguh-sungguh menangani isu umat Islam murtad yang mereka anggap remeh.

Nak harapkan PAS? Kirim salamlah. 

Jadi, masih mahu memberikan kepercayaan dan undi anda kepada parti yang sebegini?
Tepuk dada....tanya selera.






Sunday, April 22, 2012

Kemalangan di Putrajaya: Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia.



Horas! baru menerima berita dari seorang sahabat memaklumkan seorang lagi mangsa yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Putrajaya pada 28hb Mac lalu telah meninggal dunia.

Mohd Razif Rashid - Ketua Pemuda Kantan Permai - yang berada didalam keadaan koma dan dirawat di ICU Hospital Putrajaya semenjak terlibat dalam kemalangan tersebut meninggal dunia sebentar tadi.

Jenazah Allahyarham kini dalam proses untuk dibawa kerumah ibu bapanya di Lot 7222, Jalan Melati 2, Sungai Kantan, Kajang.

Al-Fatihah....

Semoga roh Allahyarham dicucuri dengan rahmat dan kasih sayang oleh Allah SWT.

Sedih benar rasanya. Horas! kini telah kehilangan tiga orang sahabat akibat kemalangan tersebut.

Horas!: Horas! ada menulis tentang kejadian malang dan menyayat hati berkenaan disini, disini dan disini.




Saturday, April 21, 2012

Santai Ahad: Apa Yang Ada Disebalik Kecantikan Dan Keseksian Seorang Wanita?

Wanita dibawah ini cantik bukan?

Yang mengaku mereka lebih Islam dari orang Islam yang lain macam Mat Sabu dan beberapa orang ADUN PAS yang kita ketahui pernah kantoi dengan isteri orang sebelum ini pasti akan cair bila berhadapan dengan wanita cantik begini.

Anwar? Usah ceritalah. Sedangkan China Doll yang tergaru-garu macam berkurap pun dia sebat..kalau yang sebegini entah lah....,Pasti akan meleleh air liur dan menggeliat kegagatalan jantan tua itu kalau disogokkan dengan wanita secantik ini. 



Sekarang mari kita lihat apa sebenarnya yang ada disebalik kecantikan dan keseksian seorang wanita yang selama ini boleh mencairkan ramai lelaki - termasuk lebai-lebai PAS.










Masih lagi rasa tertarik? 

Yang ada hanyalah tengkorak dan tulang rangka...... :)




Demo Hapuskan PTPTN Oleh Mahasewel Ibarat Senjata Makan Tuan Kepada Pakatan.



Semua sudah tahu bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyatlah yang menjadi dalang dan tulang belakang disebalik demo hapuskan PTPTN yang ketika ini dilakukan oleh sekumpulan mahasewel di Dataran Merdeka.

Pakatan Rakyat jugalah yang menyediakan segala keperluan, dari khemah hingalah makan dan minum kepada mahasewel-mahasel itu.

Boleh dikatakan saban hari ada saja  pemimpin dan aktivis dari Pakatan yang menziarah serta memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada mahasewel-mahasewel yang sedang berdemo itu. Mereka minta mahasewel-mahasewel itu istiqamah untuk terus berkampung disitu.

Pemimpin Pakatan berharap UMNO, BN dan seterusnya kerajaan akan tertekan, kelam kabut akhirnya tunduk dengan desakan untuk menghapuskan PTPTN yang dibawa didalam dengan demo itu. Nanti bolehlah mereka tampil dengan watak hero yang memperjuangkan suara pelajar.

Tapi kasihan, nampaknya apa yang mereka hajat dan idam-idamkan akan terjadi itu setakat ini langsung tiada bayang bakal menjadi kenyataan.

Kerajaan langsung tidak  gundah gulana dan jauh sekali panik dengan demo yang dilakukan oleh mahasewel-mahasewel itu. Kerajaan sekadar membalas tekanan yang diberi oleh mahasewel dan pemimpin Pakatan dengan penjelasan yang munasabah serta logik. Kerajaan dengan sabar jelaskan kepada rakyat mengapa tuntutan tersebut tidak perlu dilayan. 

Alhamdulillah...setakat ini rata-rata rakyat menerima dengan baik penjelasan yang diberikan oleh kerajaan dan demo oleh mahasewel-mahasewel yang ditaja oleh Pakatan tersebut langsung tidak mendapat sokongan majoriti rakyat.

Sudah lah demo yang ditaja tak mendapat sokongan, kini Pakatan ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pula. Isu PTPTN yang mereka harapkan dapat menjadi senjata untuk menikam UMNO dan kerajaan akhirnya terbalik menikam diri mereka sendiri.

Kini mereka pula yang didesak oleh banyak pihak untuk memberikan pendidikan percuma dipusat-pusat pengajian tinggi dinegeri-negeri yang mereka tadbir dan kuasai. 

Kerajaan Selangaor yang dikuasai oleh PKR didesak untuk memberikan pendidikan percuma di UNISEL dan KUIS. 

