Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Tuesday, April 30, 2013

PRU13: Keganasan Pentaksub PAS Dan Kegiatan Mencalit Jari Pengundi Dengan Dakwat Di Hulu Langat.



Kisah 1

Malam minggu yang lalu pergaduhan hamper-hampir tercetus antara peyokong PAS dan peyokong BN di Taman Perkasa, Hulu Langat. Puncanya penceramah PAS yang bermulut puaka buat provokasi secara melampau dalam ceramahnya. 

Patutnya dia bercereramah lah elok-elok. Cakap lah apa-apa benda baik yang PAS nak buat kalau menang nanti. Ni tidak…mulut puakanya tak sudah-sudah memaki hamun BN. BN nak mampus..BN zalim..BN jahat..BN bunuh orang..BN elok mati dan entah apa-apa lagi maki hamun. 

5 minit boleh tahan..10 minit pun boleh tahan lagi, masuk setengah jam…bila maki hamun penceramah PAS makin menjadi-jadi..ada penykong BN yang dah mula hilang sabar. Tapi hilang sabar mereka takde lah sampai tahap nak serang atau pergi ganggu ceramah PAS. Mereka setakat naikkan bunting yang tertulis ‘Manifesto PRU Pakatan Rakyat Bukan Janji – Khalid Gagap’ lebih kurang 50 meter dari tempat ceramah PAS…itu jer. 

Penyokong PAS yang nampak bunting tu tengah dinaikkan terus hangin satu badan. Tiga empat orang daripada mereka terus pergi warning penyokong BN dan suruh mereka turunkan bunting tu masa tu jugak. Masa tu lah pergaduhan mulut berlaku. 

Ketika pergaduhan mulut itu berlaku..tiba-tiba tujuh lapan orang lagi penyokong PAS datang meluru siap dengan batang kayu kat tangan. Tak mahu kejadian yang lebih buruk berlaku…penyokong BN berundur dan telefon polis. Penyokong BN setakat peratikan tindak tanduk samseng PAS cuba menurunkan bunting tu dari jauh. Bila nampak lampu biru polis lip lap lip lap datang terus samseng PAS lari mencicit. 

Tapi bunting tu tetap jugak tak dapat diselamatkan. Esok paginya dah selamat berterabur atas tanah kena cincang. 



Kisah 2 

Ini pulak cerita pasal pasang bendera BN. Terjadi pun pada malam minggu yang lepas. Biasa lah..pasal besoknya hari cuti, maka ramai lah jentera-jentera muda BN yang pakat nak bersengkang mata pasang bendera BN di sekitar kawasan mereka di Paya Seberang, Hulu Langat. Pasang punya pasang..punya pasang, akhirnya mereka dekat nak sampai kebilik gerakan PAS. Nak kata dekat…takde lah dekat sangat pun. Adalah dalam jarak 30-40 meter. 

Tengah syok-syok pasang bendera tiba-tiba datang meluru seorang penyokong PAS pertengahan umur mengamuk sakan. Habis bendera BN direntap dan dikoyak-koyakkannya sambil memaki hamun menjerit-jerit cakap dia sakit mata dan sakit hati tengok bendera BN yang banyak dinaikkan kat dalam kampung tu. Rakan-rakannya didalam bilik gerakan tersebut hanya memerhati dari jauh. 

Petugas yang memasang poster dan bendera BN cuba memujuk dan menenangkan lelaki tersebut..tapi gagal. Dia jadi makin menggila dan tiba-tiba salah seorang dari petugasa BN dipukul dengan batang besi. Mujur lah mangsa sempat mengelak dan hanya terkena sedikit. 

Melihat pukulannya hanya terkena sedikit..penyokong PAS tersebut menjadi semakin agresif. Dia siap cakap dalam bonet keretanya ada cangkul dan dia tak akan teragak-agak untuk menggunakannya untuk mencederakan petugas BN kalau bendera BN masih dipasang disitu.

Melihat keadaan jadi tak terkawal dan bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku petugas BN beralah dan berundur dari kawasan tersebut. 

Horas! difahamkan yang satu laporan polis telah dibuat berikutan kejadian tersebut. 

Inilah antara perangai juak PAS di Hulu Langat yang terpaksa dihadapi penyokong BN sepanjang musim kempen PRU ni. Mereka mengutuk memaki hamun dan memprovokasi boleh…tapi bila mereka kena usik sikit..terus mengamuk sakan sampai nak membalun orang. 



