Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Tuesday, May 29, 2012

Video: Anjing Yang Dulu Garang Menyalak Tiba-Tiba Pula Lari Bercawat Ekor.




Dulu bukan main garang menyalak bak anjing gila.....




Rupa-rupanya anjing tu tak ada gigi daaaa!.....




kena cabar berdebat dengan Pemuda UMNO terus lari lintang pukang. 
Dasar anjing kurap.....




Rupa-Rupanya Hanya Ada 80 Keldai Yang Berkumpul Depan Pejabat NST.



Keadaan trafik sekitar Kuala Lumpur selalu sesak selepas solat Jumaat. Ini menyebabkan sebahagian wartawan dan jurugambar miss membuat liputan perhimpunan aman Pemuda PAS di depan ibupejabat New Straits Times di Jalan Riong Kuala Lumpur. 
Mereka berkejar ke situ kerana sebelum ini heboh tersebar mengatakan ribuan penyokong PAS akan membanjiri situ sebagai membantah penyiaran berita bertajuk "Nik Aziz the father of kafir'. 
Ia tajuk pada berita interbiu dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor dimana beliau menghentam Musyridul Am PAS itu kerana mendakwa ia satu tugas agama untuk menyertai Bersih 3.0.
Kerana dugaan perhimpunan itu besar ada sekityar 30 orang anggota polis beruniform dan 20 tidak beruniform berkawal sekitar kawasan itu.
Namun jauh dari gembar gembur hanya sekitar 80 orang sahaja yang berhimpun di situ.
Mereka melaungkan “NST Fitnah”, “Jahanam NST, Boikot NST, Bakar NST. Ada yang membakar dan memijak naskah akhbar NST.
sumber: agendadaily

Juak PAS dari pemimpin yang paling besar hinggalah kepada pencacai yang paling bawah...kalau bercerita memang tak agak-agak.

Katanya beribu yang berkumpul didepan pejabat NST membantah tajuk berita akhbar berkenaan yang mengatakan Nik Aziz bapak kafir tempohari.

Last-last pecah lobang. Yang berhimpun melalak-lalak di pejabat NST dulu jangan kata 1000 orang....100 orang pun tak sampai beb! 

Yang ada setakat 80 orang jer. Itu pun terdiri daripada ahli dan penyokong PAS yang dalam kategori selebet ...yang orang suruh berkumpul...dia berkumpul, orang suruh bersurai...dia bersurai dan orang suruh makan dia makan.

Bila ditanya mengapa 80 orang sahaja yang berkumpul dan bukannya ribuan orang seperti yang dicanangkan macam langit nak runtuh sebelum ini...dengan selamba juak PAS kata "kami mementingkan kualiti, bukan kuantiti"..

Oh!! baru kita tau...dalam sebegitu ramai ahlul PAS yang ada di Malaysia ini, rupa-rupanya hanya ada 80 orang saja yang berkualiti. Yang lain adalah hampas-hampas belaka.

Patutlah PAS setakat jadi keldai dalam pakatan rakyat. Keldai dari baka yang paling low grade.




Monday, May 28, 2012

Buku Biografi Nik Aziz: Diisi Dengan Pembunuhan, Komplot Dan Perselisihan Faham .



Ulasan berkaitan buku bertajuk BIOGRAFI – TUAN GURU DATO’ HAJI NIK AZIZ, SEORANG ULAMA SERTA AHLI POLITIK MALAYSIA ABAD KE 20 ini agak panjang...namun menarik untuk dibaca.

Sekurang-kurangnya kita boleh tahu tentang susur galur keturunan manusia yang diiktiraf sebagai ulamak..tapi hatinya penuh dengan dendam dan lebih dari itu, bahagia pula melihat umat Islam dinegara ini berpecah belah.


Buku ini merakamkan kerjaya Dato’ Nik Aziz Nik Mat sebagai seorang ahli politik dari 30 tahun. Walaupun tujuan penulisnya untuk mengampu Nik Aziz, biografi ini membawa banyak maklumat yang memberi gambaran lebit tepat mengenai Menteri Besar Kelantan itu

Dalam carta salasilah Nik Aziz yang dipaparkan pada permulaan buku ini ada tersebut nama seperti Brahma, Raja Sakranta dan juga Kangkong. Mungkin disebabkan buku ini tidak begitu tebal (157 muka sahaja) tidak ada penjelasan yang lengkap mengenai kesahihan salasilah ini.

Mengikut susur galur keluarga Nik Aziz (muka 6) dalam salasilah ini terdapat seorang Puteri bernama Puteri Sadong yang telah membunuh suaminya bernama raja Abdullah. Seorang lagi ahli Salasilah ini yang bernama Raja Abdul Rahim telah mengganti Raja Abdullah. Raja Abdul Rahim seorang pemerintah yang “zalim sehingga membawa implikasi kepada pembunuhan baginda sendiri.” Keadaan juga “ malap ketika pemerintahan Long Sulaiman. Beliau terbunuh dalam satu perselisihan faham dan ditikam oleh mentuanya sendiri.”

Demikianlah antara isi penjelasan salasilah Nik Aziz. Pembunuhan, komplot dan perselisihan faham juga mengambil tempat dalam warisan sejarah ini.

Seiring dengan salasilah yang tidak jelas kesahihannya, penulis buku ini juga berkata, asal usul kampung halaman Nik Aziz iaitu Pulau Melaka "mempunyai mitos dan sejarahnya tersendiri", dan terdapat "variasi fakta yang berbeza berhubung asal usul kewujudan nama pulau tersebut."

Mitos dan misteri seperti ini berlanjutan. Misalnva biografi ini tidak mempunyai sebarang gambar yang menunjukkan Nik Aziz sebagai seorang pemuda ataua pelajar. Semua gambar dalam buku ini menunjukkan Nik Aziz dalam peranannya sebagai tuan guru, siap dengan serban dan janggut kambingnya. Mungkin gambar zaman muda dielakkan supaya tidaka menjejaskan imej serban dan janggut.

Salasilah Nik Aziz juga mengatakan bahawa “keturunan raja Jembal dilarang makan rebung buluh betung…” Mengikut mitos ini pula sesiapa keturunan Raja Jembal yang makan rebung buluh betung akan diserang “kudis besar di seluruh badan”. Disini letaknya satu jalan untuk Nik Aziz membuktikan kesahihan salasilahnya. Mungkin Dewan Ulama Pas perlu fatwakan dulu peraduan makan rebung buluh betung.

Nik Aziz dikatakan melanjutkan pelajaran ke “ Universiti Deobond, India” pada 1952. Sebenarnya tidak pernah wujud sebuah “Universiti Deobond” di India. Deoband di utara Uttar Prodesh memang masyhur dengan Madrasah Darul Ulum Deoband yang melatih pelajar India menjadi ‘ulama’. Selain dari Deoband, madrasah Darul Ulum juga terdapat di Lucknow, Hyderabad, Mumbai dan tempat lain di India. Walaupun masyhur, madrasah ini tidak bertaraf universiti (jamiah).

