Calon BN untuk parlimen Hulu Langat, Adzhaliza Mohd Nor tewas dengan majoriti 17,267 undi ditangan Che Rosli Che Mat dari PAS. BN gagal merampas kerusi parlimen ini 2 penggal berturut-turut.
Jumlah Pengundi Berdaftar : 127,347
1. Che Rosli Che Mat (Pas) : 61,127
2. Adzhaliza Mohd Nor (BN) : 46,860
Majoriti : 17,267
KEPUTUSAN PRU12
Jumlah Pengundi Berdaftar : 90,319
1. Che Rosli Che Mat (Pas) : 36,124
2. Datuk Markiman Kobiran (BN) : 34,379
Majoriti: 1,745
Penyandang: Datuk Markiman Kobiran (BN). Majoriti: 22,777
Dalam pertandingan 6 penjuru di Dun Kajang, calon BN dari MCA pun kalah kepada calon PKR dengan majoriti 6,824 undi. PKR dapat mengekalkan kerusi Dun Kajang yang mereka rampas dari BN pada tahun 2008. Empat lagi calon (3 bebas dan 1 dari Berjasa) hilang wang deposit.
Jumlah Pengundi Berdaftar : 38,965
1. Lee Chin Cheh (PKR) : 19,571
2. Lee Ban Seng (BN) : 12,747
Majoriti : 6,824
KEPUTUSAN PRU12
Jumlah Pengundi: 29,868
1. Lee Kim Sin (PKR) : 13,220
2. Datin Paduka Low Lee Leng (BN) : 9,952
Majoriti: 3,268
Penyandang: Low Lee Leng (BN). Majoriti: 2,773
Dan yang paling mengejutkan bila BN turut tumbang ditangan PAS di Dun Dusun Tua. Semenjak sistem pilihanraya diamalkan di Malaysia...baik daripada zaman Parti Perikatan hinggalah ke zaman BN...warga Dun Dusun Tua tidak pernah berYBkan mana-mana calon yang bukan dari BN.
Dun Dusun Tua kubu kuat UMNO. Dun Dusun Tua pun kubu kuat BN.
Jangan harap lah calon-calon dari parti lain boleh menang di Dusun Tua.
Calon-calon PAS yang pernah bertanding di Dun Dusun Tua sebelum ini semuanya kalah tercirit dikerjakan pengundi-pengundi Melayu yang setianya tak pernah berpaling dari UMNO dan BN. Calon Semangat 46 yang pernah sekali mencuba nasib pun kalah teruk.
Tapi dalam PRU13 yang baru berlalu...akhirnya BN tumbang juga di Dun Dusun Tua. Semuanya gara-gara pengundi Cina yang boleh dikatakan hampir kesemuanya langsung tak memberikan undi kepada calon BN. Haji Ismail Sani kalah dengan majoriti 4,071 kepada calon PAS, Haji Razaly Hassan.
Walhal pengundi Cina yang kebanyakannya berada di Sungai Long dan Bandar Mahkota Cheras di Dun Dusun Tua dijaga dengan cukup baik oleh BN. Apa yang mereka minta selalunya ditunaikan. DS Najib sendiri pernah turun ke Sungai Long merasmikan majlis pecah tanah untuk membina sebuah SJKC yang mereka minta.
1. Haji Razaly Hassan (Pas) : 22,161
2. Haji Ismail Sani (BN) : 18,090
Majoriti : 4,071
KEPUTUSAN PRU12
Jumlah Pengundi Berdaftar: 32,248
1. Ismail Sani (BN) : 13,542)
2. Mohd. Sani Hamzan (Pas) : 11,579
Majoriti: 1,963
Penyandang: Rahmad Musa (BN). Majoriti: 9,043
Dun Semenyih satu-satunya kerusi yang BN menang di Hulu Langat. Ada pertandingan 3 penjuru di Dun Semenyih...Datuk Haji Johan Abd Aziz (BN), Hamidi A. Hasan (PKR) dan Arutchelvan (PSM). Kalau tak kerana calon PKR dan calon PSM yang sebelum ini kita tahu mereka sekapal bertembung dan berebut nak bertanding di Dun Semenyih...tak mustahil Datuk Haji Johan juga akan kalah dengan majoriti hampir 1,500 undi.
Lihat data dibawah dan cuba bayangkan kalau Arut tak bertanding lalu penyokong PSM memberikan undi mereka kepada calon PKR.
Jumlah Pengundi Berdaftar : 46,038
1. Datuk Haji Johan Abdul Aziz (BN) : 17,616
2. Hamidi A. Hasan (PKR) : 13,471
3. Arutchelvan (PSM) : 5,568
Majoriti : 4,071
KEPUTUSAN PRU12
Jumlah Pengundi Berdaftar: 28,203
1. Johan Aziz (BN) : 11,588
2. S. Arutchelvan (PKR) : 10,448
Majoriti: 1,140
Penyandang: Datuk Ahmad Kuris Mohd. Nor (BN). Majoriti: 7,855.