Kisah 3 

Sudah tersebar di Hulu Langat tentang tindakan kumpulan-kumpulan tertentu yang datang kerumah penduduk kampung mencalit jari pengundi dengan dakwat tertentu. 

Sasaran mereka adalah rumah-rumah yang dihuni oleh makcik pakcik pertengahan umur dan warga emas. Bagi memastikan tiada orang muda dirumah-rumah yang bakal mereka jadikan sasaran, kumpulan tersebut menjalankan operasi mereka dalam waktu pejabat. 

Dikatakan mereka menggunakan alasan kononnya proses mencalit dakwat dijari mangsa itu adalah sebagai proses percubaaan untuk melihat samada dakwat itu berkesan atau tidak untuk digunakan masa hari mengundi nanti. 

Hulu Langat adalah kubu kuat UMNO dan BN. Majoriti makcik pakcik pertengahan umur dan warga emas di Hulu Langat memang penyokong kuat UMNO dan BN. Belum pernah lagi calon Melayu BN baik di DUN Dusun Tua mahu pun di DUN Semenyih kalah dan tumbang dalam PRU-PRU yang lalu. Itu sebabnya kumpulan tersebut menjadikan makcik dan pakcik pertengahan umur dan warga emas sebagai sasaran utama mereka. Biar tak boleh mengundi nanti.

Ada jugak yang mengatakan tindakan kumpulan tersebut mencalit jari pengundi bagi menimbulkan kekecohan di pusat mengundi pada hari membuang undi nanti. 

Memang ada logiknya. Bayangkan tiba-tiba orang yang dijarinya masih ada kesan dakwat datang nak mengundi…memang boleh huru hara jadinya. Nanti boleh lah pihak-pihak tertentu yang berniat jahat buat kecoh kononnya SPR bagi orang yang menyokong BN mengundi sampai dua kali. 

Jadi kepada warga Hulu Langat yang layak mengundi tolong berhati-hati dengan perkara ini. 

Pada anak-anak yang hanya orang tua mereka sahaja yang tinggal dirumah ketika mereka keluar bekerja…pesan pada mak dan ayah anda agar jangan layan orang yang datang kerumah nak mencalit dakwat dijari mereka. Kalau degil halau kan jer. Kalau masih jugak nak keras kepala..cepat-cepat telefon polis.



Thursday, April 25, 2013

Nak Sakat Calon PAS DUN Dusun Tua Sikit....




Hari Kelima Berkempen Di Dun Dusun Tua..



credit foto: Mohamad Jan

Wednesday, April 24, 2013

Rodziah Ismail...Bengongnya Sampai Santak Pucuk Kelapa.



Apa punya bengong lah Rodziah ni.

Apa yang tak kena dengan cakap DS Najib tu? Tang mana yang salah sampai Rodziah kata DS Najib ugut dan nak anak tirikan Selangor?

Betul lah apa yang DS cakap tu. Kalau dapat mandat dari rakyat untuk mentadbir Selangor dalam PRU13 ni...maknanya BN dah jadi kerajaan. Bila dah jadi kerajaan...memang dah jadi tanggungjawab kerajaan BN lah nak repair segala kemudahan infra yang kerajaan PR biarkan rosak reput tak terjaga pasal sibuk tak tentu arah berpolitik 24 jam..

Takkan nak suruh Khalid Brahim tolong repairkan. Takkan nak suruh Ronnie Liu, Rani atau keluarga Lim Kit Siang anak beranak yang datang bertukang baik pulihkan....

Ini lah standard politik pemimpin PKR. Sama je jantan betina...takde kelas langsung.
Setakat memutar belit kenyataan DS Najib...lepas tu menghasut dan menipu kesana sini.

Orang cakap A...dia tukar jadi B. Orang cakap B dia belit sampai jadi Z.

Horas! ingat lagi perangai buruk Rodziah ni masa insiden tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim Malaysia Al-Taqwa di Batu 14, Sungai Semungkis, Hulu Langat dua tahun dulu. 

Dia cukup tak puas hati bila tengok jentera bantuan kemanusiaan UMNO Hulu Langat bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

Kata Rodziah...pemimpin dan orang-orang UMNO yang datang membantu tu bukannya ikhlas...setakat nak tunjuk muka dan tunjuk baik.