Manakala kerajaan Kedah dan Kelantan yang dikuasai oleh PAS didesak pula untuk memberi pendidikan percuma di KUIN dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Setakat ini, kepimpinan Pakatan yang menguasai ketiga-tiga negeri tersebut langsung tidak memberi jawapan yang konkrit berkaitan dengan desakan yang dibuat itu. 

Mereka sekadar terkebil-kebil biji mata sambil bersilat dan konar baring kesana kemari memberi pelbagai alasan. Dan dalam setiap alasan yang mereka cipta itu, mereka akan kaitkan dengan UMNO, BN dan kerajaan. Haprak sungguh!!!.....

Benarlah kata kebanyakan teman-teman Horas! yang tidak berparti tapi tak pernah pula lupa untuk menunaikan tanggungjawab membuang undi. Kata mereka, pembangkang yang ada di Malaysia ini sebenarnya langsung tidak berkualiti dan low class. Mereka lebih banyak menyusahkan berbanding memudahkan rakyat.

Cakap mereka lebih banyak yang kosong daripada berisi.

Apa yang mereka perjuangkan selalunya tidak munasabah dan tidak berpijak dibumi nyata. Hanya perjuangan syok sendiri yang tujuannya hanya untuk memancing perhatian rakyat. Sambil itu mereka gula-gulakan rakyat dengan janji-janji manis yang lunak-lunak dan sedap didengar.

Yang tidak mahu berfikir panjang akan terpengaruh. Mereka tidak sedar bahawa janji-janji yang ditaburkan tersebut setakat dibibir yang hanya dijadikan penambah rasa didalam ceramah sahaja. 

Lihat saja puluhan janji-janji manis yang mereka taburkan semasa berkempen dalam PRU12 yang lalu. Hanya sedikit janji yang dapat mereka tunaikan. Janji yang ditunaikan itu pun penuh dengan masalah, tersekat-sekat dan tidak menyeluruh.

Akhir kalam...mari sama-sama kita baca luahan hati seorang pelajar di KUIS yang amat terbeban dengan bermacam-macam caj tersembunyi yang dikenakan oleh IPT milik kerajaan negeri Selangor itu.




Luahan pelajar diatas jelas membuktikan betapa bebal dan butanya mahasewel yang berdemo dan betapa cakap tak serupa bikinnya Pakatan Rakyat.

Friday, April 20, 2012

Mereka Semakin Tidak Peduli Dengan Sensitiviti Umat Islam.


Tadi teman Horas! mengirimkan gambar diatas.

Menurut beliau, ketika sedang bersarapan disebuah cafe terkenal yang mempunyai banyak rangkaian, datang pasangan suami isteri berbangsa Cina bersama seoorang kanak-kanak turut bersarapan disitu. Mereka membawa bersama mereka seekor anjing kecil yang berikat lehernya.

Ketika baru sampai, sambil memegang tali pengikat anjing itu, tuannya membiarkan anjing kecil tersebut berlegar-legar disekitar kawasan meja yang dia duduki...maka habislah kaki-kaki kerusi dan meja dihidu-hidu oleh anjing kecil itu.

Tidak lama selepas itu, ketika pasangannya sedang memesan makanan, anjing tersebut dinaikkan pula keatas salah sebuah kerusi yang ada oleh tuannya. Maka duduk sambil sekejap-sekejap berdirilah anjing kecil itu diatas kerusi yang pada waktu yang lain mungkin akan diduduki pula oleh pelanggan yang beragama Islam.

Menurut teman Horas! lagi, yang paling menjadikan beliau semakin sakit hati adalah apabila anjing kecil tersebut disuapkan oleh tuannya dengan makanan yang dipesan tadi. Terjelir-jelir lidah anjing tersebut mengambil makanan yang disuapkan oleh tuannya. Kemudian...dengan tangan yang sama - yang mungkin dah terkena air liur dari mulut anjing itu - tuan anjing berkenaan memegang pula pisau, garfu dan cawan.

Isteri teman Horas! yang tidak berpuas hati melihat keadaan itu kemudiannya  mengadu kepada salah seorang pekerja cafe berkenaan. Dalam keadaan serba salah sipekerja memberitahu, perkara itu sudah acap kali berlaku.

Isunya...adakah pihak pengurusan cafe berkenaan akan menyamak pisau, sudu, garfu serta cawan dan pinggang itu mungkin sudah terkena najis berat itu? Sedangkan pada masa yang lain mungkin ianya akan digunakan pula oleh pelanggan yang beragama Islam. Tidakkah teraniaya namanya apabila pelanggan yang beragama Islam tanpa sedar sebenarnya menikmati makanan mereka dari peralatan yang telah dicemari najis mughallazah?

Horas! sendiri sebenarnya pernah melihat perkara yang sama berlaku didepan mata kepala sendiri. Tapi apa yang Horas! lihat dan lalui lebih meloyakan.

Suatu malam ketika sedang menikmati roti canai dan teh tarik disebuah restoran nasi kandar terkenal di Subang Jaya, datang satu keluarga Cina duduk disebelah meja Horas!.

Rakan-rakan pembaca sekalian mahu tahu apa yang keluarga terbabit lakukan? 