1. Johan Aziz (BN) : 11,588
2. S. Arutchelvan (PKR) : 10,448
Majoriti: 1,140
Penyandang: Datuk Ahmad Kuris Mohd. Nor (BN). Majoriti: 7,855.
Sebab mengapa pengundi Cina ini tidak memberi undi kepada calon BN amat mudah dibaca. Pengundi-pengundi Cina ini sudah lama tahu UMNO yang dikuasai oleh Melayu mempunyai kuasa dominan didalam BN dan mereka amat tidak selesa dengan keadaan itu.
Lebih baik mereka berikan undi kepada calon PAS atau PKR kerana kalau calon PKR dan PAS menang sekali pun...yang berkuasa mutlak tetap DAP. Dan mereka juga amat-amat tahu...dalam segala hal, DAP tetap akan mengutamakan kaum mereka tanpa dapat dipersoal atau dihalang oleh Melayu-Melayu dalam PKR dan PAS.
Mereka nak buka pusat-pusat hiburan haram...DAP cover
Mereka nak korek dan balun segala pasir yang ada...DAP tetap boleh cover.
Mereka nak buka rumah urut banyak-banyak...pun no hal, DAP boleh buat-buat batuk biar Melayu PAS dan PKR takut nak bersuara menegah
Kalau tak dicover...takkan lah mereka sampai ketahap berani buka premis judi haram sejengkal jaraknya dari pejabat ahli parlimen PAS sampai PAS Kawasan Hulu Langat yang dikepalai Haji Razaly langsung tak berani nak membuka mulut menghalang. Klik disini
Dengan segala kemudahan, ditatang bagai minyak yang penuh serta diberi perlindungan tanpa had oleh DAP walau dalam perkara salah di Selangor...apa perlunya mereka memberi undi pada BN?
Di Hulu Langat, baik kerusi parlimen mahupun Dun, Melayu adalah pengundi majoriti. Tapi kini undi kaum Cina yang menyokong DAP secara senyap sudah menjadi penentu kalah atau menang calon-calon BN yang bertanding dan mungkin inilah yang dimahukan oleh Melayu-Melayu dalam PAS dan PKR.
Hari ini YB Che Rosli sekali lagi dapat mempertahankan kerusi parlimennya. Haji Razaly pun dah jadi YB baru PAS di Dun Dusun Tua. Tapi aku yakin...DAP Selangor pun tengah bersiap-siap untuk memakaikan pelana lembut yang selesa ditengkuk keduanya.
Hari ini YB Che Rosli sekali lagi dapat mempertahankan kerusi parlimennya. Haji Razaly pun dah jadi YB baru PAS di Dun Dusun Tua. Tapi aku yakin...DAP Selangor pun tengah bersiap-siap untuk memakaikan pelana lembut yang selesa ditengkuk keduanya.
Walaupun keputusan PRU kali ini amat memeritkan bagi warga Hulu Langat yang sayangkan agama, bangsa dan negara namun ianya tetap diterima dengan hati yang terbuka.
Cumanya kepada Melayu Hulu Langat aku nak seru...mulai sekarang mari kita boikot perniagaan-perniagaan cina yang ada disekitar kita.
Nak beli barang kita beli dari kedai runcit Melayu atau kedai 1Malaysia yang ada.
Nak repair atau servis kereta dan motorsikal...mari kita pakat hantar kebengkel milik Melayu. Harganya mungkin lebih sedikit...tapi koman-koman pun pemilik bengkel yang sebangsa dengan kita tu masukkan jugak 10-20 ringgit dalam tabung masjid bila solat jumaat.
Begitu jugak dalam membeli keperluan-keperluan lain...utamakan membeli dan menggunakan khidmat dari perniagaan milik bangsa kita.
Kalau mereka boleh tunjal kepala kita dengan kuasa undi...mari kita balas tunjal kepala mereka dengan kuasa pengguna dan kuasa membeli yang kita ada.
Cumanya kepada Melayu Hulu Langat aku nak seru...mulai sekarang mari kita boikot perniagaan-perniagaan cina yang ada disekitar kita.
Nak beli barang kita beli dari kedai runcit Melayu atau kedai 1Malaysia yang ada.
Nak repair atau servis kereta dan motorsikal...mari kita pakat hantar kebengkel milik Melayu. Harganya mungkin lebih sedikit...tapi koman-koman pun pemilik bengkel yang sebangsa dengan kita tu masukkan jugak 10-20 ringgit dalam tabung masjid bila solat jumaat.
Begitu jugak dalam membeli keperluan-keperluan lain...utamakan membeli dan menggunakan khidmat dari perniagaan milik bangsa kita.
Kalau mereka boleh tunjal kepala kita dengan kuasa undi...mari kita balas tunjal kepala mereka dengan kuasa pengguna dan kuasa membeli yang kita ada.