Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Thursday, July 19, 2012

Saiko Murahan Penganut PAS.



Ini antara usaha terdesak penganut PAS untuk menyucikan imej parti mereka yang tercalar teruk akibat memberi jilatan melampau kepada DAP.

Gambar dibawah mereka jadikan sebagai modal politik murahan. Mereka menempelkan gambar ini dimerata-rata tempat. Di FB...diblog, diportal-portal dan juga di ruang-ruang sembang maya milik mereka.

Kononnya parti Ikhwan Muslimin dari Mesir amat mengagumi dan menyanjung tinggi akan perjuangan PAS dalam persada politik negara ini hinggakan wakilnya yang berucap dalam Himpunan Hijau PAS menuju Putrajaya menyatakan kalaulah dia rakyat Malaysia...dia akan menjadi ahli PAS.



Kasihan, wakil Ikhwan Muslimin itu. Tertipu hidup-hidup dengan penampilan warak dan islamik PAS. Dia terpedaya apabila melihat serban sebesar bakul dan jubah meleret-leret penganut PAS.

Pendek kata...dia terpedaya serta tertipu dengan penampilan zahir dan kata-kata lemak manis PAS.

Sedangkan....

Kalaulah dia tahu yang PAS sanggup menjilat tapak kaki kafir harbi yang anti Islam dan memusuhi saudara seagama sendiri pada tahap maksima....

Kalaulah dia tahu PAS pernah cuba melelong kalimah Allah dan melacurkan agama demi keuntungan politik....

Kalaulah dia tahu PAS pernah buat tak tahu malah mengcover sekumpulan umat Islam yang mahu murtad...

Kalaulah dia tahu PAS membiarkan sekutu politiknya mengarahkan agar arak dijual dikawasan majoriti Islam dan membalun pemimpinnya sendiri yang tidak setuju dengan perkara itu.....

Kalaulah dia tahu PAS hanya menutup mata tanpa berbuat apa-apa bila sekutu poltiknya melambakkan Selangor dengan pusat maksiat dan pelacuran....

Kalaulah dia tahu ada kalangan pemimpin tertinggi PAS yang menyokong dan mengagumi komunis yang tak percayakan kewujudan tuhan..

Dan kalaulah dia tahu 1001 macam lagi sifat dajjal PAS yang sanggup melakukan apa saja demi sedikit keuntungan politik.....

Horas! yakin...jangan kata menjadi ahli PAS, menyebut nama PAS pun wakil Ikhwan Muslimin tersebut tak hingin...