Selepas memesan makan dan minuman dan sementara menunggu pesanan mereka sampai..dengan selamba mereka menikmati daging babi salai yang mereka beli disebuah kedai menjual makanan tersebut yang letaknya tidak jauh dari restoran nasi kandar tersebut.

Dan dengan tangan memegang daging babi salai sebelum itu jugalah mereka memegang sudu, garfu, pinggan dan gelas yang ada didepan mereka apabila makanan yang mereka pesan sampai.

Sungguh Horas! merasa geli dan sakit hati apabila melihat keadaan itu. Akibat tidak berpuas hati, Horas! memanggil pemilik restoran tersebut yang kebetulan Horas! kenali. Horas! adu dan ceritakan apa yang berlaku dimeja sebelah.

Dia turut memberitahu perkara yang sama seperti apa yang yang diberitahu oleh pekerja cafe tempat teman Horas! dan isterinya bersarapan. Katanya, perkara sebegitu sudah banyak kali berlaku.

Horas! tanyakan apa yang akan beliau buat dengan peralatan yang sudah tercemar dengan najis mughallazah tersebut? Kata pemilik restoran itu...setiap kali perkara itu terjadi..dia akan mengarahkan pekerjanya membuang sudu, garfu serta pinggan dan gelas yang telah dicemari najis itu.

Bila Horas! tanyakan samada dia akan menyamak kerusi dan meja yang mungkin juga telah mereka pegang...pemilik restoran nasi kandar tersebut terdiam.

Ketika beredar, Horas! sempat melihat pemilik restoran nasi kandar tersebut pergi kemeja yang diduduki oleh keluarga Cina terbabit dan bercakap sesuatu dengan salah seorang daripada mereka. Dia kemudiannya membawa lelaki tersebut ketempat yang sedikit tersembunyi. Apa yang mereka cakapkan....wallahu a'lam.

Itulah realitinya keadaan di Selangor hari ini. Yang bukan Islam (bukan semua) sudah tak berapa peduli lagi dengan sensiviti umat Islam.

Terpulanglah pada rakan-rakan sekalian untuk menilai dan mengkaji mengapa perkara-perkara sebegini semakin galak terjadi ketika ini.

UMNO atau BN bukanlah sempurna 100%..ada juga kesilapan yang terjadi semasa pentadbiran mereka di Selangor dulu.

Tapi ketika itu...Horas! tidak pernah pula melihat perkara-perkara seperti yang diceritakan diatas terjadi. Dan Horas! juga tidak pernah mendengar teman-teman Horas! bercerita perkara yang sama.




Mahasewel Diserang: Tidak Mustahil Insiden Tersebut Dirancang Oleh Pakatan.

Semasa PRK Merlimau, PAS pernah buat dajal dengan menuduh UMNO menaikkan banner-banner yang tertera perkataan 'Undi PAS Masuk Syurga' dan 'PAS Melaka Menyokong Penuh Fahaman Pluralisme Agama Dato Seri Anwar Ibrahim' dimerata tempat di Merlimau.



Walhal mereka sendiri yang cetak, naikkan...kemudian pura-pura terkejut lalu menurunkan banner tersebut. Lepas tu pakat ambil gambar dan kata ianya perbuatan UMNO. 

Mengapa mereka lakukan perkara itu? 

Hanya semata-mata kerana mahu menggambarkan mereka dianiaya oleh UMNO dan seterusnya berharap pengundi akan bersimpati kepada mereka. Akhirnya senjata makan tuan. Pengundi jadi menyampah dengan taktik busuk PAS dan kesannya calon mereka kalah dengan bergaya.

Begitu juga halnya dengan kes yang berlaku di Batu Gajah, Perak. Tidak mustahil banner dibawah digantung sendiri oleh juak-juak PAS. Lepas itu mereka meluru buat laporan polis dan tuduh kononnya 'banner' tersebut dipasang oleh pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menjahanamkan PAS. Siapa lagi yang mereka tuduh kalau bukan UMNO.




Juga jangan lupa dengan kes Mat Sabu yang menuduh polis zalim kerana sanggup melanggar beliau hingga cedera kepala lutut. Walhal bila keluar video tentang insiden tersebut, kita sendiri dapat lihat...dia sendiri yang sebenarnya menyondol kenderaan polis.

Sama juga halnya dengan DAP. Mereka sanggup mencederakan diri sendiri untuk menggambarkan kerajaan atau UMNO zalim dan seterusnya berharap rakyat akan bersimpati kepada mereka.

Lihat sahaja aksi pembantu khas Ronnie Liu, Wong Chuan How yang menuduh kononnya pegawai SPRM telah mengasari beliau hinnga patah kaki. Sedangkan dia cedera kerana perbuatannya sendiri yang menggelupur dan meronta-ronta sehingga terjatuh akibat tidak mahu memberikan kerjasama kepada pegawai SPRM ketika ditahan.

Itu belum lagi dicampur dengan kes kematian misteri Teoh Beng Hock yang dikatakan kononnya angkara perbuatan gangster DAP sendiri tapi dimanipulasi secukup-cukupnya oleh DAP untuk memburuk-burukkan kerajaan yang tujuannya semata-mata kerana mahu mengalih perhatian rakyat daripada skandal rasuah pemimpin mereka.

