Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Thursday, May 9, 2013

Khalid G Semakin Sah Bakal Jadi MB Selangor, Azmin Merajuk Dalam Jamban


Kata azmin dalam sidang medianya tadi, dia tak akan letakkan jawatan dalam PKR walaupun tak dilantik menjadi MB Selangor.

Tapi ada juga kenyataan yang berbelit-belit dari Azmin.

Bila sorang wartawan bertanya tidak adakah yb-yb PKR yang dipanggil untuk membincangkan siapa yang patut dilantik jadi MB....jawab azmin, hingga kini mereka tidak tahu siapa yang bakal dilantik.

Tapi kemudiannya tanpa sedar azmin kata pulak yang pemimpin PKR ada membuat mesyuarat tergempar kelmarin dan mereka dah membuat keputusan siapa yang bakal menjadi MB Selangor.

Mana satu yang betul ni min?

Dalam pada itu sempat juga azmin menyindir khalid G yang dah berangan-rangan jadi MB bila dia mengatakan rakyat selangor memerlukan MB yang kuat...bukan lemah.

Azmin juga ada menuduh Wan Azizah mengamalkan nepotisme kerana memberi senarai nama bakal MB kepada sultan tanpa pengetahuan pemimpin-pemimpin PKR Selangor yang lain.

Lantak korang lah nak bergasak macam mana pun...

Setakat yang aku tau, itu je lah yang ada dalam sidang media azmin ali tadi yang mukadimahnya dimulakan dengan tuduhan kononnya dia selalu jadi mangsa finah UMNO. Takde apa-apa yang menarik walaupun sebelum ni ianya diwar-warkan kononnya sebagai sidang media paling gempak dan bakal menggoncang dunia poltik tanah air.

Pada aku, aku tetap percaya yang khalid G akan kekal menjadi MB Selangor untuk penggal kedua. DAP pun dah terang-terang cakap mereka nakkan khalid G dan PAS pun cakap benda yang sama. 

Kalau setakat cakap PAS tu aku yakin PKR boleh ketawakan dan perlekeh lagi, tapi pala bana lah kalau ada pemimpin PKR yang berani bantah kehendak DAP.



Dan pada aku lagi.....ketika ini,

Yang happy khalid G
Yang sakit hati azmin
Yang ada power besar DAP
Yang bodoh melopong tapi perasan kuat PAS
Yang jahanam negeri selangor
Yang naya orang melayu
Dan yang tengah fikir-fikir nak cuba nasib bertanding sekali lagi jadi calon parlimen pru14 nanti herman tino

Pada azmin...kalau nak merajuk tak dapat jadi MB selangor...aku dengan berbesar hati cadangkkan kau merajuk dalam jamban yang dirasmikan pesuruhjaya pas selangor ni

Tapi panas sikit lah...takde bajet nak buat silling...



kredit foto diatas sekali : philip golingai