Mengikut ceritabta, sesudah habis belajar Nik Aziz kembali ke kampung “dengan berpakaian kemas, bertali leher dan berkasut kilat..” Hampir seminggu beliau tidak dapat mandia pabila melihatkan air perigi yang begitu keroh. Sudah tentu Nik Aziz boleh menahan diri daripada mandi hampir seminggu sebab dia tidak memakai serban dan jubah tuan guru pada masa itu.

Ketika permulaan kerjayanya sebagai seorang guru agama, Nik Aziz memberi penekanan bahawa guru adalah ‘bapa rohani’ (spiritual father) bagi pelajar. Malang sekali tidak semua anak buah Nik Aziz hari ini yang prihatin akan seruan itu. Pada hari ada segelintir guru agama di Kelantan yang boleh memukul pelajat sehingga berdarah di kepala. Mungkin “segelintir manusia ini sanggup menanam bibit kebencian didalam sanubari berikutan suatu keistimewaan dan kelebihan didalam segelintir masyarakat” yang bergelar guru agama.

Mengikut penulis biografi ini, Nik Aziz tidak mengharapkan sebarang ganjaran untuk berceramah di kampung. Tetapi ini bukannya selalu kerana Nik Aziz pernah mengambil upah RM15 sebulan untuk menggendalikan kuliah agama di Masjid Muhammadi. Dan pada hari ini pula, Pas sudah mula menjual kupon RMIO atau RM6 untuk jamuan makan bersama pemimpin Pas. Budaya menjual kupon dalam akhbar Harakah pemah mencatat harga RM65 seorang untuk jamuan makan bersama pemimpin Pas di sebuah hotel di Kajang. Walaupun harga ini setanding dengan hotel lima bintang di Kuala Lumpur, Kajang belum mempunyai hotel lima bintang.

Mungkin Nik Aziz malap fahamannya mengenai ajaran Allah dan Rasul-Nya yang berikut: "Dan aku sekali-sekaii tidak minta upah kepadamu atas usahaku, upahku tidak lain hanyalah daripada Tuhan semesta alam" (Surah 26:109).

Menjual kupon, mengambil upah dan sebagainya, atas nama agama perbuatan yang melanggar ajaran Allah dan RasulNya.

Untuk merangkumi kurikulum pendidikan Pas, Nik Aziz menegaskan akidah, syariah, tassawuf dan politik (muka 45). Tetapi fahaman Nik Aziz mengenai prioriti iman dan Islam berlainan dengan ajaran Allah dan Rasul-Nya.

Nik Aziz berkata "Akidah adalah satu manifestasi atau konsekwensi daripada, iman" dan juga bahawa "rentetan daripada iman itu akan melahirkan suatu penyerahan diri kepada Allah secara total. " Maksudnya, seseorang perlu beriman dulu sebelum dia boleh menyerah diri (Islam) kepada Allah.

Sebaliknya, ajaran Allah dan Rasul-Nya pula berbunyi demikian: "Orang Arab berkata, kami sudah beriman (aamanna). Katakanlah, kamu belum beriman tetapi katakanlah kami sudah menyerah diri (aslamna) kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun amalanmu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang" (Surah 49:14).

Mengikut ajaran Allah dan Rasul-Nya seseorang itu mesti menyerahkan diri (Islam) dan rela mengerjakan amalan baik dengan mentaati Allah dan Rasul-Nya dulu. Konsekwensi daripada penyerahan diri ini (aslamna) akan mengukuhkan diri sebagai orang yang beriman (aamanna).

Perbezaan antara fahaman Nik Aziz dan ajaran Allah dan Rasul-Nya mempunyai implikasi yang besar. Kalau ikut fahaman Nik Aziz, orang yang mengerjakan amalan yang tidak baik (misalnya upah kupon RMIO atas nama AIlah atau mencederakan pelajar sekolah) akan terasa selamat juga kerana mereka percaya iman lebih terdahulu daripada amalan (atau ketiadaannya).

Begitu juga berhubung masalah kemiskinan di Kelantan, Nik Aziz berkata, kemiskinan tidak boleh dibasmi dan istilah 'membasmi kemisk'man' adalah khayalan (muka 135). Mengikut Nik Aziz ini ialah kerana kemiskinan "adalah ciptaan Tuhan yang mesti diterima oleh manusia". Bukan saja ini satu fahaman yang daif dan dangkal ia juga mendustakan ajaran Allah. Allah dan Rasul-Nya mengajar kita bahawa: "Syaitan menjanjikan kamu kemiskinan (asyaitaanu ya'idukumul faqra) dan menyuruh kamu pada kesumbangan, tetapi Allah menjanjikan kamu keampunan-Nya dan pemberian-Nya dan Allah Merangkumi, Mengetahui" (Surah 2: 268).

Jelas di sini, kekarutan Nik Aziz yang menjanjikan kemiskinan untuk orang sebenarnya adalah janji syaitan. Dan memang pun Nik Aziz telah mengaku bahawa dia sedia bekerjasama dengan syaitan.

Allah dan Rasul-Nya juga mengajar kita: "Apa saja baik menimpa kamu adalah daripada Allah, apa saja keburukkan yang menimpa kamu adalah daripada diri kamu sendiri..." (Surah 4: 79).

Jelas bahawa bencana kemiskinan yang menimpa penduduk Kelantan terhasil daripada kedaifan dan salah faham piinpinan mereka terutama sekali Menteri Besar, Nik Aziz yang rela mendusta ayat Allah supaya lebih mudah membohongi orang mengenai kemiskinan. Apakah ini yang dimaksudkan dengan ungkapan 'Ulama Penipu' yang kerap tertera dalam akhbar Harakah baru-baru ini?

Dalam bab pilihan raya, Nik Aziz merakamkan keseronokan yang begitu memuncak apabila Pas menangi negeri Kelantan pada 1990. Dia menyifatkan kemenangan itu berakibat daripada "kerjasama antara malaikat di langit dengan para pengundi di bumi. " Jika ditelitikan, dalam 25 tahun kebelakangan ini, Pas hanya berjaya di Kelantan apabila terjalin kerjasama dengan Umno atau bekas ahli Umno. Pada 1974 Pas berjaya menawan Kelantan meIalui "berkongsi dacing dengan Barisan Nasional." Kemudian selepas Pas dipecat daripada Barisan Nasional, Pas kalah pada Pilihan Raya 1978, 1982 dan 1986. Kemenangan kembali kepada Pas dalam pilihan raya 1990 dan 1995 dengan pertolongan Tengku Razaleigh dan lebih daripada'250,000 ahli Umno yang menyokong Tengku Razaleigh pada masa itu. Jadi malaikat Pas sebenarnya ialah ahli Umno dan bekas ahli Umno. Dan sekarang pula malaikat iiu sudah kembali ke pangkuan Umno.

