Buah dipetik dari tangkainya
PAS menang Melayu yang kalah
DAP tersenyum terkena pancingnya
Burung berkicau didalam sangkar
Kusangka merbah rupanya murai
Kerusi direbut pangkat dikejar
Menang sorak negeri tergadai
Kerusi direbut pangkat dikejar
Menang sorak negeri tergadai
Itu bait-bait pantun mantan adun dusun tua, Tn Hj Ismail Sani ketika mengakhiri ucapannya dalam majlis meraikan jentera pilihanraya dun dusun tua malam semalam.
Walaupun cuba dikawal, terpancar juga riak kesedihan diwajahnya kerana gagal mempertahankan kerusi yang semenjak negara ini merdeka, tak pernah sekali pun jatuh ketangan parti selain BN. Tapi malang...kali ini ianya jatuh ketangan PAS.
Tapi warga dusun tua faham, dia kalah bukan kerana majoriti melayu tak mengundinya. Dia pun bukan kalah kerana tak menjalankan amanah yang dipikul sepanjang dia menjadi yb sebelum ini. Sepanjang tempoh menggalas tanggungjawab sebagai adun di dusun tua..Tuan Haji Ismail Sani yang berperwatakan lembut cukup mudah mesra dengan sesiapa saja. Dia juga pendengar yang baik. Setiap masalah yang diadukan kepadanya...pasti dia akan cuba selesaikan secepat dan sebaik mungkin.
Tuan Hj Ismail Sani kalah kerana undi melayu dipecahkan oleh sebuah parti yang mengaku mahu memartabatkan Islam dengan kuasa politik...tapi tak berani pula menuntut kerusi MB apabila mereka menang banyak kerusi dun di selangor.
Dan yang paling utama...dia kalah kerana hampir langsung tidak mendapat undi dari kaum asal pendatang yang kini undi mereka menjadi undi penentu akibat perpecahan Melayu hasil usaha pemimpin PAS dan PKR.
Atas kuasa undi yang ada ditangan mereka, apa saja yang mereka minta...akan cuba ditunaikan oleh kerajaan. Mintak sekolah cina..dapat. Mintak segala kemudahan disediakan secukupnya...pun dapat. Tapi bila sampai masa mengundi, calon BN mereka benamkan ramai-ramai. Malah yang lebih menyakitkan hati...kerajaan yang selama ini menjaga mereka dengan baik dan sentiasa berusaha memenuhi permintaan mereka dituduh pula sebagai penipu, korup, zalim dan bermacam-macam lagi tuduhan yang hina.
Sungguh kaum minoriti asal pendatang ini cukup pandai berpura-pura menyokong BN selama ini.
'Tak mengapalah..pasti ada hikmah disebalik kekalahan ini. Jangan patah semangat disebabkan nasib yang tak menyebelahi kita. Terima lah qada dan qadar yang telah ditentukan. Kita semua kena berusaha lebih gigih untuk memastikan BN yang ditujangi oleh UMNO mencapai kejayaan dimasa yang akan datang' ucap Tuan Haji Ismail dihadapan lebih kurang 1000 orang jentera PRU BN dun dusun tua yang hadir.
Aku kagum dengan mantan YB ini. Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya menyalahkan pihak-pihak lain atas kekalahan yang diterima. Ini lah contoh pemimpin UMNO yang berjiwa besar. Qada dan qadar Allah diterima dengan redha. Tak macam pemimpin PAS yang selalu mengaku mereka lebih Islam dan lebih alim daripada orang lain. Bila menang bukan main tersenyum meleret-leret. Tapi kalau kalah, habis semua disumpah seranah dan dimaki hamunnya...habis semua pihak jugak dituduhnya menipu. Qada dan qadar dari Allah tak dapat diterima bahkan dicampakkan kedalam mangkuk jamban.
Dalam majlis ini, aku sempat berjumpa dan berbual dengan beberapa teman yang bertugas menguruskan PDM ditempat masing-masing. PDM dari kawasan kampung yang hampir 100% melayu kebanyakannya takde masalah...semuanya berjalan lancar tanpa gangguan dari mana-mana pihak. Kalau ada gangguan pun setakat sedikit provokasi dari ahlul-ahlul PAS dan PKR yang sengaja mencari fasal mempertikan itu dan ini.
