Kadang-kadang kita boleh jadi geli hati dengan cara kempen PAS nak mendapatkan undi.
Orang zaman sekarang, baik lelaki atau perempuan dah makin bijak menggunakan undi mereka. Orang tak undi pasal mamat ni hensem atau minah tu cun. Pilihanraya bukan medan pertandingan untuk memilih lelaki terkacak atau wanita tercantik.
Yang nak membuang undi pun bukan remaja belasan tahun yang masih duduk dibangku sekolah yang mungkin boleh terpengaruh dengan hensem atau buruk calon yang nak diundi.
Orang zaman sekarang pilih calon yang berwibawa..yang boleh membela nasib mereka....yang bukan setakat pandai berjanji tapi tak pernah pandai nak tunaikan janji.
Orang zaman sekarang mengundi bukan setakat nak menentukan nasib mereka...tapi untuk menentukan sekali nasib anak cucu mereka dimasa hadapan.
Husam rupanya memanglah tak macam kambing jamnapari. Tapi orang Putrajaya tahu yang Husam jenis pemimpin yang setakat pandai berjanji yang akan buat muka kambing jamnapari bila dituntut tunaikan janji.
Kalau lah rupa paras dikatakan boleh menjadi satu faktor penting yang bakal menentukan kalah atau menang seseorang calon dalam pilihanraya.......
......................maka kompem lah mamat kat bawah ni akan kalah besar di Parlimen Pendang...