Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Thursday, December 9, 2010

Simpatinya PKR Kepada Yahudi.




Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff (gambar) menyarankan agar negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang mana Malaysia adalah anggota tetapnya menghulurkan bantuan kecemasan dan peralatan atas dasar kemanusiaan kepada Israel yang kini berdepan dengan bencana kebakaran yang telah meragut lebih 140 nyawa rakyat negara itu - 7 Dis : Suara Keadilan.

Apa dah jadi? Selama ini bukan main lagi tuduh UMNO macam-macam. Sokong Israel, bantu Israel, kawan Israel dan pelbagai lagi tuduhan yang dilemparkan. 

Sekarang baru nampak pihak mana yang sebenarnya sayang pada yahudi di Israel itu. PAS pun langsung tak berbunyi, apatah lagi membantah bila seorang Ahli Parlimen PKR mencadangkan bantuan tersebut kepada Israel.

Bukan main simpati dan sedih lagi si YB PKR dengan kematian 140 orang rakyat Israel akibat kebakaran itu. Kematian beribu-ribu rakyat Palestin akibat disembelih, ditembak sesuka hati dan berkecai jasad dibom tentera yahudi pula macam mana? Tak simpati? Tak mahu hulur bantuan?

Mungkin Yusmadi Yusoff yang bijak dan penuh rasa kemanusiaan tidak pernah melihat gambar-gambar berikut. Lihatlah kekejaman Israel kepada umat Islam di Palestin. Wajarkah Yahudi laknatullah yang ditimpakan bencana dan bala oleh Allah SWT itu dibantu?