Kalau PKR punya perangai, usah ceritalah. Kalau Horas! tuliskan satu persatu, silap-silap boleh muntah rakan-rakan pembaca sekalian membacanya. Cukup-cukup buruk dan busuk. Semuanya salah UMNO dan kerajaan.

Mahasewel-mahasewel yang berdemo mahu PTPTN dihapuskan ketika ini pun dua kali lima perangainya dengan pemimpin-pemimpin PR.

Jangan lupa, semasa demo di UPSI dulu ada antara mereka yang cedera dan kemudiannya menuduh kecederaan tersebut terjadi angkara perbuatan polis. Walhal dia sendiri yang sondol dan tanduk cermin pintu kaca klinik sampai luka.

Safwan Anang ketika kejadian tersebut dikatakan dalam keadaan nazak dan seolah-olah hanya menunggu masa untuk tercabut nyawanya kerana cedera parah dibelasah polis...sedangkan keesokannya tersebar berita yang dia amat berselera sekali melantak makanan yang disediakan pihak hospital tempat dia dirawat.



Berbalik kepada isu mahasewel diserang di Dataran Merdeka baru-baru ini, pada Horas!, tidak mustahil ianya dirancang oleh Pakatan Rakyat memandangkan mereka adalah dalang dan penaja disebalik demo mahasewel-mahasewel itu.

Sementelah itu adalah kaedah yang paling kerap mereka gunakan untuk membangkit kebencian rakyat kepada kerajaan berdasarkan track record mereka seperti apa yang Horas! tulis diatas?

Mereka terdesak dan malu kerana demo yang mereka dalangi itu langsung tak mendapat sambutan seperti yang diharap-harapkan.

Harap yang turut serta 5000 orang dalam demo itu...tapi yang datang tak sampai 300 orang.
Harap ramai yang akan turut serta berkhemah di Dataran Merdeka...tapi jumlahnya cuma seciput. 

Dan semakin malang apabila jumlahnya makin kurang dari hari kesehari apabila ada kalangan mahasewel yang bertindak meninggalkan tapak perkhemahan.

Jadi sesuatu perlu dilakukan. Siapkan upah dan kemudian arahakan juak-juak mereka serang mahasewel-mahasewel itu tanpa pengetahuan mahasewel-mahasewel itu sendiri. Kemudian tuduh ianya dilakukan oleh UMNO

Harapannya biar pelajar-pelajar lain marah pada UMNO dan kerajaan dan seterusnya bertindak balas dengan berduyun-duyun datang memberikan sokongan kepada mahasewel-mahasewel di Dataran Merdeka.

Tapi nampaknya trick busuk tersebut tak menjadi. Buktinya...yang berkampung di Dataran semakin kurang...kurang dan kurang.

Pada DBKL, biarkanlah berapa lama pun mahasewel-mahasewel tersebut mahu berkampung disitu. Setahun...dua tahun atau sampai sepuluh tahun sekalipun...biarkanlah.

Apa yang perlu DBKL lakukan hanyalah mengeluarkan sedikit peruntukan untuk membeli dan meletakkan pagar mudah alih setinggi had pinggang disekeliling kawasan mahasewel-mahasewel tersebut berkhemah.

Sekurang-sekurangnya ia boleh jadi tarikan baru dibandaraya Kuala Lumpur.

Masakan tidak, orang ramai sambil lalu lalang boleh melihat betapa di dataran Merdeka sudah ada zoo yang menempatkan sejumlah manusia yang secara sukarela membiarkan diri mereka duduk didalam kandang sebiji macam beruk.




Siri 2 : Sikap Toleransi Pemimpin Politik Melayu Dalam Isu Panas Kuil Seksyen 19, Shah Alam.



Selepas demonstrasi kepala lembu sebuah filem dokumentari bertajuk “Tauke Mancis dan Minyak Tumpah.” 

Filem ini memaparkan kesah kumpulan penduduk Melayu yang menentang kuil Hindu di pindahkan dari Seksyen 19 ke Seksyen 23. (http://www.youtube.com/watch?v=djrnYNsG6Bo). 

Sebahagian daripada masalah kuil di Seksyen 19 sudah dipaparkan dalam filem itu. Filem ditayangkan di Menara PKNS PJ pada 16/10/2010.

Seramai 17 penduduk Seksyen 19 hadir dijemput pengarah filem. 

Dalam filem itu pengurusi persatuan kuil Seksyen 19 mengaku mereka adalah penduduk tempatan sedangkan penduduk sekitar tidak kenal mereka. Mereka kata ketika cuti hari raya penduduk beri mereka kunci rumah dan minta tolong beri kucing makan. Penduduk Islam tidak pernah meninggalkan kunci rumah kepada pihak lain. 

Kenapa mereka mendakwa kuil itu berusia 106 tahun didaftarkan pada tahun 1903?. Sudah ujudkah pejabat pendaftar Pertubuhan ketika itu?. Jika benar kuil itu sudah berdaftar kenapa PKNS letak papan tanda “Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan Didakwa”. Kenapa bekalan air hanya dimasukkan Jun 2006?