Dalam usaha mencari malaikat baru, Pas sekarang sudah menjadi begitu intim dengan DAP dan telah melangsungkan kahwin mutaah dengan parti itu. Tetapi biografl Nik Aziz pula mengatakan "Islam dan sistem politiknya tidak perlu bersandar atau bersaing dengan sebarang fahaman, ideologi atau isme-isme rekaan manusia." Ini satu lagi kes cakap tak serupa bikin oleh Pas sebab agama sosialisme anutan DAP sekarang bersuara dengan begitu lantang bahawa Pas tidak akan dibenarkan bertanding lebih daripada satu pertiga kerusi Parlimen supaya Pas tidak berpeluang menubuhkan kerajaan Islam.

Rupanya hubungan Pas dengan DAP bukan setakat tempat bersandar saja. Malaikat DAP dan anutan sosialisme mereka berupaya memberi telunjuk kepada pewaris nabi.

Demikianlah antara kandungan biografl Nik Aziz yang ditulis oleh seorang tukang bodek yang mungkin tidak peka apa yang ditulis sebenarnya boleh memalukan Nik Aziz juga. Dengan tiada segan silu penulis buku ini mengaku dalam prakata biografl ini, "Pengalaman dan dasawarsa masa tidak dapat membohongi diri saya bahawa beliau (Nik Aziz) sememangnya seorang personaliti yang menjadi idola setiap lapisan masyarakat... " Tujuannya ialah untuk menaikkan Nik Aziz menjadi 'idola' atau berhala pemberi panduan bagi pengikut yang daif. Memandang kepada tahap keilmuan Pas, sudah tentu biografi ini akan diletakkan di suatu tempat yang tinggi, mungkin sama taraf dengan Shit yang juga mencerminkan keilmuan Pas dengan paling tepat sekali.

Banyak kali dan berkali-kali apa yang dikatakan oleh Pas tidak sama dengan apa yang dibuat oleh Pas. Juga ajaran Allah dan Rasul-Nya yang perlu ditaati sering ditinggalkan oleh Pas. Pas perlu awasi ayat yang berikut dengan cermat:

"Syaitan menguasai mereka dan menjadikan mereka melupakan peringatan AIlah. Mereka itu golongan syaitan (hizbul syaitan), sesungguhnya hizbul syaitan, merekalah orang yang rugi" (Surah 58: 19).

Parti yang melupakan peringatan Allah akan bertukar menjadi parti ajaran syaitan.


Horas! : Saudara seagama dimusuhi macam nak rak hanya kerana berlainan fahaman politik...tapi dengan kafir harbi cukup lembut dan dijilat pula....itulah Nik Aziz.



Ahli Parlimen Hulu Langat Bikin Pemimpin PR Selangor Makan Hati.


Kerana nak menyaingi himpunan belia di Putrajaya, kerajaan PR Selangor pun pakat nak buat benda yang sama.

Mereka harap...dengan aura hebat Adam Adli, maka akan berduyun-duyunlah belia dan beliawanis menyerbu tapak program itu di Shah Alam.

Tapi sayang...aura tahi yang ada pada Adam Adli menyebabkan program tersebut gagal dan langsung tak dapat sambutan. Klik disini.

Tak puas hati kerana program yang mereka anjurkan gagal, maka pemimpin PR seantero Malaysia (termasuk juak-juak bawahan mereka) sepakat untuk menibai himpunan belia di Putrajaya. 

Selain mahu mengalih perhatian penyokong sendiri diatas kegagalan mereka di Shah Alam...mereka juga mahu menjadikan program himpunan belia di Putrajaya tersebut nampak buruk dimata rakyat.

Kata mereka himpunan belia di Putrajaya itu melalaikan...
Kata mereka himpunan belia di Putrajaya itu sia-sia....
Kata mereka himpunan belia di Putrajaya itu hanya satu pembaziran...

Dan kata mereka lagi, himpunan belia di Putrajaya itu tak memberi banyak faedah....

Tapi belum sempat mulut mereka terkatup...tiba-tiba tampil Ahli Parlimen PAS dari Hulu Langat - Dr Che Rosli Che Mat - memuji program tersebut.

Kata Dr Che Rosli, program himpunan belia di Putrajaya itu sesuatu yang baik kerana ianya akan mendedahkan para belia dengan pelbagai aspek yang berfaedah.

Dr Che Rosli betul-betul buat pemimpin PR Selangor sakit hati dan panas buntut.




Sunday, May 27, 2012

Dua Rakaman Menarik Tentang Gangguan Jin Ditelefon.

Video dibawah memaparkan perbualan seorang Syekh dengan seorang wanita didalam satu rancangan Agama,sedang wanita itu berbual bersama Syekh tersebut,tiba-tiba wanita tersebut dirasuki jin dan bercakap dengan nada suara yang pelik,oleh itu syekh tersebut cuba membaca ayat-ayat Al-Quran dan Doa – doa untuk merawati wanita tersebut hanya didalam perbualan talifon.


Video Klip: Gangguan Jin Dalam Perbualan Talifon Di Rancangan TV (Live)
Tajuk Pembincangan: The World Of The Unseen (Jin)
Panel Jemputan: Syekh Abu Mohammad
Pengerusi: Abu Bakar Islam
Negara: Algeria

TANDA-TANDA GANGGUAN JIN

Tanda-Tanda Pada Waktu Tidur:

1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
13. Bermimpi melihat hantu.

Tanda-Tanda Pada Waktu Sedar:

1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.

Stuasi Gangguan Jin:

1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

sumber: hafizamri.com


Video dibawah pula adalah rakaman suara seekor jin jantan yang menggoda dan bercakap perkara-perkara lucah lagi tak senonoh dengan isteri seorang lelaki di Kelantan.

Gangguan dari jin jantan itu bermula apabila suami wanita berkenaan telah tersilap membenarkan jin jantan tersebut menumpang dan menginap dirumahnya.

Akhirnya suami wanita berkenaan kehilangan isterinya apabila isterinya mengambil keputusan nekad meminta cerai dan berkahwin dengan jin tersebut.

Sukar dipercayai isteri lelaki terbabit boleh tergoda dan sanggup meninggalkan suaminya gara-gara tidak tahan dengan godaan jin jantan yang berperangai buruk itu.


Pesan Horas!, jaga-jaga isteri anda sekiranya didapati jin yang suaranya dirakam dalam video diatas berada berhampiran dengan isteri anda.

Risiko anda untuk kehilangan isteri adalah tinggi sekiranya jin jantan tersebut berkenan dengan isteri anda.