Macam-macam provokosi yang Rodziah buat kat petugas-petugas UMNO. Halimah Ali yang turut ada bersama Rodziah masa tu pun 2x5....cukup kuat provokosi dan memperlekeh kerja-kerja bantuan kemanusiaan yang UMNO Hulu Langat buat.

Bila tengok jentera bantuan UMNO tak layan dan tak ambik pot....Rodziah jadi marah dan makin menggila. Habis semua jentera bantuan UMNO Hulu Langat dihalaunya. Ayat UMNO setakat pura-pura tunjuk baik pasal nak dapat nama tak putus-putus keluar dari mulut Rodziah. Macam biasa,,,,Halimah Ali pun sama.

Allah SWT maha kaya. Akhirnya Allah tunjukkan siapa sebenarnya yang tak ikhlas dan setakat nak dapat nama.



Segala bantuan yang dia hulur....dia siap letak gambar besar-besar tu.....






Maaf! Horas! Tak Tahu Tajuk Apa Yang Sesuai Untuk Posting Ini.....


Pasal musim pilihanraya....mengangkat keranda jenazah pun harakah boleh jadikan berita utama.


Bila ternampak berita yang di laporkan harakah ni...teringat Horas! dengan kisah seorang calon PAS yang bertanding masa PRK dun Merlimau dua tahun lepas.

Suatu hari, semasa kempen PRK dun Merlimau tengah hangat berjalan, seorang pengundi warga emas dikawasan tersebut telah meninggal dunia. Apabila mendengar berita kematian tersebut, berdedai calon PAS datang menziarah......tapi bukan dengan keikhlasan hati, melainkan sekadar ingin menunjuk muka kepada pengundi.

Beliau datang sekejap, salam-salam dengan orang ramai, lepas tu mintak suku sakat jentera pilihanraya PAS ambil gambar beliau sedang mengusung jenazah. Cukup tiga langkah beliau pun terus blah!

Rakan-rakan pembaca boleh lihat buktinya dalam video kat bawah ni. 


Kisah yang lebih kurang sama turut berlaku semasa PRK DUN Tenang. 

Apabila berlaku kematian, bekas calon PAS yang suaminya kuat tipu MC, Normala Sudirman singgah sekejap dimasjid untuk possing dan ambik gambar disisi jenazah...lepas gambarnya sambil berdoa berhampiran keranda jenazah diambil...dia terus angkat kaki.



Gambar itu kemudiannya dijaja oleh puak PAS. Kononnya, sikap calon YB yang sanggup meluang masa menziarah jenazah macam Normala lah yang bakal dipilih oleh pengundi di DUN Tenang. Tapi Normala tak menang pun.

PRU13 ni Normala tercalon lagi menjadi calon PAS...tapi dia tak berani lagi bertanding di DUN Tenang. Dia dah cabut lari bertanding di DUN Pemanis pulak.

Pada PAS...hentikanlah perangai meraih undi dengan cara begini. Makin lama makin menyampah orang tengok.




Tuesday, April 23, 2013

Video Karpal Singh Tersungkur Menyembah Lantai Pentas Ceramah PR

Kasihan....pencen lah Karpal.




Yang kat bawah ni pun pencen lah..
Bagi orang lain pulak ambik alih....


Aiiikkkk!!!...Mana Kerandot PAS?







Hot Dari Hulu Langat: Ahli PKR Semenyih Boikot Calon Payung Terjun Mereka Senyap-Senyap.


Nampaknya kekecohan PKR DUN Kajang sudah melarat ke PKR DUN Semenyih.

Punca kekecohan Di DUN Kajang pasal tak puas hati dengan calon yang diimport dari Petaling Jaya, di Semenyih pun sama...ahli PKR akar umbi tak puas hati dengan calon yang diimport dari Serdang, Hamidi A.Hasan.

Cuma protes ahli PKR di Semenyih yang kebanyakannya Melayu tidak seagresif ahli PKR Kajang yang tindakan protes mereka sampai ketahap menutup bilik gerakan dan menurunkan balik bendera-bendera PKR yang dah mereka naikkan.

Ahli akar umbi PKR Semenyih kebanyakannya membuat protes secara senyap. Bilik gerakan mereka dibiarkan suam-suam kuku, kejap bukak...kejap tak bukak dan bendera parti pun mereka naikkan ala kadar.

