Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Sunday, November 14, 2010

Kami Pejuang Islam.



Rumah siap pahat berbunyi. Itulah perumpamaan yang boleh diibaratkan apabila PAS kalah dalam PRK Galas. Penyokong-penyokong tegar 'karat hijau' ini masih tidak dapat menerima hakikat kekalahan mereka dalam pilihanraya kecil tersebut.

Ketidakpuasan hati mereka-mereka ini boleh dilihat@dibaca di blog-blog dan ruang-ruang forum maya yang pro kepada Pakatan Haprak, terutamanya kepada PAS. Antara kesimpulan yang boleh dibuat apabila meniliti komen-komen 'pejuang islam' sejati ini adalah:

1. Selain memberi rasuah dalam bentuk barangan dan wang ringgit, UMNO/BN dituduh mengamalkan pendekatan mengugut pengundi-pengundi di Galas. Dikatakan juga UMNO/BN memberi sehingga RM 1000.00 kepada pengundi-pengundi UMNO/BN

2. Mereka menuduh UMNO/BN menyalahgunakan seluruh jentera dan agensi milik kerajaan dan membawa masuk pengundi-pengundi hantu.

3. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga turut dituduh sebagai tidak adil, telus dan lebih memihak kepada UMNO/BN, selain menipu dalam penyediaan kertas undi.

4. PAS sengaja membiarkan calon mereka kalah di Galas kerana memberi laluan kepada Ku Li. Kononnya disebabkan Ku Li menyokong tuntutan royalti minyak Kerajaan PAS Kelantan.

5. Penduduk pribumi (Orang Asli) dihina sebagai pemakan monyet tegar dan akibatnya mereka menjadi bodoh dan mengundi UMNO/BN. PAS juga kononnya tidak berapa minat untuk menang di Galas kerana pada mereka hanya UMNO/BN yang layak menguruskan Orang Asli

6. Pengundi-penguni dikawasan luar bandar dan mundur, kebanyakannya adalah dari golongan berpendapatan rendah, tidak berpendidikan, tidak terdedah kepada media alternatif dan buta perkembangan politik semasa, jadi UMNO/BN memang layak untuk menang dikawasan- kawasan sebegitu.

Banyak lagi sebenarnya komen-komen negatif yang lebih menjurus kepada penghinaan yang diberikan oleh penyokong-penyokong tegar 'karat hijau' ini, sehingga terasa mual dan jelak untuk membacanya.

Komen-komen yang mengakui kelemahan sendiri atau yang percaya dengan takdir serta qada' dan qadar boleh dihitung dengan jari. Yang mereka tahu hanyalah menyalahkan UMNO/BN, pengundi-pengundi yang tidak memihak kepada mereka dan Suruhanjaya Pilihanraya. 

Pejuang islamkah mereka? Tepuk dada tanya selera.