Nik Aziz Mungkin Terpengaruh Dengan Iklan Ini.



Horas! ingatkan hanya budak-budak hingusan dan yang masih belum matang saja yang boleh terpengaruh dengan iklan ditelevisyen. 

Rupanya yang dah tua ganyut macam Nik Aziz pun boleh terpengaruh juga.



kah kah kah kah kah   !!!!


Saturday, May 26, 2012

Adam Adli Disambut Gilang Gemilang Dan Penuh Warna Warni.



Siapa tak kenal Adam Adli yang diangkat dan dijulang sebagai ikon belia Pakatan Rakyat.

Siapa tak kenal Adam Adli yang bodohnya lebih banyak kalau mahu dibandingkan dengan bijak. 

Pakatan Rakyat mengiktiraf Adam Adli sebagai ikon belia mereka kerana yakin kononnya majoriti mahasiswa dan belia di negara ini menyokong perjuangan Adam Adli. 

Adam Adli dikatakan mempunyai ratusan ribu pengikut dan penyokong yang akan bila-bila masa sanggup keluar menggila dijalanan menentang kerajaan dengan hanya satu tiupan wisel dari beliau.

Itu sebabnya apa sahaja yang  Adam Adli buat...walaupun perkara yang buruk, PR akan sokong. Akan berderet pemimpin-pemimpin PR memberi pujian dan kata-kata semangat kepada beliau. Peruntukan akan diberi dan bantuan akan dicurahkan.

Tapi semalam, Pakatan Rakyat terkedu. Terkedu bercampur dengan rasa malu dan marah.

Baru mereka tahu betapa ruginya memelihara dan membelai seekor biawak hidup seperti Adam Adli.

Baru mereka tahu betapa ruginya membela insan tak berguna yag juga tiada masa depan itu.

Adam Adli yang selama ini mereka anggap sebagai ikon yang berjaya mencetuskan kebangkitan mahasiswa menentang kerajaan itu sebenarnya tidaklah sehebat dan se gah mana.

Horas! percaya...jika tidak kerana tindakan Adam Adli dan rakan-rakan mahasewelnya meyakinkan kepimpinan Pakatan Rakyat bahawa mereka boleh mengatasi perhimpunan belia di Putrajaya jika sesuatu yang sama dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor...mampus dua kali dan hidup semula pun kerajaan PR Selangor takkan menganjurkan Himpunan & Konvensyen Belia SelangorKu semalam.

Mereka tahu risikonya tinggi. Mereka tahu...jika tersilap rancang dan apa yang mereka anjurkan itu tidak mendapat sambutan, mereka akan malu semalu-malunya.

Tapi seperti mana yang Horas! katakan tadi...Adam Adli dan gang mahasewelnya berjaya meyakinkan kepimpinan PR Selangor.

Lalu kerajaan PR Selangor pun mengeluarkan peruntukan dan perbelanjaan yang banyak bagi menganjurkan sesuatu yang diharap dapat menyaingi himpunan belia di Putrajaya. 

Mereka berharap aura hebat Adam Adli dan gang mahasewelnya akan dapat menarik ratusan atau jutaan belia ke Shah Alam.

Dan hasilnya......





Kah kah kah kah kah kah...!!!

Kah kah kah kah kah kah...!!!

Rasanya sekarang ni kalau diberi peluang...mau pemimpin-pemimpin PR Selangor mencekik leher jinjang biawak tersebut....

Malu beb!



Friday, May 25, 2012

Mari Kita Tengok Pihak Mana Yang Ganas Dan Buas Sebenarnya.

Kata Naib Presiden paling sengal dalam sejarah kewujudan PAS, Mahfuz Omar, tak mustahil akan ada pihak tertentu yang akan menggunakan keganasan dalam pilihan raya akan datang.

Manusia yang tahap sengalnya lebih dahsyat dari Mahfuz pun akan tahu bahawa pihak tertentu yang beliau maksudkan itu sudah pastilah UMNO/BN.

Berikut antara kenyataan Mahfuz sepertimana yang disiarkan oleh harakahdaily.


Betul ke UMNO atau BN suka mencetuskan keganasan apabila terdesak akan kalah dalam mana-mana pilihanraya?

Horas! nak tanya Mahfuz, berapa ramai rakyat yang mati atau cedera parah angkara keganasan UMNO atau BN semasa Pakatan Haprak dapat merampas Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan sekejap di Perak selepas PRU12 dulu?

Tapi tak mengapalah. Mari kita bersangka baik kepada Mahfuz. 

Mungkin beliau membuat kenyataan diatas kerana ingin menunjukkan kehebatan bacaan politiknya setelah sekian lama dia asyik menujukkan kebodohan yang melantun-lantun. 

Atau mungkin juga ketika ini dia amat terdesak mahu kelihatan hebat dimata penyokong-penyokongnya...lalu lahirlah kenyataan maha hebat diatas.

Suka hati kau lah Mahfuz.

Apa-apa pun...mari kita sama-sama tonton video dibawah untuk mengetahui pihak mana yang sebenarnya ganas, buas serta boleh membahayakan keselamatan rakyat.









Dan dibawah ini pula adalah video seorang wanita yang menceritakan pengalaman ngerinya menjadi mangsa keganasan puak-puak PAS yang mengaku merekalah sealim-alim dan sewarak-warak umat nabi Muhammad.



Pihak mana yang ganas sebenarnya? Horas! yakin rakan-rakan pembaca sekalian sudah ada jawapannya.

Jadi....maafkanlah Mahfuz......






Video: Patutlah Selangor Banyak Rumah Urut...


Rupa-rupanya kepala bapak penasihat PKR suka diurut-urut. 

Lepas sessi urut-urut?...sessi apa pulak agaknya yer?
Sendiri mau ingatlah.....Kat siam tu beb!





Thursday, May 24, 2012

Mari Tonton Video Zulkifli Nordin Tibai Pakatan Haprak...

Janji Ala-Ala Lidah Biawak PR Selangor.

Memberi bantuan RM50 sebulan pada setiap anak yang mendapatkan pendidikan pra-sekolah adalah antara sekian banyak janji yang tak ditunaikan oleh PR Selangor walaupun perkara tersebut terdapat dalam manifesto PRU 2008 mereka.

Semalam, setelah hampir 5 tahun rakyat menunggu janji-janji itu ditunaikan, barulah kerajaan PR Selangor membuat pengumuman bakal memberikan elaun RM50 sebulan kepada kanak-kanak yang terlibat.

Perkara tersebut dengan bangganya diumumkan oleh Dr Halimah Ali yang satu masa dulu pernah beriya-riya berjanji mahu menjadikan Selangor Mini Serambi Mekah tapi malangnya hanya hangat-hangat tahi ayam. Klik disini dan disini.