Blog-blog PKR Semenyih pun langsung takde mempromosi calon parti mereka dan takde satu pun akaun FB yang dibukak khas untuk membantu kempen siber Hamidi hinggakan Hamidi terpaksa menumpang mempromosikan dirinya di FB PAS Semenyih.

Kata sumber Horas! di Semenyih, kerana kurangnya sokongan dari akar umbi, calon PKR tersebut ketika ini terpaksa menunggang dan menggunakan sepenuhnya jentera pilihanraya PAS untuk berkempen kesana sini. 

Itu pun sudah mula kedengaran rungutan dari jentera PAS yang tak puas kerana terpaksa mengambil alih kerja-kerja kempen calon PKR sedangkan jentera pilihanraya PKR sendiri kebanyakannya hanya hanya duduk memerhati sambil goyang kaki
.
Horas! tak tahu berapa lama calon PKR ini akan diboikot oleh ahli sendiri. Tapi kalau ianya berterusan sampai dah nak dekat hari mengundi dan ditambah pulak dengan pertandingan tiga penjuru...kerja BN untuk mempetahankan kerusi DUN Semenyih memang cukup mudah.


Sekitar Ziarah Warga Emas Calon N23 DUN Dusun Tua..








Kempen calon BN DUN Dusun Tua memang cukup sempoi dan santai..

Takde deretan panjang kereta yang mengiringi...
Jentera pilihanraya yang mengiringi beliau pun setakat 3-4 orang.

Kata Tn Hj Ismail Sani...dia tak mahu orang ramai ditempat dia berceramah rasa segan-segan untuk mendekati beliau. Dia pun tak mahu orang yang diziarah atau dilawati rasa tidak selesa kalau dia membawa rombongan yang ramai macam rombongan cik kiah.

Berbeza sungguh dengan cara calon PAS.

Kata sorang teman Horas! yang selalu terserempak dengan rombongan kempen calon PAS, standard kempen mereka hanya dibawah sedikit daripada standard kempen Obama nak jadi presiden.

Berderet-deret kereta mengiringi calon PAS. Kereta mereka siap dipasang dengan lampu warna biru lip lap lip lap didashboard macam lampu yang selalu diguna detektif  polis kalau nak kejar penjenayah dalam filem aksi Hollywood.

Unit amal yang mengiringi pun cukup ramai.

Kalau sampai disatu-satu kawasan tempat calon mereka dijadualkan memberi ceramah, unit amal akan turun terlebih dahulu memerhati kawasan sekeliling dengan muka serius. Keluar sahaja calon dari kereta, dia akan dikawal dengan ketat oleh unit amal PAS. Kalau nak dekat dengan calon...kena lepas unit amal dulu. 

Cumanya takdelah mereka sampai memeriksa tubuh badan orang yang nak dekat dengan calon mereka. Dan kerana takde pemeriksaan tubuh badan itulah yang menjadikan kempen mereka kurang sedikit standardnya dari kempen Obama.

Itu baru jadi calon YB. Kalau ditakdirkan menang dan dah betul-betul jadi YB...tak tahu lah pulak macam mana susahnya orang ramai nak dekat.

Pada warga DUN Dusun Tua, kalau anda semua nak nak pemimpin yang mesra dan mudah didekati sebagai wakil rakyat anda....undilah Tuan Hj Ismail Sani.






Monday, April 22, 2013

Pakcik Ni Gelak Sakan Bila Ditanya Patut Tak Anwar Jadi PM Malaysia.....





:)

Taktik Chegubard Heret Anak Bini Ke Pusat Penamaan Calon Menjadi, Calon PAS Kena Tendang.

Horas! dah tulis sebelum ni pasal chegubard sebarkan 1 Malaysia yang dia serta anak bininya dikasari dan cuba dibelasah oleh unit amal PAS. 

Horas! pun dah cakap tujuan chegubard sebarkan kisah itu adalah untuk kepentingan poltiknya. Chegubard nak penyokong PR simpati kepada dirinya dan dalam masa yang sama benci kepada calon PAS.klik disini

Akibat insiden tersebut, reputasi calon PAS DUN Sg Acheh tercalar dan dia juga teruk dihentam oleh penyokong PR. Di Sg Acheh jentera PKR secara terang-terangan mula menyebarkan bahawa PR pasti akan kalah kalau calon PAS itu terus dikekalkan.