Tapi dari kawasan PDM yang bermajorotikan cina...lain pulak keadaannya.
Teman dari PDM Sungai Long yang penduduknya majoriti cina...yang mintak sekolah cina dapat dan mintak segala kemudahan pun dapat menceritakan kepada aku tentang perangai biadab lagi kurang ajar sorang anak cina yang meludah petugas-petugas UMNO/BN ketika hari membuang undi.
Tak ada angin...tak ada ribut anak cina itu tiba-tiba datang menghampiri petugan BN dan terus meludah mereka sambil memaki hamun dalam bahasa ibundanya.
Selepas meludah kepada petugas-petugas melayu itu, dia kemudiannya terus susup sasap melarikan diri. Mujurlah dia tak dapat dikejar dan ditangkap oleh petugas UMNO/BN yang terkejut dan amat marah akibat diludahnya itu. Kalau dapat...aku yakin, anak cina kurang ajar itu ketika ini pasti sedang dirawat diunit ICU hospital kajang.
Teman dari Sungai Long itu turut menceritakan bagaimana puluhan penyokong DAP bertindak kurang ajar menutup pintu pagar sebuah pusat membuang undi. Mereka berkumpul dihadapan pintu pagar dan tidak membenarkan sesiapa masuk sambil menjerit-jerit mengatakan 6 buah bas yang membawa pengundi hantu BN sudah hampir sampai. Jam ketika itu pukul 4.30 dan masih berbaki 30 minit lagi sebelum waktu membuang undi tamat.
Keadaan menjadi bertambah kecoh bila pengundi yang keluar mengundi lewat tidak mereka benarkan masuk sehinggalah anggota polis yang bertugas masuk campur. Mereka hanya tersengih-sengih angkat kaki bila waktu mengundi tamat. Memang macam sial!
Ada juga kisah tentang 2 orang lelaki indon yang datang meminta baju BN dikhemah petugas. Untuk mengelakkan fitnah...petugas BN mengambil keputusan untuk tidak memberikan walau sehelai baju pun. Tambahan pula, dalam waktu yang sama seorang lelaki cina berdiri tidak jauh dari situ dalam keadaan bersedia untuk mengambil gambar dengan kamera canggihnya.
Bila permintaan mereka yang nakkan baju BN itu tak dilayan....dan apabila mereka diarahkan beredar dari situ, tak semena-mena 2 orang lelaki indon tersebut meluru dan berdiri rapat disebelah petugas BN dan kemudian memberikan isyarat kepada lelaki cina yang sedang memegang kamera supaya cepat-cepat mengambil gambar. Apa maksudnya tu?
Sudahlah darah aku menyirap mendengar kisah cina-cina DAP yang begitu kurang ajar di Sungai Long....darah aku bertambah menyirap bila mendengar cerita yang disampaikan pula oleh seorang teman yang lain.
Kata teman aku yang seorang ini, ada seorang ahli umno ditempatnya yang sudah berangan-rangan dan teramat yakin namanya bakal dicalonkan untuk bertanding di dun dusun tua. Atas keyakinannya yang tinggi itu, menurut teman aku tu, adik beradik dan kenalan rapatnya telahpun memanggilnya dengan gearan 'YB'. Tup tup namanya tidak naik sebagai calon dan kerana tidak puas hati dan marah namanya tak naik...dia telah mengarahkan adik beradik dan kenalan rapatnya agar tidak memberikan undi kepada calon yang terpilih. Bukankah itu sabotaj namanya? Bukankah itu keparat namanya?
Ketika ini, aku tak tahu lagi setakat mana benarnya cerita yang aku dengar ini. Aku pun tak tau berapa ramai lagi ahli umno yang dihasutnya supaya tak mengundi calon yang dipilih BN. Aku masih lagi mencari bukti dari sumber-sumber lain untuk mengesahkan kebenarannya.
Kalau tak betul...teman aku yang menceritakan kisah tersebut akan aku sekolahkan cukup-cukup dan dia mungkin akan aku tunjal-tunjal. Tapi kalau benar ianya memang berlaku....aku takkan berfikir 2 kali untuk memasukkan gambar sikitol tersebut didalam blog ini siap dengan kutukan yang akan membuat dia terduduk.
Kita tunggu dan lihat.................