Kawasan Tenang sedang dilanda banjir ketika ini. Memang 2-3 hari sebelum hari membuang undi, hujan turun agak lebat dan hanya berhenti sekejap-sekejap. Bukan hanya Tenang yang kena, kawasan-kawasan lain pun banjir jugak.
Kebetulan PAS kalah teruk, jadi bencana banjir tu ditafsirkan oleh puak-puak PAS sebagai bala dan tanda kemurkaan Allah SWT. Kata mereka, Allah murka dan menurunkan bala kerana warga Tenang telah menolak calon yang diletakkan oleh PAS dan kerana mereka telah memilih untuk terus hidup dalam keadaan jahiliyah.
Busuk tak busuk hati suku sakat tu, sampai ada yang sanggup mendoakan biar mati semua pokok-pokok sawit di kawasan-kawasan Felda yang ada di Tenang. Biar putus mata pencarian makcik dan pakcik di Felda tu. Siap ada yang kata penduduk Tenang dah tempah tempat di neraka.Nauzubillah...
Pada warga Tenang, abaikan je la kata-kata totok PAS tu. Negeri-negeri yang dioarang berkuasa pun tak terjaga, sampai ada yang terpaksa duduk dalam reban ayam. Banjir pun selalu jugak kena, sampai menggelabah mintak bantuan kerajaan Pusat.
Macam tu la perangai totk-totok PAS semenjak dari dulu. Kalau ada bencana alam menimpa mana-mana kawasan UMNO/BN, dia kata itu bala dari Allah kerana UMNO/BN ni penuh dengan kemungkaran. Kalau kena kat kawasan PAS pulak, dia pusing 180 darjah kata itu ujian Allah pada hamba-hambanya yang soleh. Piii raaaah mabuk!
Yang pasti, pengundi-pengundi di Tenang terbukti bijak kerana dah menolak calon dari parti yang bertopengkan Islam. Bercakap pasal Islam macam nak rak, tapi pemimpin dan ahli-ahlinya sendiri ramai yang suka mencarut, memaki hamun dan memfitnah.
Perlu diingat, bukan Nik Aziz yang akan mengiring kita ke pintu syurga, walaupun Tok Guru tu dah melantik dirinya sendiri sebagai pemegang tiket-tiket kesyurga. Bukan jugak Hadi Awang atau Nizar Jamaluddin yang akan memegang kaki dan tangan kita untuk dihumban ke dalam neraka. Semuanya bergantung pada amalan masing-masing.