Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Sunday, May 12, 2013

PAS Akan Daftarkan 'Malaikat' Sebagai Pengundi Pada PRU14?


Aku faham kp pas pusat ini kecewa tahap gaban bila pakatan rakyat gagal mengambil alih tampuk pemerintahan negara dari bn dalam pru13 yang baru lalu.

Tapi bilamana dia mengatakan hanya 'undi malaikat' yang boleh membawa kemenangan kepada pakatan rakyat...aku jadi geli hati.

Ya! aku tak menafikan bahawa dengan izin Allah SWT malaikat boleh turun membantu sesiapa yang dikehendakinNya. Ini pernah terjadi bilamana dalam perang Badar, Allah SWT telah memerintahkan malaikatNya turun membantu Rasulullah dan tenteranya dalam menghadapi musuh yang berlipat kali ganda jumlahnya.

Persoalannya, layakkah pas mendapat bantuan malaikat sedangkan perjuangan mereka bagai langit dengan bumi kalau mahu disamakan dengan perjuangan Rasulullah.

Rasulullah SAW tak pernah bekerjasama dengan kafir sampai tahap tunduk menurut segala kehendak mereka macam yang dilakukan pas pada dap atas nama tahaluf siyasi.

Rasulullah pun tak pernah lelong kalimah Allah untuk digunakan oleh kafir harbi hanya semata-mata untuk mendapatkan sedikit kuasa.

Rasulullah sentiasa berusaha menyatukan umat Islam (contoh: kaum muhajirin dan Ansar), tapi pemimpin pas dengan sombong dan angkuh lebih sanggup untuk meludah muka sesiapa yang berhajat untuk mengajak mereka bersatu.

Cukup lah 3 perkara itu aku jadikan contoh betapa berbezanya perjuangan pas dengan perjuangan Rasulullah kerana kalau aku listkan secara detail satu persatu, mata korang akan jadi berpinar membacanya kerana posting ini akan jadi panjang berjela-jela.

Pas sanggup menggadaikan Islam dalam kaedah politik mereka. 
Pas sanggup melacurkan Islam demi mengejar kuasa.  
Pas sanggup melihat umat Islam berpecah belah kerana menjaga hubungan dengan kafir harbi yang mereka angkat menjadi sahabat sejati.

Layakkah pas mendapat bantuan Allah melalui malaikatNya?

Dengan segala kedajalan politik pas yang kesannya hingga membawa kerosakan dan kehinaan pada agama Islam...jangan lah kp pas pusat ini bermimpi malaikat akan turun membantu mereka.

Dan kalau aku jadi nasrudin, aku akan berasa malu dan tak akan sanggup untuk menulis artikel pasal bantuan malaikat ini dalam harakah.

Pasal apa aku malu?...

Pasal aku sedar, parti aku dajal sangat perangainya.....