Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Monday, August 9, 2010

Beraja Dimata Bersultan Dihati.


Dari kiri, Ng Wei Aik, Mansor Othman dan Salleh Man

Itulah yang boleh disimpulkan tentang sikap DAP semenjak menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang. Parti berideologi komunis serta ultra kiasu ini semakin biadap dengan terus menindas penduduk berbangsa Melayu.

Terbaru, kerajaan Pulau Pinang telah menutup dan tidak membenarkan 27 peniaga Melayu daripada menjalankan perniagaan di Bazar Ramadan di tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar). Tindakan tersebut sekaligus menutup periuk nasi peniaga-peniaga Melayu terbabit.

Keputusan tidak berhati perut serta menafikan hak peniaga Melayu untuk mencari rezeki tersebut telah dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Komtar, Ng Wei Aik. Beliau juga adalah ADUN Komtar. 

Tindakan tersebut jelas menggambarkan bahawa DAP mempunyai sikap anti Melayu. Sedikit demi sedikit dan dengan secara terancang mereka terus menekan dan menindas penduduk Melayu di Pulau Pinang.

Sebelum ini, dengan mencipta pelbagai alasan remeh mereka telah bertindak zalim dengan merobohkan gerai-gerai milik peniaga Melayu. Sedangkan gerai-gerai milik peniaga Cina langsung tidak disentuh sedikit pun apatah lagi dirobohkan. 

Sebuah perkampungan tradisi Melayu (Kampung Jalan Pokok Asam) turut menjadi mangsa apabila penduduknya yang telah sekian lama tinggal disitu diarahkan berpindah untuk memberi laluan kepada pembinaan unit-unit kediaman mewah diatas tapak kampung tersebut. Pampasan yang diterima oleh penduduk terlalu kecil, tidak setimpal dan ianya lebih kepada satu bentuk penganiayaan.

Dimana suara Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman? Dimana suara Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Salleh Man? Tidak adakah sedikit pun rasa simpati anda berdua kepada nasib rakyat yang seagama dan sebangsa dengan anda yang secara terang-terangan telah dianiaya? 

Tidak malukah anda berdua kerana hanya mampu untuk melihat tanpa dapat dapat berbuat apa-apa? Berbanggakah anda dengan jawatan yang disandang sedangkan hakikatnya anda berdua tidak lebih daripada sekadar menjadi barua kepada DAP?

Usaha DAP untuk mengusir penduduk Melayu keluar daripada Pulau Pinang secara perlahan-lahan sebenarnya sudah pun bermula. PAS dan PKR pula telah membantu usaha DAP tersebut tanpa mempunyai rasa bersalah walau sedikit pun. 

Bagi mereka kuasa politik yang sedikit lebih penting dan utama daripada membela hak penduduk Melayu yang terus ditindas dan dianiaya sewenang-wenangnya oleh DAP.