Mungkin kuil kecil yang penduduk lihat pada tahun 1988 itu berusia ratusan tahun? Bagaimana pula tambahan yang dibuat tahun 2006 tanpa pelan dan permit PBT?. 

Pada tahun 1988 kuil itu kecil usang dikawasan semak terbiar tidak ada bekalan elektrik dan air. Ketika Tan Sri Muhammad Taib menjadi MB beliau tidak benarkan sebarang aktiviti dikuil itu hingga ia dipindahkan. 

Pada tahun 2005 semua penduduk kawasan setinggan dipindahkan. Semasa perjumpaan penduduk dengan bekas Adun Batu Tiga Datuk Salomon pada tahun 2006 penduduk bertanya kenapa kuil tidak dipindahkan?. Beliau jawab hendak pindahkan setinggan lebih mudah daripada memindahkkan kuil. Pelbagai tuntutan dibuat jika pindahkan kuil, sudah beberapa lokasi ditawarkan ditolak. 

Pada tahun 2006 kuil diaktifkan oleh penduduk dari kawasan lain selepas bekalan elektrik dan air dimasukkan. Logikkah YB Khalid Samad menyalahkan UMNO konon tidak berbuat apa apa selama 26 tahun untuk atasi isu kuil Seksyen 19. Kenapa tidak persoalkan kenapa Hindu kuil enggan keluar dari tapak itu walaupun tahu disitu tapak rumah 16 unit? 

Dalam filem itu YB Khalid Samad menuduh UMNO terlibat dalam demontrasi kepala lembu dan kekecohan di MBSA. YB Adun Batu Tiga, Puan Rodziah berucap selepas tayangan filem dihadapan diplomat asing dan ramai bukan Islam yang hadir malam itu juga menyalahkan UMNO dalam isu demonstrasi kepala lembu. Kenapa UMNO yang dipersalahkan?

Penduduk Seksyen 19 ramai kecewa sikap pemimpin Melayu yang menyalahkan sesama bangsa dihadapan bukan Islam.

Sebelum demonstrasi di SUK, penduduk Seksyen 19 dan NGO dijemput ke Seksyen 23. Penduduk melihat tapak kuil sudah dipagar berhampiran padang permainan dan penempatan penduduk Islam. Seorang penduduk Seksyen 19 persoalkan kepada pihak media kenapa kuil Seksyen 19 perlu diganti, sedangkan yang menggunakan kuil itu adalah penduduk kawasan lain yang menceroboh tanah PKNS.

Penduduk Seksyen 23 hantar memorandum bantahan tetapi tidak dipedulikan oleh pihak berkuasa. Mereka juga persoalkan kenapa surat pesetujuan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 pada 07/05/2009 hanya ditanda tangani oleh YB Rodziah, YB Khalid Samad dan wakil kuil sahaja?. Kenapa tidak ada wakil penduduk Islam Seksyen 23 dipanggil dalam mesyuarat itu?.

Keputusan mesyuarat juga bersetuju kuil di Seksyen 19 dibenarkan beroperasi hingga penghujung tahun 2010. Walaupun bantahan telah dibuat penduduk Seksyen 23 namun Menteri Besar Selangor buat ulasan pada 18/08/2009 pembinaan kuil akan di teruskan. Ini menyebabkan penduduk menjadi marah dan buat demonstrasi di SUK pada 28/08/2009. 

Apabila kepala lembu diusung sebagai tanda protes ramai buka mata dan isu itu mendapat liputan meluas keseluruh negara. Pelbagai pihak buat ulasan konon hina penganut agama Hindu?. Jika berlaku kepada penduduk Islam kenapa tidak ada tindakan segera?.

Dalam filem Tauke Mancis dan Minyak Tumpah ditunjukkan demonstrasi kepala lembu mendapat liputan akhbar-akhbar diluar negara. Pada September 2009 demonstrasi kepala lembu menjadi tajuk utama pelbagai media dan blog-blog.

Banyak laporan polis telah dibuat. Kita tidak hairan jika pihak kuil mendapat sokongan daripada kaumnya. Apa yang menghairankan pemimpin Islam PR ramai bersimpati kepada bukan Islam hingga ada yang keluarkan pelbagai kenyataan dan fatwa konon menghina anutan agama lain.

Pada 04/09/2009 Harakah tuduh UMNO dalang kepala lembu. Kenapa UMNO dipersalahkan hanya kerana salah seorang peserta demo ialah pemuda UMNO yang tinggal di Seksyen 23. Kenapa UMNO tidak boleh dilihat bersimpati kepada penduduk Islam?. Kenapa pihak kuil disokong MIC tidak jadi isu pula?.

Media dan blog PR membela pengunjung kuil yang membuat provokasi kepada penduduk Seksyen 19. Melayu bawa kepala lembu menjadi isu sensitif sedangkan pengunjung kuil tidak penduli pun sensitiviti penduduk Islam Seksyen 19?. Kenapa ada sikap double standard dalam isu kuil itu?. 

