Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Saturday, March 9, 2013

Sabah Diceroboh Pengganas: Mana Doa Pecah Perut & Doa K.O PAS?



Dah dekat sebulan krisis pencerobohan dan serangan pengganas berlaku di Sabah.

Lapan anggota keselamatan kita gugur kerananya. 
Ada antara mereka yang dipancung kepalanya....
Ada yang dikeluarkan organ-organ badannya....
Ada yang dikorek keluar kedua-dua belah biji matanya....
Ada yang dirobek sampai terkeluar segala isi perutnya....
Dan ada yang ditetak-tetak dengan parang tubuh badannya....walaupun sudah tidak bernyawa lagi.

Sungguh dahsyat kekejaman yang dilakukan oleh pengganas yang menceroboh Sabah itu.

Pasukan keselamatan kita kini sedang memburu saki baki pengganas yang tinggal. Iltizam mereka hanya 1...demi kedaulatan negara, pengganas-pengganas terbabit akan diburu walau sampai ke lubang cacing. 

Tapi hingga ke hari ini sekalipun kita tidak pernah lihat PAS menganjurkan solat hajat besar-besaran dan berdoa meminta perut Kiram III atau pun Misuari yang terbabit dengan pencerobohan itu pecah meletup sebagaimana yang pernah mereka doakan kepada PM kita.


Tak pernah juga kita lihat atau dengar ulamak-ulamak dan lebai-lebai PAS mengadakan solat hajat serta berdoa agar penganas-pengganas yang terlibat membunuh dan menzalimi anggota keselamatan kita K.O hancur tergolek satu persatu sampai tak berbaki macam yang pernah mereka doakan keatas UMNO/BN.

Mengapa?

Adakah ulamak dan lebai-lebai PAS takut Anwar akan tersinggung jika rakan-rakan subahatnya itu didoakan dengan doa yang sedemikian rupa???

Rakan-rakan pembaca sekalian fikirkanlah jawapannya.............