Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Saturday, August 7, 2010

Gula-Gula PAS Untuk Umat Islam Di Selangor.



PAS kononnya bercita-cita mahu menjadikan Selangor sebagai "Mini Serambi Mekah".

Mengapa sekadar menjadi mini serambi?..walllahua'lam. Mungkin kerana tidak mahu mengatasi status serambi mekah di Kelantan. 

Idea yang pasti tidak akan 'direstui' oleh Ronnie Liu, Teresa Kok serta yang seangkatan dengannya ini dicetuskan oleh Dr Halimah Ali, ADUN PAS Kawasan Selat Kelang yang juga EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Selangor. 

Langkah pertama Dr Halimah untuk merialisasikan cita-cita beliau adalah dengan menjadikan Masjid Nurul Amin Kg Delek, Selat Kelang sebagai Mini Serambi Mekah sekaligus dijadikan sebagai markas utama PAS di Negeri Selangor. 

Jika cita-cita Dr Halimah ini menjadi kenyataan, maka bolehlah ianya dimasukkan dalam Guinness World Record (bukan Malaysia Book Of Record) kerana inilah Serambi Mekah pertama di dunia yang membenarkan arak dijual dikawasan majoriti muslim dan membenarkan lebih 4000 rumah urut dan pusat hiburan yang ada diantaranya menyediakan khidmat pelacuran dibuka. 

Serambi mekah 'original' dan Bandaraya Islam di Kelantan apa pula ceritanya?

Khabarnya Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan Sains dan Teknologi Negeri, Nik Mohd Amar Nik Abdullah sendiri mengakui bahawa pelacuran, homoseksual dan punk hidup subur disana. 

Kesimpulannya, apa yang dicadangkan oleh Dr Halimah ini tidak lain dan tidak bukan sekadar cuba untuk mengaburi dan meyakinkan rakyat Selangor kononnya matlamat asal perjuangan PAS tidak pernah berubah. Walaupun hakikat yang sebenar adalah sebaliknya. 

Apa kebaikan dan kelebihan khusus yang diperolehi oleh rakyat beragama Islam semenjak PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR membentuk kerajaan di Selangor? Tepuk dada tanya selera. 

Horas! : Jangan kita lupa, di Selangor...duit zakat umat Islam pun diaorang nak tibai.