Berikut adalah apa yang ingin dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) :-
"Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan pelbagai reaksi.
Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.
Menurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu dibentangkan tahun lalu atas “inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan”.
Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik, katanya". Sumber - Malaysiakini
Dan yang berikut ini pula adalah kenyataan dan reaksi segera Exco Perumahaan dan Kerajaan Tempatan Selangor, Ronnie Liu :-
"Kerajaan negeri Selangor hari ini mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk menarik balik garis panduannya yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyajikan minuman keras, selepas didedahkan oleh Komunitkini.
Exco Perumahaan dan Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu mengesahkan pekeliling berhubung perkara itu telah dikeluarkan kepada YDP MPSJ, Md Adnan Ikhsan pagi ini untuk menarik semula syarat itu kerana kerajaan negeri tidak menyedarinya.
"Kami tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka tarik dulu,” kata Liu.Menyedari tindakan MPSJ tersebut akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang ramai, khususnya masyarakat bukan Melayu, ADUN Pandamaran itu berkata syarat baru berkenaan juga ditimbulkan pada mesyauarat exco semalam"
Kasihan MPSJ, niatnya baik iaitu untuk menghalang dan mencegah orang-orang Islam daripada bekerja dipremis-premis yang menyediakan minuman keras, tapi dengan pantas dibantah dan dihalang oleh Ronnie Liu.
Pantang betul Ronnie Liu kalau ada mana-mana pihak yang berani nak sentuh-sentuh pasal arak ni.
Semasa mula-mula garis panduan tersebut dicadangkan oleh MPSJ, bukan main lagi pencacai-pencacai PAS (pencacai-pencacai PKR usah diambil kira kerana mereka 2 x 5 dengan DAP) bersangka buruk, menuduh dan membuat fitnah bahawa UMNO takkan setuju dan akan menentangnya habis-habisan.
Tapi belum sempat mulut mereka terkatup, perkara tersebut dengan pantas dibantah oleh rakan kesayangan mereka dari DAP dan bukannya UMNO.
Kahak hijau pekat dari mulut busuk yang selalu memaki hamun, yang ingin mereka ludahkan ke muka UMNO balik semula kemuka sendiri. Sedap tak?
Wahai pencacai-pencacai PAS sekalian, cubalah gunakan sedikit daripada otak yang dikurniakan Allah SWT tu untuk berfikir dengan waras. Mana mungkin DAP yang sebelum ini membenar dan menggalakkan arak dijual dikawasan majoriti Melayu bersetuju dengan garis panduan tersebut.
Mana mungkin DAP yang selama ini menyuburkan dan memperbanyakkan rumah-rumah urut dan spa haram yang jumlahnya beribu-ribu di Selangor akan bersetuju dengan usaha murni MPSJ tersebut.
Jauh panggang dari api wahai pencacai PAS sekalian.
Tapi pencacai tetap pencacai. Tak percaya? mari kita sama-sama tunggu pencacai PAS yang buta akal dan hati punya 'spin'. Apa modal pencacai-pencacai tegar yang kononnya alim dan warak ini pusing untuk melindungi Ronnie Liu dan parti DAP kesayangan mereka?
Tak mustahil mereka akan cakap macam ni, "PERKARA ITU DIBAWAH KUASA KERAJAAN PUSAT"..kah.. kah.. kah. Lebai malang terjun dengan labu-labunya....biarkan..biarkan.
Kita tunggu pulak apa reaksi dan pandangan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hasan Ali dan pemimpin-pemimpin kanan PAS Selangor yang lain berkaitan isu ini.
Adakah mereka akan diam seribu bahasa atau pun bangkit menentang tindakan Ronnie Liu. Kita tunggu, dengar dan lihat.