Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Thursday, February 17, 2011

Jaga-Jaga Tanah Anda.


Gerombolan 'lanun' yang memerintah dan mentadbir kerajaan Selangor buat hal lagi. Terbaru, geng-geng 'lanun' ni dengan selamba menjual tanah milik Jabatan Perhutanan Selangor secara tidak sah@haram di Kundang, Gombak.

Bukan seekar dua tanah yang dijual tu, tapi 45 hektar. Kalau anda ingin tau, luas 45 hektar ni bersamaan dengan 112 ekar. Bukan kecik-kecik anak punya luas tu. Yang menjualnya adalah sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) negeri Selangor.

Semasa melakukan serbuan, Jabatan Perhutanan Negeri mendapati aktiviti mengorek pasir secara haram turut dilakukan diatas tanah tersebut, kerana terdapat 10 lubang besar bekas korekan besar ditemui.

Tiga buah lori dan lima jentera pengorek tanah disita. Seorang warga asing turut ditahan dalam serbuan tersebut. Pemilik tanah yang kebetulan ada dikawasan tersebut semasa serbuan dilakukan mengaku dia telah membeli tanah tersebut dengan harga RM5 juta.

Jabatan Perhutanan akan melakukan siasatan terperinci untuk mengenal pasti dalang atau 'lanun' yang menjual tanah tersebut dan bagaimana tanah yang sah dimiliki oleh jabatan mereka boleh dijual sewenang-wenangnya.

Jangan lupa, siasat sekali YB Yaakob Sapari, pasal EXCO negeri Selangor yang sorang ni memang sinonim dengan kisah curi mencuri pasir ni. Mungkin kini Yaakob Sapari sudah menyiapkan kain pelikatnya kerana dulu dia pernah menahan sebuah lori mencuri pasir sambil berkain pelikat. Tu drama untuk cover line jer tu.

Tapi rasanya, kerajaan negeri Selangor pasti akan melindungi dalang-dalang yang terlibat. Takkan kerajaan negeri nak biarkan krono-kroni mereka didakwa. Habis la segala penyelewengan dan kerja-kerja busuk mereka terdedah nanti.

Pada anda yang ada tanah di Selangor tapi dah lama tak dijenguk, elok la jenguk-jenguk tanah anda tu cepat. Mana la tau kot-kot nasib anda serupa dengan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

Entah-entah tanah anda pun dah kena kebas dan kena jual dengan 'lanun-lanun' peliharaan kerajaan negeri yang makin buas di Selangor ni.

Sumber: Utusan Malaysia