Datuk Abdul Murad Khalid adalah bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Baru-baru ini beliau membuat pemimpin dan pencacai Pakatan macam cacing kepanasan bila membuat kenyataan bahawa kira-kira 13 tahun lepas Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.
Senang cerita beliau mendakwa Anwar Ibrahim menguasai harta dan wang sebanyak RM3 bilion dalam beberapa akaun.
Pemimpin dan pencacai Pakatan cepat-cepat menafikan kenyataan Datuk Abdul Murad dan mengatakan beliau telah diupah dan semua itu adalah taktik kotor UMNO untuk menjatuhkan Anwar.
Biasalah....lembu pawah PR akan menafikan apa sahaja perkara yang tidak baik mengenai Anwar. Bagi mereka Anwar terlalu suci dan sesekali tidak akan melakukan salah dan silap.
Berikutan penafian oleh pemimpin-pemimpin Pakatan itru, Datuk Murad Khalid kemudiannya tampil membuat kenyataan yang beliau bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa jika dikehendaki bagi membuktikan kenyataannya berkaitan Anwar memiliki RM3 bilion itu bukan fitnah yang sengaja direka-reka.
Sekali lagi pemimpin dan pencacai Pakatan terkejut ketakutan.
Mereka tahu pendedahan itu bukan main-main. Jika dakwaan tersebut sengaja direka-reka oleh bekas Penolong Gabenor Bank negara itu...mana mungkin beliau sanggup memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.
Lalu, kerana terdesak mahu melepaskan tengkuk Anwar daripada skandal RM3 bilionnya itu, maka segerombolan lembu pawah Pakatan telah menghasilkan surat dibawah.
Dengan surat palsu diatas, mereka berharap orang ramai dapat dipengaruhi kononnya dakwaan berkaitan berbilion wang yang dimiliki oleh Anwar itu adalah konspirasi UMNO semenjak tahun 1999 dan Tun Mahathir dikaitkan sebagai perancang utamanya.
Inilah sikap gerombolan lembu pawah Pakatan. Mereka tidak teragak-agak untuk berbuat apa sahaja atau memfitnah sesiapa sahaja bagi menutup keburukan perangai serta salah laku pemimpin mereka.
Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, surat tersebut pernah dijaja oleh pemimpin serta gerombolan lembu-lembu pawah Pakatan sekitar tahun 1999 bagi memfitnah Tun Mahathir. Dan kini mereka menjajanya sekali lagi bagi menyelamatkan tengkuk Anwar.
Horas! tak berminat untuk mengulas dengan panjang lebar bagi membuktikan surat tersebut adalah palsu. Rakan-rakan pembaca yang bijaksana sekalian nilaikanlah sendiri samada surat yang ditujukan Tun M kepada Tun Daim itu palsu atau tidak.
Horas! yakin anda ada jawapannya.