Pada April 2008 bendera parti Islam PAS digantung pada papan tanda PKNS dikawasan kuil tidak sensitifkah?. Malah Timbalan Presiden PAS Mad Sabu yang tinggal tidak jauh dari kawasan kuil tidak ambil peduli bendera parti PAS berkibar disitu hinggalah campur tangan NGO barulah bendera PAS diturunkan pada Januari 2009. 

Pada 26/07/2008 Hindu kuil buat perarakan bergendang bawa patung besar kuda terbang waktu tengah malam jam 1 pagi lalu dihadapan rumah penduduk Islam, suasana malam itu kecoh. Tetapi tidak ada tindakan susulan selepas aduan dibuat kepada wakil rakyat walaupun ada ugutan bunuh pada malam itu. 

Pada Januari 2009 dan Ogos 2009 YB Khalid Samad menulis berderet artikel mengenai isu kuil Seksyen 19 tetapi tidak menulis gangguan kuil kepada penduduk Seksyen 19. Kenapa Khalid Samad tuduh NGO buat provokasi kepada kuil Hindu?. Kenapa NGO disindir sebagai tukang perhangat?. Kenapa YB Khalid Samad lebih membela bukan Islam?. Siapa yang memulakan provokasi kepada penduduk Islam? Kenapa Khalid Samad hanya menyatakan sebab kuil dipindahkan kerana kuil berada depan rumah dan tiada tempat parkir kereta untuk pengunjung kuil semasa buat upacara mereka. 

Kenapa pemimpin Islam tidak menjaga sensitiviti masyarakat Islam?. Kenapa YB Khalid Samad sengaja menimbulkan kemarahan pembaca kepada penduduk, NGO Islam dan UMNO?. Adakah Pertubuhan NGO Islam sengaja datang ke Seksyen 19 tanpa sebab yang serius?. Kenapa mereka lebih prihatin membantu penduduk dalam kesusahan?. 

Aduan penduduk tidak diberi perhatian oleh wakil rakyat tetapi bila penduduk minta bantuan pihak luar jadi isu besar. Demonstrasi kepala lembu tidak berlaku jika pemimpin Islam PR peka dan adil untuk menyelesaikan bantahan penduduk Islam Seksyen 23. Penduduk sekitar kuil Seksyen 19 terpaksa berhadapan pelbagai cabaran, risiko dan tekanan emosi akibat gangguan keterlaluan kuil itu walaupun dalam pelan asal kawasan perumahan Seksyen 19 tidak ada kuil disitu. 

Masalah penduduk Seksyen 19 tidak akan berpanjangan selama 4 tahun jika pemindahan kuil ke Seksyen 22 diluluskan BN tidak dibatalkan selepas PR berkuasa Mac 2008. Dalam filem Tauke Mancis dan Minyak Tumpah ada ulasan mengenai perpecahan yang berlaku kepada penduduk Seksyen 23 selepas demonstrasi kepala lembu. 

Pemimpin PR wajar dipersalahkan dalam isu kuil di Seksyen 19 dan Seksyen 23 pada tahun 2009. Wakil Rakyat Shah Alam tidak perlu menuding jari kepada pihak lain demi untuk menutup kesilapan sendiri. Jika tidak berlaku demonstrasi kepala lembu masalah penduduk Seksyen 23 mungkin lebih teruk lagi jika kuil baru ditapak satu ekar dibina ditapak itu. Selepas demonstrasi kepala lembu kuil di Seksyen 19 berjaya dipindahkan ketapak lain. 

Terima kasih kepada Pertubuhan NGO Islam yang prihatin membantu penduduk Islam di Seksyen 19 dan Seksyen 23. 

Penduduk Seksyen 19. 

sumber: kiriman pembaca Horas!

Horas!: Untuk siri 1, sila klik disini




Thursday, April 19, 2012

Budaya Apa Ni?...Tanya Si Bebal..



Bila pegawai DBKL minta secara baik agar khemah-khemah yang mereka dirikan di Dataran Merdeka dibukak..mereka degil.

Bila pegawai DBKL bertegas nak bukak kemah tu...mereka halang dan mereka buat provokasi.

Cuba tengok dalam video diatas...pihak mana yang menyerang dulu?
Pada Horas!, memang patut pun budak tu dilayan sebegitu. Kurang ajar dan tak reti langsung nak hormat orang.

Bila dah kena tau pulak kepalanya tanya...BUDAYA APA NI...??

Yang kau ikut dan buat tu pulak budaya apa wahai bebal?

Panggil DS Najib dengan perkataan 'mendiang'...
Kalungkan bunga pada gambar DS Najib dan DS Khaled Nordin macam yang biasa penganut agama Hindu buat pada kaum keluarga mereka yang dah mati...
Berarak ramai-ramai lepas tu gunakan macam-macam perkataan kesat dan maki hamun....

Budaya apa tu wahai BEBAL???....



Wednesday, April 18, 2012

Pakatan Rakyat Dah Kecut Perut.



KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan agar Selangor tidak turut serta dalam Pilihan Raya Umumke-13 (PRU13) serentak bersama Kerajaan Pusat jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkan senarai daftar pemilih yang dipertikaikan pembangkang. 
Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini, petang ini. 
Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika PRU13 diadakan dalam tempoh singkat ini, Selangor tidak akan turut serta selagi SPR tidak membersihkan senarai daftar pemilih.
sumber: sinarharian 

Pada Horas!, alasan daftar pemilih yang digunakan oleh kepimpinan PR Selangor semata-mata atas tujuan mahu menutup kelemahan sendiri selain daripada mahu mengaburi mata penyokong totok mereka agar terus menyalahkan kerajaan, SPR dan UMNO dalam segala hal.

Sebenarnya pemimpin-pemimpin PR di Selangor sendiri tahu yang majoriti rakyat sudah tidak percaya, hilang keyakinan dan mula menolak kepimpinan mereka.

Rakyat Selangor sudah muak dengan sikap mereka yang hanya pandai menuding jari menyalahkan pihak lain walaupun atas kesilapan dan kesalahan yang mereka sendiri lakukan.

Kalau tak percaya, cuba rakan-rakan pembaca sekalian tanya pendapat kenalan-kenalan yang layak mengundi tapi tidak menyertai mana-mana parti tentang pemimpin-pemimpin PR Selangor. Pasti kesimpulan yang boleh diperolehi dari jawapan mereka akan menjurus kepada pepatah 'harapkan pagar, pagar makan padi'.

Lepas itu, cuba tanyakan pula pendapat dan pandangan mereka tentang janji-janji manis PR dalam manifesto PRU12. Pasti mereka akan merungut dan marah-marah kerana tahu mereka telah termakan dan tertipu dengan janji-janji manis tersebut yang kebanyakannya langsung haram tak ditunaikan.

Dua isu itulah sebenarnya yang amat menakutkan PR Selangor. 

Alasan daftar pemilih seperti yang mereka manipulasi dan bangkitkan itu hanyalah sekadar salah satu dari usaha terdesak mahu melegakan tengkuk mereka yang sudah makin tersepit akibat sikap dan perbuatan mereka sendiri.



Tuesday, April 17, 2012

Siapa Khalid Mohd Ismath Sebenarnya? Kafirkah Beliau?




ULASAN: Awas Bahaya Syiah Yang Dibawa Oleh Khalid Mohd Ismath - Pelajar Undang-Undang UiTM Shah Alam


ULASAN EDITOR: Bismillahir Rahmani Rahim, Allahumma solli 'ala Muhammad, Assalamu'alaikum WBT. Kami ABIM Melaka Bandar merasa bertanggungjawab demi Aqidah yang sahih dan berpegang teguh dengan ajaran Nabi SAW, ingin mendedahkan siapa sebenarnya Khalid Mohd Ismath, yang merupakan seorang pemimpin mahasiswa dan juga merupakan Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Anda boleh membaca artikel dari sebuah laman blog yang kami kongsikan di hujung ulasan pihak Editor. 

1. Sebelum itu, kami ingin memberi sedikit ulasan. Untuk pengesahan, para pembaca boleh semak di laman sosial Facebook Khalid Mohd Ismath sendiri tentang pegangan Aqidah beliau.


Walau bagaimana pun, kami bukan bertujuan mahu mengaibkan beliau. Tetapi sekadar menghebahkan kepada golongan yang berpegang teguh kepada Aqidah 'Ahlus Sunnah Wal Jama'ah (ASWJ) yang cintakan Nabi SAW dan mendokong para Khulafa' al-Rasyidin seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khatab, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, agar berwaspada dengan pemimpin mahasiswa berkenaan. 

Selanjutnya baca disini



Thursday, April 12, 2012

Akibat Tak Patuh Dengan 'Fatwa' Anwar Ibrahim...


DUBAI: Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara maksimum tiga tahun selepas mahkamah mendapati mereka melakukan hubungan seks songsang di bawah pokok. 
Mahkamah semalam memenjarakan dua suspek itu, seorang guru warga Britain dan seorang kakitangan dari Seychelles, masing-masing tiga tahun. 
Seorang saksi rakyat Palestin yang meletakkan keretanya di belakang stesen minyak melihat dua lelaki itu melakukan hubungan seks sejenis di bawah pokok. 
Kedua-dua suspek yang berusia 28 dan 40 tahun itu mengaku bersalah. Seorang daripada suspek juga didenda 1,000 dirham (RM835) kerana minum minuman keras. - SG

Kalau lah kedua-dua lelaki tersebut patuh dan mengikuti 'fatwa' Anwar Ibrahim dengan tidak melakukan aktiviti seks luar tabii tersebut ditempat terbuka, sudah pasti mereka selamat dari sebarang pendakwaan atau hukuman.


Selain dari kenyataan diatas, Anwar juga pernah mengeluarkan 'fatwa' kepada wartawan stesyen berita BBC yang bunyinya lebih kurang begini:

“we do not promote homosexuality within the public domain, and we do not need to make apologies for that.”