 
Tapi biasalah, kalau tak berpusing-pusing cakap dan mengubah-ngubah janji...bukan Pakatan Rakyat namanya.

Dalam manifesto mereka semasa PRU 2008, mereka langsung tak menyebut yang bantuan RM50 itu hanya akan diberikan pada keluarga yang berpendapatan RM1500 kebawah. 

Bunyi janji mereka pada masa itu seolah-olah ianya akan diberikan kepada semua keluarga yang anak mereka mendapat pendidikan pra-sekolah. Sama rata dan sama rasa.

Tapi semalam tiba-tiba pula syarat baru itu dimasukkan.

Maka kempunanlah keluarga yang berpendapatan RM1501 dan keatas untuk merasa dan menikmati bantuan  itu setelah hampir 5 tahun mereka menunggu ianya ditunaikan.

Kasihan!

Pengajaran untuk rakyat Selangor, pada masa akan datang janganlah percaya lagi dengan janji-janji yang dihamburkan Pakatan Rakyat. Sebelum dapat apa yang mereka hajati...bulan dan bintang pun sanggup mereka janji untuk berikan. Bila hajat dah dapat...rakyat dibiarkan menganga dan melopong menunggu janji-janji tersebut ditunaikan.

Lihat saja masa debat KJ dan Rafizi berkaitan isu PTPTN. Bila KJ tanya mengapa kerajaan-kerajaan negeri yang diterajui PR tidak memberi pendidikan percuma di IPT-IPT yang mereka kuasai...dengan muka selamba Rafizi boleh jawab ianya tak dapat dilaksanakan kerana mereka mewarisi IPT-IPT tersebut dari kerajaan BN/UMNO.

Jadi tidak mustahil jika ditakdirkan mereka menguasai kerajaan pusat (minta dijauhkan oleh Allah SWT)...janji untuk memberikan pendidikan peringkat tinggi percuma yang mereka war-warkan itu tak akan ditunaikan berdasarkan alasan yang diberikan oleh Rafizi itu.

Tapi bila dah terdesak dan rakyat dah mula bersuara...barulah menggelupur tunaikan mana-mana janji setakat yang mampu. Itupun dengan segala macam syarat itu dan syarat ini.

Sungguh gampang benar PR ini.



Thursday, May 17, 2012

Harap Tabung Bantu Pelajar ke IPT PAS Rembau Tak Jadi Seperti Tabung Memali.



Bunyinya cukup menarik, mahu membantu pelajar yang tidak berkemampuan melanjutkan pengajian ke pusat pengajian tinggi.

Dan seperti biasa....sumber dana tabung adalah dari poket orang ramai.

Apa pun Horas! harap tabung yang diwujudkan oleh PAS Rembau ini tak jadi seperti tabung Memali. 

Kita semua tahu yang balu-balu serta anak-anak tragedi Memali tak mendapat bantuan yang sewajarnya daripada pihak yang menguruskan tabung tersebut.

Bayangkan, dari puluhan atau mungkin ratusan ribu wang yang berjaya dikumpul didalam tabung itu, balu-balu tragedi Memali hanya menerima sekitar RM600 sahaja.

Yang mendedahkan penyelewengan Tabung Memali pula bukannya pemimpin-pemimpin UMNO yang dianggap musuh dunia dan akhirat oleh PAS. Tapi didedahkan sendiri oleh balu-balu tragedi serta ahli-ahli (kini menjadi bekas ahli) PAS sendiri.

Balu Allahyarham Ibrahim Libya, Soleha Mahmud sendiri dihina secukup-cukupnya oleh penyokong-penyokong tegar PAS hanya kerana mereka mengesyaki wanita itu terlibat dalam mendedahkan penyelewengan Tabung Memali yang cuba disembunyikan itu.

Berbalik kepada usaha PAS Rembau yang mewujudkan tabung bagi membantu pelajar yang tidak berkemampaun melanjutkan pelajaran ke IPT...seperti yang Horas! katakan awal-awal tadi, harap-harap ianya tidak akan menjadi seperti Tabung Memali.

Kalau wang dari Tabung Memali yang menjadi hak anak-anak yatim dan ibu mereka yang menjadi balu pun PAS boleh sebat dan rembat...apalah sangat  halnya dengan tabung yang ini.

Celah gigi jer tu....

Horas!: Untuk mengetahui fakta tentang penyelewengan Tabung Memali, rakan-rakan pembaca sekalian boleh klik disini.


Wednesday, May 16, 2012

Puak Ambiga Tunjuk Samseng Untuk Balas Dendam?



Nampaknya tak ada sesiapa yang boleh sentuh atau pertikai apa yang mereka dah buat dalam BERSIH 3.0

Peniaga-peniaga kecil Melayu membuka stall burger dihadapan rumah Ambiga tempohari bukan kerana suka-suka. Tapi kerana menzahirkan rasa tidak puas hati mereka kerana tindakan Ambiga menganjurkan demo BERSIH 3.0 tempohari telah menjejaskan pendapatan yang menjadi punca rezeki mereka menyara keluarga.

Mereka mahu Ambiga bertangunggjawab kerana dia yang menganjurkan demo tersebut. Mereka mahu Ambiga membayar kerugian yang mereka tanggung kerana pendapatan mereka bagi menyara hidup terjejas.

Walaupun Setiausaha WargaAMAN, S Barathidasan menggunakan kemahirannya membelit lidah dengan mengatakan ianya tidak ada kena mengena atau kaitan dengan 'protes burger' di depan rumah Ambiga minggu lalu, namun orang sebahlul Mahfuz pun akan dapat membaca apa sebenarnya yang tersirat disebalik perancangannya itu.

Persoalannya, mengapa lokasi dihadapan rumah DS Khalid Abu Bakar yang mereka pilih? Adakah apa-apa tindakan yang telah dilakukan oleh DS Khalid hingga menganggu dan menjejaskan pendapatan peniaga-peniaga tosai yang kebanyakannya berketurunan India?

Usahlah nak membelit-belit lidah. Kita tahu mereka melakukannya bagi membalas dendam kerana Timbalan IGP pernah membuat kenyataan bahawa pihak polis tidak akan mengambil tindakan terhadap peniaga-peniaga yang menjual burger di hadapan rumah Ambiga kerana mereka melakukannya di tempat awam.

Nampaknya mereka semakin berani dan semakin biadab. Mereka mahu menjadi 'RAJA' dinegara ini.

Jangan sesekali sesiapa pun berani pertikai atau halang apa yang mereka mahu lakukan.




Email Dari Pembaca Berkaitan Isu Video Nizar Membengongkan Diri Dimajlis UMNO.




