Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Tuesday, January 25, 2011

'Indahnya' Pantun Mahfuz.

Lihatlah betapa mulia dan murninya akhlak Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena. Perjuangan beliau berteraskan Islam.

Apabila berceramah, lidah beliau cukup lancar menyelitkan ayat-ayat suci Al-Quran, hadis-hadis, nas-nas mahupun sirah Rasulullah sendiri. Tujuannya agar dapat dijadikan pedoman dan panduan oleh para hadirin.

Tapi hakikatnya, itu bukanlah akhlak sebenar beliau melainkan hanya topeng yang digunakan untuk mengaburi mata penyokong tegarnya. Mahfuz tetap Mahfuz dari dulu sehingga kini, dan mungkin sehingga keakhir hayatnya.

Siapa yang tidak kenal YB Mahfuz Omar yang suka memaki hamun didalam ceramahnya? Siapa juga yang tidak kenal Mahfuz Omar yang sering berperangai seakan terencat akalnya ketika diparlimen?

Beliau seringkali mempertikaikan akhlak dan moral pemimpin-pemimpin UMNO. Tapi dalam masa yang sama beliau sendiri gagal untuk menjaga akhak dan tingkah laku buruk beliau sendiri.

Terbaru, Mahfuz tanpa segan silu atau rasa bersalah menunjukkan sekali lagi betapa rendahnya akhlak beliau. Kematian allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, ADUN Merlimau dipersenda dan dijadikan bahan lawak. Mahfuz dengan akhlak 'mulianya' mencipta pantun dibawah :-


Akhlak islamkah ini? Pernahkah kita lihat, mendengar atau membaca kenyataan pemimpin UMNO mempersenda dan menjadikan kematian pemimpin-pemimpin PAS sebagai bahan lawak?

Bayangkan apa perasaan ahli keluarga allahyarham apabila terbaca pantun Mahfuz. Sedangkan mereka masih lagi dalam kesedihan atas pemergian orang yang tersayang.

Ingatlah wahai Mahfuz. Apabila sampai detik dan ketikanya kamu juga akan pergi menghadap Ilahi sepertimana allahyarham Datuk Mohamad Hidhir. Ketika itu isteri, anak-anak dan ahli keluarga kamu juga akan bersedih hiba diatas pemergian kamu untuk selama-lamanya.

Apakah perasaan mereka agaknya jika ketika itu ada orang lain yang mempersenda kematian kamu?