Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Friday, June 29, 2012

Kasihan...Rakyat Mesir Tertipu Hidup-Hidup Dek Sekeping Gambar.

Gambar dan kisah dibawah ini asalnya disiarkan oleh sebuah blog pro pakatan dan kemudian dengan megah dan bangganya disiarkan pula oleh lidah fitnah online PAS, harakahdaily.

Kalau rakan-rakan pembaca sekalian rajin...boleh klik disini.


Riak dan taksub benar pencacai PAS dengan apa yang disiarkan oleh harakahdaily itu.

Bangga benar mereka apa apabila ada seorang rakyat Mesir menempekkan gambar Nik Aziz membeli air ditepi jalan sambil memuji MB Kelantan itu didalam facebooknya.

Gegak gempita pencacai PAS bercerita tentang apa yang disiarkan oleh harakahdaily itu didalam blog dan ruang-ruang forum maya mereka. Nik Aziz mereka puji sampai kelangit yang ketujuh.

Yang kasihan adalah rakyat Mesir itu. Dia tertipu hidup-hidup dek sekeping gambar.

Horas! yakin Muhammad Al Fateh takkan berselera untuk memuji dan menyumbat gambar Nik Aziz didalam facebooknya kalau dia tahu dan kenal siapa Nik Aziz sebenarnya.

Mahukah rakyat Mesir itu memuji-muji kalau dia tahu Nik Aziz yang dipanggilnya sebagai Gabenor Negeri Kelantan itu sudah berpuluh tahun tidak pernah ambil kisah dengan keadaan rakyatnya yang terpaksa menggunakan air yang kotor untuk makan minum, membersihkan diri, berwudhu' hatta ke mandi junub selain hidup dikelilingi sampah sarap?

Tergamakkah rakyat Mesir itu mengagumi Nik Aziz kalau dia tahu bahawa ulamak politik itu sedikit pun tidak rasa bersalah melihat umat Islam dinegara ini berpecah belah semata-mata kerana mahu menjaga hati dan menjilat kafir harbi yang memusuhi Islam seperti DAP yang menjadi sahabat akrabnya?

Sudah tentu tidak!...

Itu belum lagi diambil kira akan sikap Nik Aziz yang tidak peduli dengan keadaan ekonomi negeri yang ditadbirnya hingga menyebabkan rakyatnya terpaksa berhijrah kenegeri lain bagi mencari rezki untuk diri sendiri dan keluarga tersayang.

Dan kalaulah Muhammad Al Fateh tahu yang Nik Aziz pernah membiarkan hingga ada rakyatnya yang terpaksa hidup merempat dan tinggal direban ayam...nescaya rakyat Mesir itu akan menyesal besar kerana memuji dan menempel gambar Nik Aziz difacebooknya.