Rasa kasihan ada, rasa nak gelak ada pun ada. Apalah yang dfikirkan oleh kerajaan PAS Kelantan semasa merancang untuk membina bangunan Bazar Tok Guru di Kota Bharu? Kos pembinaannya bukan RM5 juta, bukan RM 15 juta..tapi RM50 juta. Banyak tu!
Ruang-ruang perniagaan yang disediakan didalam bazar tersebut dijual dengan harga RM70 ribu hingga RM80 ribu. Percaya atau tidak, ini adalah antara ruang perniagaan yang paling mahal harganya didalam negara. Bayangkan, dengan membayar diantara RM70 ribu hingga RM80 ribu, para pembeli hanya mendapat ruang perniagaan seluas 6 kaki kali 8 kaki.
Dengan luas keseluruhan 48 kaki persegi, bermakna para pembeli terpaksa membayar diantara RM1458 hingga RM1666 untuk keluasan sekaki persegi. Apa sangat la yang boleh diisi oleh para peniaga didalam ruang yang luasnya hanya besar sedikit daripada reban ayam tu.
Rasa-rasanya harga tersebut mengatasi harga ruang-ruang perniagaan terkemuka dan popular seperti KLCC, Pavillion, Mid Valey, Sunway Pyramid dan juga Alamanda di Putrajaya.
Bila para peniaga yang rasa teraniaya mengadu kepada pihak yang berkenaan tentang betapa sempitnya ruang perniagaan mereka, jawapan yang mereka terima amat mudah, "jadikan ruang bazar ini sebagai ruang pemeran, barang simpan distor tempat lain". Mudah jawapannya kan? Yang dibeli tapak perniagaan, tapi yang dapat hanya ruang pameran. Memang naya!
Sekarang kita tinjau pula ruang pejalan kakinya. Percaya atau tidak, ruang pejalan kaki yang disediakan hanya seluas 3 kaki. Ya! 3 kaki. Kalau dua orang berselisih diruang seluas itu, memang sah-sah badan mereka akan bergesel diantara satu sama lain.
Seronoknya kalau lelaki dan perempuan yang berselisih diruang seluas tu. Kena pulak si lelaki dari spesis miang dan gatal, sudah pasti kesempatan berselisih tersebut akan digunakan untuk menggesel dan menyenggol-nyenggolkan badannya (nasib tak baik 'anunya') kebadan si perempuan.
Maka akan ramai la pengunjung-pengunjung wanita yang akan menjadi mangsa cabul tanpa sedar di Bazar Tok Guru tersebut.
Pergaduhan juga boleh tercetus jika si pengunjung wanita mengadu kepada suami, tunang, teman lelaki, ayah, abang atau adiknya yang seorang lelaki miang telah dengan sengaja mengesel dan menyenggol tubuh badan si wanita. Silap-silap Bazar Tok Guru boleh menjadi gelanggang silat, tinju, gusti dan juga tomoi.
Tak mustahil jika penyelok saku dan pencopet akan menjadikan bazar tersebut sebagai tempat operasi mereka. Maka akan menangis tak berlagu la pengunjung-pengunjung yang menjadi mangsa si penyelok saku dan pencopet.
Jika terjadi pula mala petaka seperti kebakaran (mintak dijauhkan) ketika pengunjung penuh sesak Bazar Tok Guru boleh menjadi perangkap maut yang mengerikan. Dalam keadaan panik, berasak-asak dan kelam kabut untuk menyelamatkan diri, tidak ramai yang akan dapat meloloskan diri diruang seluas 3 kaki. Maka maut la yang akan menanti mereka.
Sungguh hebat hasil kerja kerajaan PAS Kelantan yang telah lama dirancang pembinaannya dan sudah pun hampir siap ini. Fungsinya pelbagai. Menyediakan tempat perniagaan yang sempit tapi mahal, ruang pameran, tempat bersenggol dan disenggol, gelanggang untuk bergaduh, tempat penyelok saku beroperasi dan juga perangkap maut yang boleh meragut nyawa. Hebat bukan?