Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Monday, May 6, 2013

Analisis PRU13 Dari Kepala Lutut Melayu Bengong.....



Gambar hiasan. Analisis bodoh dibawah takde kena mengena 
dengan gambar bodoh diatas. Harap maklum
'Tsunami cina' mula digunakan penyokong umno untuk menakutkan orang umno kepada dap dan membuat orang melayu benci kepada orang cina. Kononnya orang cina atau dap ingin memusnahkan kuasa politik melayu, cina mahu jadi perdana menteri dan hak hak istimewa orang melayu mahu dihapuskan. Tuduhan - tuduhan ini antara tuduhan paling kurang menggunakan otak melayu umno.

Ayuh kita lihat permasalahan hujah ini. Seperti yang kita semua tahu Pakatan Rakyat mendapat 50.10% undi popular rakyat malaysia. Dari sini kira - kira bermula. (Nota : bagi memudahkan pengiraan, boleh dan selamat dianggap bahawa peratusan populasi kaum di malaysia sama atau hampir sama dengan peratusan pecahan kaum dalam daftar pengundi).

23.7% penduduk malaysia adalah orang cina. Dengan agakan bahawa 80% daripada pengundi cina menyokong pakatan, ini bermaksud daripada 50.10% undi popular yang diterima PR 19% daripada datang dari masyarakat cina.

Masyarakat india pula mewakili 7.1% populasi Malaysia. Dengan anggaran 45% pengundi india menyokong PR, ini bermakna undi popular Pakatan daripada masyarakat india adalah sebanyak 3.2%.

Persamaan disini : 50.10% (undi popular keseluruhan Pakatan Rakyat) - 19% (sokongan cina kepada PR) - 3.2% (sokongan india kepada PR) = X (sokongan Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak serta Lain-lain kepada Pakatan)

Apakah jawapannya? 

Setelah diteliti, dikaji dan dikira dengan menggunakan kalkulator yang tidak pernah digunakan Rais Yatim mahupun Papagomo, tahulah kita bahawa sokongan melayu, bumiputera dan lain-lain kepada Pakatan Rakyat adalah jauh lebih tinggi daripada masyarakat Cina iaitu sebanyak 27.8%.

Masyarakat melayu bandar yang terdedah kepada sumber media yang pelbagai, berpendapatan sederhana dan tinggi dan mempunyai tahap pendidikan peringkat ketiga telah meninggalkan umno. Melayu melayu yang menyokong umno hanyalah mat dan minah kampung yang tinggal di ceruk hutan dan felda-felda. Mereka ini kebanyakannya berpendidikan spm atau srp dan mudah lena dibuai buletin utama serta utusan.

Fakta menarik : Masyarakat cina sanggup menolak calon cina MCA demi memilih calon melayu daripada parti pembangkang. Buktinya, calon - calon MCA kalah di parlimen Larut, Raub dan Pandan ke tangan calon melayu.

P.S. Saya budak undang - undang bukannya budak akaun mahupun ekonomi. Sekiranya ada kesalahan pengiraan, mohon pembetulan dan minta maaf.

Yang benar,
Fazrin Jamal.



Untuk tuan punya analisis diatas....ni aku nak bagi tau sikit apa yang kau gagal nak faham.

Proses pilihanraya dalam sistem demokrasi bukan untuk memuktamadkan keputusan berapa peratus cina undi PR, berapa peratus melayu undi BN atau atau berapa peratus undi popular untuk parti politik yang bertanding.

Proses pilihanraya dalam sistem demokrasi tujuannya nak memuktamadkan keputusan siapa yang bakal jadi YB dan parti mana yang bakal beroleh kuasa untuk memerintah dan seterusnya membuat dasar serta halatuju negara..

Tak payah lah kau nak analisis panjang-panjang sampai pakai kalkulator ..!!

Tengok statistik kat bawah orang kampung penyokong UMNO yang kau kata bodoh tu pun tahu dalam PR...kaum mana yang lebih besar kuasanya.

KERUSI PARLIMEN
DAP : 38
PKR : 30
PAS : 21

KERUSI DUN
DAP : 95
PAS : 85
PKR : 49

Orang beranalisis dia pun nak beranalisis...
Orang buat analisis guna kepala otak....dia guna kepala lutut.

Kau beronani jer lah....