Blogger Pakatan Kantoi Menipu di Youtube

A- Beza Bilangan Video yang sudah di-Upload 
-Walaupun sweetcakceebo hanya upload 1Video dan tidak mempunyai Subscribes yang ramai tapi masih dapat View yang byk


B- Beza Durasi dari yang Asal dan Sudah Di Potong (Edit)
-Cara mereka memfitnah dengan Potong (buang) Part yang tak menguntungkan Puak Mereka


C- Beza Bilangan Viewer
-Beza Viewer lebih dari Separuh


D- Tarikh Upload Yang sama.
-Tarikh yang sama, tapi Video Asal Lebih dapat Sambutan, Kerana ramai yang nakkan Kebenaran


Harap Para Blogger dapat Publish benda ni.. Thanks..

PeaceMaker  


Nik Aziz Terpaksa Jilat Semula Kahak Hijau Pekatnya.


Inilah namanya putaran dunia.

Dulu Nik Aziz cukup angkuh dan sombong. Sekitar tahun 2008, apabila UMNO mengajak PAS duduk berbincang dari hati ke hati demi kebaikan agama Islam dan demi kesejahteraan umat Melayu di negara ini, Nik Aziz langsung tak mahu layan.

Nik Aziz dengan sinis menuduh UMNO sudah terdesak mahu mencari 'talian hayat' bersama PAS. Hasrat murni UMNO diperlekeh oleh Nik Aziz.

Tan Sri Harussani dihina secukup-cukupnya. Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Datuk Hasan Ali pula diperlekeh dan dituduh sebagai agen UMNO...hanya semata-mata kerana mereka berusaha untuk merealisasikan muzakarah diantara UMNO dan PAS.

Besar sungguh kesalahan yang telah mereka lakukan pada pandangan mata Nik Aziz.

Tak cukup dengan itu, Ustaz Nasharudin yang diiktiraf sebagai salah seorang ulamak didalam PAS dimalukan apabila satu percaturan busuk diatur bagi memastikan beliau tersungkur dikaki Mat Sabu yang pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri orang dalam pertandingan merebut kerusi Timbalan Presiden parti.

Hari ini tonasi Nik Aziz sudah berubah. 

Entah mengapa, secara tiba-tiba pula dia bersetuju untuk bermuzakarah dengan UMNO walaupun masih sempat membelit dengan membuat kenyataan mengelirukan kononnya UMNOlah yang tidak berminat dengan usaha bermuzakarah itu.


Apa pun Horas! harap Nik Aziz benar-benar ikhlas kali ini.

Bermuzakaralah dengan UMNO demi kebaikan agama serta bangsa dan bukan kerana mengharapkan apa-apa 'talian hayat' dari UMNO setelah sedar diri dikeldai dan dipergunakan sewenang-wenangya oleh DAP dan PKR selama ini.

dan....

Bermuzakarahlah dengan UMNO demi kebaikan agama serta bangsa dan bukan kerana mengharapkan apa-apa 'talian hayat' dari UMNO setelah sedar bahawasanya semakin ramai umat Islam dinegara ini menolak PAS.





Tuesday, May 15, 2012

Jelmaan Wajah 'Sahabat' Anwar Didalam Marak Api.


Gambar ini dikirimkan melalui emel oleh seorang rakan Horas!.
Menurut rakan Horas! itu, gambar ini dirakam oleh temannya yang tinggal di Beranang, Hulu Langat

Dalam emelnya, rakan Horas! meminta Horas! mencari sesuatu yang aneh...yang menurutnya boleh jadi jelmaan syaitan didalam gambar diatas. 

Lama juga Horas! meneliti gambar tersebut...setiap inci dari gambar tersebut Horas! teliti dan perhati.

Akhirnya, yang dikatakan mungkin jelmaan 'sahabat' Anwar...dan juga sanggup dijadikan 'sahabat' oleh Nik Aziz demi menjatuhkan UMNO itu Horas! temui.

Apa pun, terpulang kepada kebijaksanaan rakan-rakan pembaca sekalian untuk menilainya.


Mereka Menjerit-Jerit Mahu Tol Batu 3 Ditutup, Tapi Buat-Buat Buta Bila......


Beberapa hari yang lepas Khalid Samad dan Ronnie Liu bertindak mengetuai sekumpulan lembu pawah PR berdemo berhampiran plaza tol Batu 3.

Tegang-tegang urat leher Khalid Samad berucap ditepi jalan minta kerajaan hapuskan tol Batu 3. Ronnie Liu pun sama. Tak mahu ketinggalan walaupun ucapannya merapu dan tak tentu hujung dan pangkal.

Terus terang cakap, Horas! memang tiada masalah dengan permintaan mereka itu. Tak kiralah siapa pun atau dia menganggotai dan menyokong parti mana pun...pasti suka kalau kutipan tol dihapuskan.

Lihat sahaja bila kerajaan mengambil keputusan untuk menghapuskan kutipan tol RM1.00 di Batu 9 Cheras menuju ke Kuala Lumpur dan tol RM0.90 di Batu 11 menuju ke Kajang...sungguh gembira dan tersenyum lebar warga Hulu Langat yang kerap menggunakan jalan tersebut.

Berbalik pada kisah Khalid dan Ronnie, seperti yang Horas! katakan awal tadi, Horas! tiada masalah dengan permintaan itu.

Cuma nasihat Horas! kepada mereka berdua, dalam masa yang sama, usahakan jugalah untuk menutup rumah-rumah urut dan pusat hiburan haram yang turut menyediakan khidmat pelacuran yang dah tak terhitung jumlahnya di Selangor ini.

Jangan sekadar agresif menuntut tol itu dan tol ini dihapuskan tapi dalam masa yang sama buat-buat pekak serta buta dan cepat-cepat menyembunyikan kepala didalam lubang jamban bila rakyat minta kerajaan negeri Selangor pantau dan seterusnya tutup pusat-pusat maksiat yang Horas! katakan tadi.

Sunday, May 13, 2012

Menelusuri Kedunguan Aiman Athirah...



Sebelum video sekumpulan muslimat PAS menyanyi menjerit-jerit sambil memaki hamun UMNO ketika meraikan kebebasan Anwar Ibrahim dulu tersebar, Horas! langsung tidak pernah mendengar nama atau mengenali wajah Aiman Athirah.

Hanya selepas video tersebut tersebar di Youtube, barulah Horas! tahu bahawa wanita yang mengetuai sekumpulan muslimat PAS yang kelakuan mereka seperti kerasukan syaitan itu adalah Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Bermula dari situ, ada beberapa kali Horas! menjenguk-jenguk laman FB Aiman Athirah. Horas! jenguk bukan kerana mengagumi dan jauh sekali meminatinya. Horas! cuma ingin tahu serba sedikit mengenai diri beliau kerana kata orang, kalau ingin tahu serba sedikit tentang peribadi sesorang itu...kita boleh melihatnya dari apa yang terdapat atau tertulis dilaman FB individu berkenaan.

