Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Monday, June 25, 2012

Akhirnya Dr Che Rosli Tewas Dan Buat U-Turn Berkaitan Isu Lynas.



Sebelum ni Dr Che Rosli kata PR hanya menakut-nakutkan orang ramai apabila mengatakan Lynas adalah loji nuklear.

Sebelum ni Dr Che Rosli kata loji Lynas tidak merbahaya kerana loji tersebut hanya memproses bahan tabiee...iaitu nadir bumi.

Sebelum ni Dr Che Rosli kata radiasi yang dihasilkan oleh Lynas lebih rendah daripada radiasi yang dihasilkan oleh aktivi melombong bijih.

Sebelum ni YB Che Rosli kata tidak adil membiarkan PKR memanipulasi dan menyatakan fakta yang tidak benar berkaitan loji Lynas.

Sebelum ni Dr Che Rosli kata tuduhan yang dilemparkan oleh PR tentang loji Lynas tidak saintifik dan tidak akedemik langsung.

Sebelum ni Dr Che Rosli kata PKR hanya menggembar-gemburkan isu Lynas dan dia sudah lama bersabar melihat tindak tanduk pemimpin PKR tersebut.

Sebelum ni Dr Che Rosli kata, sebagai saintis nuklear dan sebagai ahli PAS...dia malu dengan tindak tanduk PR yang memutarbelit fakta berkaitan Lynas.

Sebelum ni Dr Che Rosli kata dia tidak peduli dan tetap akan menyatakan kebenaran walaupun dengan amaran Penerangan PAS yang meminta dia tutup mulut berkaitan isu Lynas.

Dan kerana sebab-sebab itulah Dr Che Rosli tampil untuk mengingatkan rakyat dan masyarakat yang mereka tak perlu takut tentang pembinaan loji Lynas. Dalam ertikata lain...apa yang cuba disampaikan oleh Dr Che Rosli, loji Lynas itu SELAMAT.

Tapi kini, mungkin oleh kerana tekanan pihak tertentu...akhirnya Dr Che Rosli tewas. Pendirian beliau berkaitan isu Lynas berubah.

Hari ni kata Dr Che Rosli, kenyataannya sebelum ini hanya merangkumi satu bahagian sahaja. Secara keseluruhan...operasi Lynas adalah TIDAK SELAMAT.

Hari ni Dr Che Rosli kata Lynas adalah MERBAHAYA.

Dan paling dahsyat...

Hari ini Dr Che Rosli kata dia akan ambil tindakan undang-undang pada mana-mana pihak yang menggunakan namanya...atau lebih tepat, kenyataannya sebelum ini yang mengatakan bahawa loji Lynas itu tidak merbahaya.



Aduhai busuknya cara politik Pakatan......