Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Tuesday, October 9, 2012

PANAS! Ustaz Nasha Dakwa Ada Pihak Anjur Doa Malaysia Jadi Negara Kristian.


Berita penuhnya.....
Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa hari ini mendakwa, satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian". 
Beliau mendakwa, majlis itu berlangsung selepas pilihan raya negeri Sarawak.
"Saya nak menyebut, dan saya sebut ini untuk mengajak suara ummah menjadi satu, berdepan strategi yang dirancang oleh musuh Allah khasnya di Malaysia ini.

"Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran. 
"Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya. 
Nasharuddin juga berkata, beliau menimbulkan "isu semasa yang dihadapi ummah" itu dalam konteks dakwah dan realiti politik waktu ini. 
Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra itu, Nasharuddin turut menyelar pengerusi nasional DAP Karpal Singh yang bertegas untuk meneruskan prosiding saman ke atasnya. 
"Saya nak kata yang (Karpal) anti-Islam dan bukan anti-hudud," katanya yang menambah, Karpal tidak berhak menentang perundangan yang ditetapkan Allah.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja di program Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4: Seminar Dakwah Nasional anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia.
Mungkinkah ini ada kena mengena dengan apa yang dilakukan DAP di Pulau Pinang?


Jangan kita lupa dulu MP DAP Jelutong Jeff Ooi telah bersumpah dan berikrar untuk mengangkat Kristian sebagai agama rasmi Negara dan mengangkat Perdana Menteri dikalangan Penganut Agama Kristian.