Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Tuesday, August 31, 2010

Projek Langat 2: Kerajaan Selangor Terus Main Tarik Tali.


Tujuan projek ini dilaksanakan adalah untuk menyalurkan air mentah dari Pahang ke Selangor. Tapak projek berhampiran Taman Perkasa, Hulu Langat. Air akan disalurkan dari Sungai Kelau-Sungai Semantan melalui paip berkembar sepanjang 44.6 kilometer dengan menggunakan sistem pengepaman. 

Projek ini apabila siap kelak mampu untuk menampung keperluan air bersih di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sehingga tahun 2025.

Bekalan air bersih di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dijangka akan menghadapi kekurangan menjelang tahun 2012 dan besar kemungkinan kekurangan itu akan berlaku lebih awal jika tidak diuruskan dengan baik. 

Disebabkan oleh kemungkinan itulah maka kerajaan pusat mengambil tindakan segera dengan melaksanakan Projek Langat 2.

Namun kerajaan negeri Selangor terus menangguh-nangguhkan projek tersebut. Alasannya kerana ingin meneliti dan mengkaji sama ada projek tersebut menguntung atau merugikan kerajaan negeri dan rakyat...kononnya. 

Adakah melaksakan projek untuk mengelakkan rakyat mengalami krisis air merugikan rakyat itu sendiri?

Sebenarnya kerajaan Selangor sedang bermain tarik tali dengan kerajaan pusat. Semua sudah sedia maklum bahawa kerajaan negeri menghadapi masalah untuk membayar sebanyak RM12 juta sebulan (RM144 juta setahun) kepada SYABAS. 

Jumlah tersebut terpaksa ditanggung bagi memenuhi janji PR untuk memberikan 20 meter padu air secara percuma kepada rakyat negeri Selangor. Jalan pintas mereka untuk mengatasi masalah tersebut adalah dengan mendesak agar SYABAS dikembalikan semula kepada kerajaan negeri. Namun, bagi mengelakkan salah urus dan, pembaziran kerajaan pusat terpaksa menolak cadangan tersebut.



Penolakan oleh kerajaan pusat itu menjadikan kerajaan negeri Selangor panas punggung. Hutang kepada SYABAS sudah mencecah hampir RM1 bilion. Kerajaan negeri sendiri sudah menanggung defisit sebanyak RM70 juta dan tiada wang lagi untuk dibayar kepada SYABAS. 

Jadi, walau dengan apa cara sekalipun, syarikat tersebut perlu 'dirampas'. Caranya adalah menekan kerajaan pusat dengan menangguh-nangguhkan Projek Langat 2.

Semakin lewat Projek Langat 2 disiapkan, semakin tinggi risiko rakyat di negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur untuk menghadapi krisis kekurangan bekalan air bersih. Pakatan Rakyat tanpa rasa bersalah sanggup memperjudikan nasib rakyat demi memenuhi agenda dan keuntungan politik mereka.

Percayalah, sekiranya kerajaan pusat bersetuju untuk menyerahkan SYABAS kepada kerajaan negeri Selangor, pasti dengan serta merta juga Tan Sri Khalid Ibrahim @ Sahak Gobek dan konco-konconya akan berhenti mengambil pendekatan menangguh-nangguhkan perlaksanaan Projek Langat 2. Pakatan Rakyat akan memporolehi keuntungan berganda. SYABAS yang telah sekian lama diidam-idamkan dapat, bekalan air bersih dari Pahang pun dapat.

Kunci kelancaran Projek Langat 2 adalah SYABAS.