"Kalau tak dapat jual....kita lelongkan sahaja". Itu kata segelintir pemimpin PAS
Bencinya PAS kepada projek membangunkan Putrajaya hanya Allah yang tahu. Ada sahaja berita buruk yang mereka sebarkan tentang Putrajaya. Kompleks JPM mereka fitnah itu adalah mahligai Tun M.
Pembangunan Putrajaya satu projek yang maha membazir kata mereka. Pagi petang, siang malam...hasrat mahu menjual dan melelong putrajaya mereka zikirkan. Dan dalam setiap ceramah politik mereka...mereka zahirkan hasrat tersebut.
Tapi itu dulu. Kini PAS tidak begitu lagi. Dulu PAS amat benci Putrajaya. Dulu kalau dengar sahaja nama Putrajaya...Mat Sabu boleh pitam.
Kalau dulu zikir mereka, 'lelong Putrajaya'...'lelong Putrajaya'...'lelong Putrajaya'..kini zikir mereka sudah berubah kepada 'hijau ke Putrajaya'..'hijau ke Putrajaya'. PAS kini amat dambakan Putrajaya.
Yang ada dalam fikiran PAS kini hanya Putrajaya.
PAS kini ibarat jantan selebet yang gila talak. Bukan gila talak pada tahap biasa...tapi gila talak pada tahap yang paling kronik.
Segala kahak yang PAS ludahkan pada Putrajaya dulu...kini sudah habis licin berkilat dijilat balik.
Ghairah PAS pada Putrajaya semakin tak tertahan. Tak dapat tawan guna politik...PAS berimaginasi tawan guna belon panas..muahahahhaahaha...