Apa Amanat Dato' Haji Fadzil Noor Sebelum Meninggal Dunia?



Dua pemimpin PKR didakwa membawa pengaruh buruk kepada Pas hingga menyebabkan parti itu tersasar dari landasan perjuangan sebenar. 
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali turut mempersoalkan kepimpinan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang didakwa tidak membantu mantapkan perjuangan Pas.  
Beliau berkata, Pas tidak akan mengikut telunjuk PKR dan DAP sekiranya bekas Presiden, Allahyarham Datuk Fadzil Noor masih hidup.  
“Jika ditakdirkan Allahyarham Datuk Fadzil masih ada, Pas sudah tentu tidak akan masuk Pakatan.  
“Malah, sebelum meninggal beliau berpesan pada saya untuk terus perjuangkan Islam, hidup dan mati untuk Islam. 
Tetapi, di bawah pengaruh Anwar, negara Islam sudah jadi negara kebajikan. Orang Pas, PKR dan DAP sudah menjadikan Putrajaya sebagai zikir harian mereka,” katanya.

sumber: sinar harian 


Horas!: Sekarang hidup mati pemimpin PAS bukan lagi kerana Islam...tapi kerana kuasa, kuasa dan kuasa....



Monday, April 9, 2012

Bila PAS Mahu Anjurkan Munajat Perdana Mohon Allah SWT Restui Usaha Ambiga?



Masa wanita hindu (Ambiga) mahu mengadakan rusuhan Bersih 2.0 dulu, Dewan Ulama PAS pakat adakan Munajat Perdana di seluruh negara mohon Allah SWT permudahkan usaha Ambiga. Klik disini.

Pada 28hb April akan datang, Ambiga akan anjurkan pula rusuhan dalam Bersih 3.0. Agak-agaknya bila PAS mahu buat Solat hajat untuk Ambiga?

Sayang benar PAS pada Ambiga.

Untuk saudara seagama yang bersungguh-sungguh mahu memajukan agama dan bangsa...mereka doakan biar perutnya pecah.

Untuk saudara seagama yang bermati-matian mempertahankan akidah umat Islam dari dimurtadkan...mereka doakan pula biar mati cepat.

Tapi untuk Ambiga yang menyokong umat Islam agar murtad, melakukan seks bebas dan seks luar tabii...PAS doakan pulak agar usaha wanita hindu itu dipermudahkan Allah SWT.

Dahsyat sungguh cara PAS melelong agama demi politik. 
Cukup murah hingga boleh diletakkan ditapak kaki.

Na'uzubillah.......

Sunday, April 8, 2012

Info Santai: Benarkah Wong Fei Hung Seorang Muslim?



Wong Fei Hung (Pahlawan Negeri Tiongkok) adalah Muslim sejati, tetapi Pemerintah Komunis menutup dan merahsiakan perkara tersebut.

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jaguh Kung Fu dalam filem Once Upon A Time in China. Dalam filem itu, watakr Wong Fei Hung dilakonkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li. 

Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang ulama, pengamal perubatan tradisional, dan ahli beladiri Kung Fu lagenda yang namanya diangkat sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering menutup dan merahsiakan Wong Fei Hung adalah seorang Muslim demi menjaga supremasi kekuasaan Komunis di China.


Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila dibahasa arabkan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan tradisional bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu peringkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Harimau Kwantung. 

Kedudukan dan gelaran Harimau Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung. 

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh budi pekerti yang mulia sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering menghulurkan bantuan kepada mereka-mereka yang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan menyanjung Keluarga Wong.

Pesakit-pesakit yang datang dan menerima rawatan diklinik keluarga Wong kebiasaannya adalah dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar harga rawatann. Walaubagaimana pun, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan bersungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memandang latar belakang pesakit dalam membantu, tanpa memperdulikan suku, ras dan agama, semuanya dibantu dengan sebaik-baiknya.

Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang korup dan sering menindas rakyat. Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang menumbangkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Maharaja China yang anggota keluarganya banyak memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. 

Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya asas-asas jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung pakar dalam melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Asas jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang berjaya meloloskan diri dari peristiwa pembakaran dan pembunuhan oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang dikenali sebagai Korea). Jika tidak kerana pemerintah Ch’in  meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu pasti berjaya menjatuhkan Dinasti Ch’in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun. Beliau juga telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan beliau berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. 

Kemampuan beladirinya semakin sukar ditandingi ketika ia berjaya membuat jurus baru yang hebat yang dinamakan Jurus Cakar Harimau dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. 

Masyarakat Canton pernah menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana beliau hanya seorang diri dengan hanya memegang sebatang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang samseng pelabuhan berbadan tegap serta kejam di Canton yang cuba membelasahnya kerana dia cuba membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. 

Setelah isteri ketiganya menunggal dunia, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri hingga beliau akhirnya bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan kemudiannya menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri khas untuk wanita diperguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. 

Siapapun dan berapa pun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya. 

Wong Fei-Hung meninggal dunia dengan meninggalkan nama yang harum, yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah SWT dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amin.

sumber: FB rakan