Kalau jenis yang panas baran dan tak boleh tersentuh...akan banyaklah update statusnya yang menggunakan perkataan-perkataan yang kesat serta kasar memarahi orang itu dan orang ini. Kalau jenis yang alim atau warak, akan banyaklah nasihat berkaitan agama, ayat Quran dan hadis dijadikan status updatenya.

Kalau jenis yang dalam hati ada taman...akan penuhlah update statusnya dengan madah-madah dan puisi cinta yang sendu dan mendayu-dayu. Kalau yang jenis minat bisnes pula...segala macam benda mahu dijualnya dan begitulah seterusnya.

Di FB Aiman Athirah, kalau rakan-rakan pembaca sekalian rasa rajin mahu menjenguknya, maka dengan mudah dapat dinilai bahawa beliau adalah seorang yang terlampau taksub dengan partinya. Pada beliau, hanya dirinya sendiri dan parti yang dianggotainyalah yang serba betul, serba baik dan serba sempurna. Manakala UMNO mahupun BN itu terlalu jahat dan perlu dihapuskan dari muka bumi ini. 

Baru-baru ini Horas! meluangkan sedikit masa membaca tulisan beliau bertajuk "REGIM SEMAKIN GILA DAN GELABAH" di merdekariview.com

Seperti biasa, tiada apa yang menarik dalam tulisan beliau selain daripada dipenuhi dengan ayat-ayat yang menghasut pembacanya agar membenci dan memusuhi UMNO dengan sepenuh hati sambil memuji-muji Pakatan Rakyat yang kononnya serba sempurna.

Horas! pun tak tahu tang mana gelabahnya UMNO seperti yang didakwa Aiman Athirah. Tak ada pula Horas! lihat pemimpin UMNO berkerumun dipasar menjual daging babi dan bermesra-mesra dengan penjualnya kerana gelabah mengejar undi.

Juga tak ada Horas! lihat pemimpin-pemimpin UMNO kelam kabut melelong kalimah Allah untuk digunakan kafir di gereja kerana gelabah dan gila untuk mendapat sokongan. 

Berikut Horas! petik sedikit tulisan Ketua Penerangan PAS Pusat berkenaan. 
"rakyat pasrah melarikan diri selepas REGIM PDRM yang mendapat perlindungan dan jaminan suaka selamat REGIM BN membuat tindakan ganas menyepak, menerajang dan mengheret rakyat dengan muka terseret di atas tar jalan raya! 
Sangat sadis situasi pada petang itu. Ironinya ratusan ribu rakyat itu majoritinya masih upaya menahan sabar dan hanya pasrah dalam pekik raung meminta tolong agar dihentikan pembelasahan regim dalam raut calar petang Sabtu 28 April. 
Kamera, Video Kamera, Handphone Berkamera rakyat dirampas bagi melupuskan bukti kehancuran demokrasi kolot Regim UMNO Barisan Nasional. Seketika saya sangat merasakan itulah manifestasi kedzaliman Regim Tel Aviv ke atas ummat Palestine!

Hatta kalian juga tahu sebenarnya yang memulakan angkara provokasi adalah daripada kalangan kalian sendiri, meski berbaju kuning BERSIH tetapi jiwa dan gelagat mereka jelas menzahirkan kemunafikan dan kekotoran asuhan Regim!

Muhyidin Yassin dan para proksi Regim UMNO BN (dari kalangan NGOs baru yang hidup segan mati tak mahu) sibuk menuding jari kepada Penganjur BERSIH 3.0 dan kepimpinan Pakatan Rakyat. Sehingga sengaja melupakan punca utama terjadinya DUDUK & BANTAH pada 28 April 2012 itu adalah daripada kepincangan, penipuan dan penyelewengan dalam sistem dan perjalanan Pilihan Raya Negara ini yang diterajui oleh SPR yang mana Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya adalah "baruah" dan "pencacai" UMNO! Selama ini makan duit membesarkan anak bini daripada hasil haram, menipu dan memperbodohkan rakyat. Shame on you Muhyidin!

Dengan hanya satu tembakan gas pemedih mata hakikatnya ratusan ribu rakyat yang tidak bersedia dengan kedzaliman itu telahpun lari bertempiaran. Bergelimpangan. Undur kehairanan. Saya menyaksikan ramai terpinga-pinga…"what is going on"?
Lelaki perempuan, tua muda menangis sambil juga menyelamatkan diri bukan sahaja daripada simbahan air berkimia, gas pemedih mata yang dimuntahkan bertubi-tubi…hatta lari daripada belasahan anggota polis yang umpama kerasukan syaiton.

Hari itu ramai rakyat hatta saya sendiri tidak bersedia dengan apa jua kelengkapan seperti air dan garam kasar. Saya dan ratusan ribu rakyat hakikatnya sangat bersangka baik dengan Najib yang janji mahu berubah dan mendengar denyut hati rakyat. Shame on you Najib! 
Apa pun pembohongan, gambaran buruk yang cuba diberikan oleh pihak Regim termasuk media proksinya, saya mahu tegaskan ini: RAKYAT SUDAH SEPENUHNYA HILANG KEPERCAYAAN. TUNTAS!

Itu baru sedikit daripada tulisan beliau. Horas! yakin, rakan-rakan pembaca sekalian akan merasa loya atau mual jika membaca tulisan penuhnya.

Nampak bagaimana Aiman Athirah merubah fakta sesuka hati beliau bagi menimbulkan rasa benci orang ramai kepada PDRM serta UMNO dan kerajaan? 

Tapi pada Horas! itu perkara biasa. Kalau tak menghasut orang ramai membenci PDRM, UMNO dan seterusnya kerajaan bukan kalangan pemimpin Pakatan Rakyat namanya. Itu memang kerja kesukaan mereka semenjak azali.

Cuma diakhir tulisan beliau yang penuh dengan kutukan keatas PDRM, UMNO dan kerajaan itu Horas! dapat mengesan betapa beliau sebenarnya adalah seorang yang agak dungu dan keliru apabila dengan yakin menuduh kerajaan mengklasifikasikan 8 perkara yang dituntut oleh BERSIH itu adalah jenayah dan sesiapa yang terlibat dengannya pula adalah penjenayah.

Tulis Aiman Athirah...

"Saya mahu bertanya; apakah menuntut LAPAN perkara ini wajar dituduh sebagai jenayah dan penjenayah?"
Wahai Aiman Athirah, ketahuilah olehmu bahawa kerajaan sesekali tidak pernah menganggap perkara yang dituntut oleh BERSIH itu adalah kesalahan jenayah. Dan kerajaan juga tidak pernah menganggap mana-mana individu, kelompok ataupun kumpulan yang menuntut 8 perkara itu telah melakukan jenayah.

