Anda tahu siapa individu-individu diatas?Anda tahu apa persamaan ketiga-tiga mereka? Adakah anda tahu apa yang mereka lakukan? Berikut adalah beberapa persamaan diantara mereka. Mengikut undang-undang, ketiga-tiganya adalah orang yang melakukan jenayah.
Cuma latar dan kategori jenayah yang dilakukan sahaja yang berlainan antara satu sama lain. Kugan terlibat dengan jenayah curi kereta. Teoh Beng Hock pula terlibat dengan jenayah kolar putih. Manakala Sa'aid pula dikatakan terlibat dengan jenayah penyeludupan yang berleluasa di Kelantan.
Jenayah tidak kira siapa latar pelakunya, tidak kira kecil atau besar tetap dikatakan jenayah. Perlu didakwa dan dihukum mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.
Tapi dalam kes diatas, ketiga-tiganya tidak sempat dibawa kemuka pengadilan atau didakwa dimahkamah kerana telah meninggal dunia, dan itu juga adalah satu persamaan.
Kugan dikatakan telah didera oleh anggota polis sehingga mati. Teoh Beng Hock dikatakan mati kerana dihumban oleh anggota SPRM dari tingkat 14 Plaza Masalam. Manakala Sa'aid pula kononnya mati kerana telah dibelasah oleh anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP).
Ktiga-tiganya dikatakan mati akibat tindakan melulu dan tidak berperikemanusiaan oleh pasukan yang terlibat dalam tugas-tugas menguatkuasakan undang-undang dinegara ini. Bukankah itu juga satu persamaan?
Persamaan yang terakhir pula adalah apabila kes mereka telah dimanipulasi secukup-cukuonya oleh Pakatan Rakyat dengan harapan ianya dapat menimbulkan rasa benci dan marah rakyat kepada kerajaan.
Jenayah yang dilakukan langsung tidak disentuh oleh PKR, DAP mahupun PAS. Sebaliknya mereka terpekik terlolong menuduh kerajaan adalah zalim.
Apabila keadaan berlaku sebaliknya, tatkala anggota keselamatan cedera parah atau maut ditangan penjenayah, mereka sedikit pun tidak berbunyi. Tiada langsung jerit pekik mereka mengutuk si penjenayah dan membela pasukan keselamatan.
Fungsi dan jasa budi pasukan keselamatan mereka nafikan. Kecuali dalam hal-hal yang memihak dan memberi keuntungan kepada mereka.
Jelas, dalam ketiga-tiga kes tersebut, Pakatan Rakyat terutamanya parti rasis DAP telah mengambil kesempatan dengan menangguk di air yang keruh. Mereka kelirukan rakyat dengan fakta-fakta ciptaan mereka sendiri. Mereka sentiasa berusaha untuk meniup api kebencian rakyat kepada kerajaan.
Harapan dan matlamat utama mereka hanya satu, dengan menyemai kebencian dan kemarahan dikalangan rakyat, kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO dapat ditumbangkan didalam pilihanraya nanti.
Betapa kotor dan busuknya taktik mereka. Mereka sanggup bermati-matian membela sipelaku jenayah semata-mata untuk kuasa politik. Segala cara yang jijik dan hina dihalalkan asalkan matlamat mereka tercapai.
Bayangkan jika kita atau ahli keluarga kita sendiri yang menjadi mangsa jenayah Kugan atau penipuan Teoh Beng Hock. Apabila kereta yang dibeli dan wang yang disimpan hasil penat lelah dan titik peluh bekerja lenyap begitu sahaja. Atau apabila ada ahli keluaga kita yang menjadi mangsa ancaman dan ugutan sipenyeludup.
Adakah kita akan berdiam diri dan mahu pula sipelakunya dibela habis-habisan?
Oleh itu, fikirlah sedalam-dalamnya sebelum anda ingin menyokong atau memberikan undi anda kepada Pakatan Rakyat.