Kelibat calon PAS berkempen meraih undi disekitar Sg Acheh memang susah kelihatan selepas daripada insiden tersebut.

Chegubard tahu taktiknya sudah mula berhasil dan calon PAS bakal disingkirkan dalam waktu terdekat. Jika tidak mustahil dia konpiden nak buat kenyataan dibawah ini.


Dan akhirnya semalam chegubard bersorak besar bila PAS secara rasmi akhirnya terpaksa mengarahkan calon mereka menarik diri dan menyerahkan DUN Sg Acheh kepada dirinya


Kasihan PAS Sg Acheh.....

Suka tak suka terpaksalah terima orang yang dah tak laku dan ditolak dinegerinya sendiri.

Suka tak suka terpaksalah juga terima orang yang pemuda partinya sendiri pun tak nak dia jadi ketua mereka.

Hebat chegubard....kebodohan dan sifat ganas semulajadi unit amal PAS digunakannya untuk menyingkirkan calon mereka sendiri...Yusni Mat Piah.

Dengan unit amal...chegubard boleh seluk keluar balik apa yang dah ada dalam mulut PAS.....

Kempen calon PAS Sg Acheh dalam kenangan..............









Ehhhhh!!! termasuk pulak gambar chegubard gelak.......





Sunday, April 21, 2013

Apsal Dalam Gambar Ni Guan Eng Dengan Nuar Gelak Besar Kat Hadi??

Nampak macam dua ekor malaun tu tengah gelakkan Hadi...

Gelak ada makna tu.....


kredit foto : Tuan Masri

Budak Baru Kenal ABC Pun Eli Kangkang Seret Berpolitik...

Bila bekas YB takde moral bergabung dengan kartunis 3 suku macam ni lah jadinya....

Budak belum tanggal gigi susu pun diheretnya berpolitik

Inilah stail politik gampag pakatan rakyat.......




Video Bah Hen King Bagi Tazkirah Pada Lebai PAS

"Iman saya cukup kuat...."

"Saya anak yang soleh..."

"Orang UMNO tak pandai bertakbir....."

Jijik bila melihat PAS merelakan kafir sewenang-wenangnya menggunakan agama Islam dan ayat-ayat suci Al-Quran....

Tak terfikir kah lebai-lebai alim PAS yang kafir itu menggunakan Islam dan ayat Al-Quran hanya untuk kepentingan peribadi mereka?

Mengapa sampai tahap begini PAS sanggup lacurkan kesucian Islam?

Video ni agak panjang...jadi terpulang pada rakan-rakan pembaca sekalian samada nak tonton sampai habis atau tidak.







Saturday, April 20, 2013

Fitnah PAS Kata Tak Dibenarkan Berkempen Di Putrajaya Kantoi....

PAS kata mereka dihalang untuk berkempen di Putrajaya..

PAS kata kalau nak kempen pun kena menyorok-nyorok di pinggiran putrajaya.

Kata PAS, nak naikkan sehelai bendera mereka di Putrajaya pun tak dibenarkan, apatah lagi nak bukak bilik gerakan, dah tentu diharamkan terus.

Pencacai PAS pun apa lagi...terus kaitkan perjuangan mereka di putrajaya sama seperti perjuangan Rasulullah yang sentiasa ditindas dan dihalang kafir quraish sewaktu mula-mula berdakwah di Mekah.



Yang dalam gambar tu apa wahai PAS?

Kaunter bergerak Jabatan Pendaftaran Negara?
Tandas awam?
Balai polis?

atau.....

Stesyen bullet train Husam...?



Krisis PR DUN Sg Acheh: Unit Amal PAS Mengganas, Cuba Belasah Chegubard.



Krisis pergaduhan PAS dengan PKR kerana berebut kerusi DUN Sg Acheh nampaknya semakin kritikal.

Semalam chegubard mengadu diFBnya yang dia cuba dibelasah unit amal PAS ketika proses penamaan calon.

Mengapa chegubard sebarkan kisah dia nak kena balun dengan unit amal PAS itu di FBnya sampai 1 malaysia tahu? Mengapa chegubard turut jaja yang anak bininya turut dikasari? Dari sudut kepentingan dan keuntungan politik PR, bukan kah lebih baik kalau insiden tersebut diselesaikan senyap-senyap sesama mereka?. 

Kalau ditanya pada Adam Adli yang bodoh-bodoh alang itu pun...dia akan tahu jawapannya.

