Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Wednesday, July 4, 2012

Pengkaji Paranormal Yang Nampak Macam Kurang Normal.


Pagi tadi masa sedang bersarapan, sorang kawan Horas! memberitahu yang kononnya pengkaji paranormal 'terhebat' negara telah ditahan polis di Negeri Sembilan.

Menurut kawan Horas! itu, dia terbaca tentang penangkapan mamat yang lebih dikenali dengan panggilan uncle seekers itu disebuah blog.

Maka topik mengenai uncle seekers lah yang menjadi isu utama yang dibualkan ketika sedang bersarapan itu. Horas! lebih banyak mendengar daripada menyampuk. Entah mengapa rasa kurang berminat pula untuk bercakap tentang pengkaji paranormal berkenaan.

Mereka tidak bersetuju kalau ada mana-mana Sultan atau kerabat-kerabat mereka yang beraja dimata bersultan dihati....tapi rata-rata teman-teman Horas! itu juga amat tidak bersetuju dan tersangat menyampah dengan sikap uncle seekers yang terover-over dan melampau-lampau mengaib dan memalukan DYMM Sultan Johor serta TMJ didalam blognya selama ini.

Tak wajar kita sebagai orang Melayu derhaka dan kurang ajar tak menentu arah kepada Sultan-Sultan yang selama ini menjadi lambang kedaulatan dan payung bangsa dinegara ini. Bukan begitu cara dan adab kita sebagai orang Melayu kata mereka.

Tambah mereka, bukan setakat DYMM Sultan Johor dan TMJ sahaja yang diaibkan, malah bekas Permaisuri Agung (Siti Aisyah) turut pernah diaibkan dengan begitu teruk oleh uncle seekers.

Kata mereka lagi...kalau diikuti apa yang ditulis oleh pengkaji paranormal itu didalam blognya...seolah-olah dialah yang paling sempurna, baik dan suci murni. Walhal track record dirinya sendiri bukanlah elok sangat. Jadi padanlah muka mamat tersebut kalau benar dia telah ditahan polis.

Berdasarkan perbualan rakan-rakan itu...sebelum membuat posting ini, Horas! cari serba sedikit maklumat mengenai mamat tersebut di Google.

Rupa-rupanya sebelum ini mamat tersebut pernah ditahan oleh pihak berkuasa kerana menyamar sebagai anggota polis.
KUALA LUMPUR 20 Okt. – Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan Ketua Penyelidik Paranormal Seekers Malaysia, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan setelah dikatakan menyamar sebagai anggota polis. 
Majistret Manira Mohd. Nor mengeluarkan perintah terhadap Syed Abdullah, 46, yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers supaya ditahan sehingga 22 Oktober ini untuk disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan.
Mengikut seksyen itu, seseorang boleh ditahan tanpa waran dan memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda ataupun kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Memetik laporan akhbar hari ini, Syed Abdullah ditahan di rumahnya di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pukul 6 petang semalam. Dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk disoal siasat.
Isnin lalu, Syed Abdullah mengetuai kumpulan Seekers mendedahkan dalam akhbar KOSMO! mengenai penipuan ‘Ustaz’ yang mendakwa dapat menyembuhkan penyakit dengan kuasa ‘kebatinan’ yang dimilikinya.
Sebelum ini kumpulan Seekers juga aktif mengkaji fenomena aneh termasuk ‘bigfoot’ di Johor dan ‘jenglot’ di Pameran Alam Misteri di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya (UM).
Dan disebuah blog (klik disini), Horas! terjumpa pula dengan lebih banyak maklumat mengenai siapa uncle seekers sebenarnya. Antaranya :-

SURAT PEMBONGKARAN
PENIPUAN SYED ABDULLAH
OLEH WARTAWAN...



klik untuk imej yang lebih besar

PROGRAM SEEKERS TIPU
PENONTON KATA LANDO..!!


klik untuk imej yang lebih besar


LAPORAN SALAHLAKU
UNCLESEEKERS YANG
DIBUAT OLEH LANDO..

klik untuk imej yang lebih besar


Hutang adalah wajib dibayar. Jika tidak, ia pasti akan dituntut hingga ke akhirat! Hutang ini adalah milik uncleseekers yang masih belum dijelaskan. Bak kata pepatah: bagai melepaskan anjing tersepit, bila lepas... kita digigitnya balik!!

klik untuk imej yang lebih besar


EGO DAN BERLAGAK...


Tapi bab mamat ini teramat besar lagaknya memang tak dapat dinafikan. Meluat benar melihat lagaknya dalam video dibawah.


Benarlah kata pepatah...'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'