Kalau benarlah kerajaan menganggap menuntut 8 perkara itu satu kesalahan jenayah, pasti sudah lama Ambiga yang menjadi pujaan hati muslimin dan muslimat PAS itu ditangkap, didakwa dan dihumban kedalam penjara. 

Kalau benarlah menuntut 8 pekara itu menjadi satu kesalahan jenayah, pasti A. Samad Said ketika ini sedang meratapi untung nasib didalam penjara Sungai Buluh...kalaupun tidak dari dalam penjara Sungai Jelok.

Juga kalau benarlah menuntut 8 perkara itu satu kesalahan jenayah, pasti sebahagian besar pemimpin PR yang diketuai Anwar Ibrahim yang semakin kusam dan kelam seri wajahnya itu kini sedang kelam kabut membela diri di mahkamah.

Dan lagi wahai Aiman Athirah! Kalau benar apa yang dituntut oleh BERSIH itu dianggap jenayah, mana mungkin 7 daripada 8 tuntutan itu dimasukkan dalam 22 syor yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Penambahbaikan Pilihanraya yang dibentangkan di Parlimen. Malah beberapa orang pemimpin PR sendiri dilantik menjadi ahli jawatankuasanya.

Hanya 1 daripada tuntutan Bersih iaitu mengenai tambahan hari pada tempoh berkempen tidak dimasukkan dalam syor itu kerana ia akan banyak memberi kesan terutama kepada Sabah dan Sarawak yang mempunyai banyak kawasan pendalaman.

Dinegara ini, mana-mana individu. kumpulan mahupun organisasi boleh menuntut apa jua perkara yang mereka fikir wajar untuk dinilai dan dipertimbangkan oleh kerajaan. Kerajaan yang diterajui oleh UMNO pula mengamalkan sikap terbuka dan sentiasa memberi ruang dan peluang.

Lihat sahaja Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Bukan sedikit perkara yang mereka tuntut agar dilaksanakan oleh kerajaan. Tapi presidennya, Dato' Hj. Omar Osman tidak pula sampai mahu membawa ahlinya merusuh dijalanraya menuntut agar permintaan mereka dipenuhi. Mereka menuntut mengikut prosuder dan hasilnya, banyak dari tuntutan mereka itu yang telah dipenuhi oleh kerajaan. 

Pada juak-juak PR - terutamanya muslimah PAS - diluar sana, ketahuilah bahawa tidak benar sama sekali anggapan Aiman Athirah bahawa kerajaan menuduh sesiapa yang terlibat menuntut 8 perkara itu sebagai penjenayah.

Yang menuntut itu hanya akan dianggap melakukan jenayah apabila mereka merusuh, mengganas, membelasah serta mencederakan anggota keselamatan dan ingkar dengan perintah mahkamah yang tidak membenarkan mereka berhimpun juga berdemo di Dataran Merdeka.

Anggapan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS pusat itu sebenarnya lahir dari kebusukan hatinya sendiri yang penuh dengan dendam dan kebencian yang melulu kepada UMNO dan kerajaan. Dan kebencian itu lahir kerana melihat majoriti rakyat masih lagi menyokong UMNO dan menolak PR.

Jika inilah kualiti pemikiran yang ada pada Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS yang pernah mendakwa ada anggota polis bernafsu untuk merogolnya dulu (klik disini), maka tidak hairanlah ada muslimat bawahan PAS yang merapu sampai jadi macam dalam gambar dibawah ini.

Bak kata orang Mandailing...DISGUSTING!..







Friday, May 11, 2012

Kalau Diikut Kata Hadi Awang, Anak Kecil Itu Kini Mungkin Hanya Tinggal Nama.



Kecoh benar baru-baru ini bila rakaman video seorang ibu muda sedang mendera anak kecilnya tersebar diinternet.

Rakaman video tersebut mendapat perhatian banyak pihak. Disiar dimedia eletronik dan juga media cetak. Rakan-rakan blogger Horas! pun ramai yang memuatkan rakaman tersebut di blog masing-masing.

Ramai yang menzahirkan rasa marah, geram serta jijik dengan perbuatan ibu muda tersebut. Horas! sendiri pun terkejut dan terkedu apabila menontonnya. 

Apalah daya anak yang masih kecil itu untuk mempertahankan dirinya. Hanya mampu menangis dan menjerit menahan kesakitan akibat dipukul berulang kali.

Sungguh malang benar nasib anak kecil tersebut diperlakukan hingga sebegitu rupa oleh ibu yang melahirkannya...yang Horas! percaya mengalami tekanan jiwa.

Tidak lama selepas rakaman video yang mengejutkan itu mendapat liputan, pihak polis telah tampil memberi penjelasan. 

Menurut pihak polis, video tersebut adalah adalah rakaman yang telah lama dibuat dan hanya kini baru tersebar. Ibu muda itu sendiri telahpun didakwa dimahkamah dan telah dijatuhkan hukuman 18 bulan penjara akibat pebuatannya itu.

Padan muka!


Walau bagaimanapun Horas! agak terkilan dengan sikap siperakam video berkenaan. 

Walaupun menurut penjelasan beliau (seperti yang disiarkan oleh beberapa akhbar) rakaman itu dibuat bagi dijadikan sebagai bukti penderaan yang dikakukan oleh ibu muda tersebut terhadap anaknya...tetapi mengapa dibiarkan berlarutan sampai begitu lama? 

Agak aneh kerana dia sanggup melihat penderaan itu berlaku didepan matanya sehingga hampir 5 minit lamanya.

Tapi tak mengapalah, perkara pun sudah lama terjadi dan sipelaku pun sudah menerima hukumannya berdasarkan rakaman video yang telah dijadikan bahan bukti tersebut.

Harap kita semua, terutamanya Presiden PAS, DS Hadi Awang dapat menjadikan apa yang telah berlaku itu sebagai satu pengajaran.

Mengapa Horas! tiba-tiba petik nama Hadi Awang berkaitan isu ini?

Bukankah Hadi Awang dulu pernah berkata rakaman video tidak boleh jadi saksi kerana video ini besi sedangkan Islam berpegang kepada konsep empat saksi?

Kalau diikut kata Hadi Awang itu, maka amat sukarlah mahu mendakwa atau menjatuhkan hukuman keatas ibu muda yang tidak berhati perut itu.

Kalau diikut kata Hadi Awang yang mahu menunggu 4 orang saksi melihat kejadian itu....mungkin anak kecil itu kini hanya tinggal nama. 

Tinggal nama kerana mungkin dia telah lama mati akibat didera oleh ibunya sendiri.

Dan jika itu berlaku, maka ramailah juak-juak PAS yang akan menjerit-jerit kehulu kehilir mengata dan menuduh polis tidur dan tak buat kerja. Gampang bukan?