Tujuan chegubard update kisah dia nak kena pukul dan anak bininya dikasari diFBnya adalah semata-mata untuk kepentingan politiknya.

Dia nak tarik simpati dan sokongan penyokong PR dan dalam masa yang sama dia nak penyokong PR di Sg Acheh benci dan menyampah pada calon PAS. Dan memang benar pun calon PAS sudah mula dibenci. Semalam berbakul-bakul calon PAS dapat maki hamun free dari penyokong PR di FB chegubard.

Taktik basi ini memang biasa sangat chegubard kenakan pada UMNO. Tapi semalam giliran PAS pulak kena dengan chegubard. 



Horas! tak heran pun kalau unit amal PAS nak belasah chegubard.
Belasah lah kalau korang rasa nak belasah sangat.

Cuma pada Horas!, apa yang berlaku pada calon PKR yang yang nak bertanding di Sg Acheh kerana dah tak laku di Rembau itu membuktikan PR memang mengamalkan cara politik ganas.

Selama ni bukan main berkokok tuduh UMNO amal politik ganas

Hari-hari mereka tuduh orang UMNO ganggu ceramah dan pukul penyokong mereka sampai pecah darah.

Walau pun ada bukti dan saksi yang kata ianya bepunca dari pergaduhan yang tercetus akibat kutuk mengutuk sesama mereka sendiri...tapi tetap UMNO yang mereka kambing hitamkan.

Semalam Allah dah tunjuk bukti pihak mana yang sebenarnya ganas pada kita semua.

PKR tak boleh kambing hitamkan UMNO. 
PAS pun tak boleh fitnah itu kerja UMNO.

Ada beribu mata nampak apa yang unit amal PAS buat pada chegubard anak beranak.

Padan muka chegubard....
Padan jugak muka unit amal PAS....





.

Orang Lain Sibuk Dengan Penamaan Calon, PAS Sibuk Ambik Kesempatan Berdemo Mintak Harga Minyak Turun.


PAS dengan perkataan bodoh memang akrab.

Akrabnya macam isi dengan kuku.

Orang lain sibuk dengan penamaan calon...PAS Hulu Langat sibuk berdemo mintak harga minyak diturunkan.

Aksi Unit Amal PAS menjaga jalan mengalahkan polis trafik. Main suka hati dia orang je suruh kereta sebelah sini stop...kereta sebelah sana jalan.

Tak pasal-pasal pekan Kajang sesak teruk.
Jalan-jalan nak masuk ke Kajang jem berbatu-batu.

Konon buat demo mintak harga minyak turun nak bagi orang marah kat BN.
Memang betul ramai yang marah...tapi marah pasal terperangkap dalam kereta 2-3 jam.

Tu sebabnya tak banyak kereta yang lalu lalang support demo PAS. Yang marah buat muka ketat ramai lah.

Sah berbakul-bakul PAS dapat sumpah seranah free hari ni.









kredit foto : Mohamad Jan

Tak Tahan Pedih Dan Senak Diliwat Sampai 7 Kali, PAS Bakal Kaji Selingkuhan Mereka Dengan PKR.

SUNGAI ACHEH, PULAU PINANG
Datuk Mahmud Zakaria (BN)
Mohd Yusni Mat Piah (PAS)
Badrul Hisham Shaharin (PKR)

KOTA DAMANSARA, SELANGOR
Halimaton Saadiah Bohan (BN)
Ridzuan Ismail (PAS) 
Mohd Nasir Hashim (PKR) 
Halmi Omar (Bebas)
Edros Abdullah (Bebas) 
Suppiah Anandan (Bebas)

LABUAN, WILAYAH PERSEKUTUAN
Rosman Isli (BN)
Hadnan Mohamad (PAS)
Tan Sri Ibrahim Menudin (PKR)

PANTI, JOHOR
Datuk Baderi Dasuki (BN)
Azlisham Azahar (PAS)  
Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR)  

SEBERANG TAKIR, TERENGGANU
Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (BN)
Zakaria Dagang (PAS)
Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR)

KOTA PUTERA, TERENGGANU
Mohd Mahdi Musa (BN)
Adam Mat Said (PAS)
Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR)

BUKIT BESI, TERENGGANU
Roslee Daud (BN)
Roslan Ismail (PAS)
Mohd Shamsul Mat Amin (PKR)