Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Friday, September 28, 2012

'Fatwa' Ngeh Dan Cerita Kedai Kopi Cina Di Johor.


Untuk membantu DAP memancing perhatian orang Islam dinegara ini, pemimpin PAS kerap kali memberi gambaran bahawa pemimpin-pemimpin DAP amat hormat kepada Agama Islam.

Bukan setakat itu sahaja...pemimpin PAS tanpa sedikit pun rasa malu dan rasa bersalah turut membari gambaran bahawa DAP lebih mesra dengan agama Islam kalau mahu dibadingkan dengan UMNO.

Lebai-lebai PAS yang kebanyakannya memang kita sedia maklum malas berfikir dan sentiasa taksub melulu kepada pemimpin mereka boleh lah dikelentong, tapi umat Islam yang mahu berfikir tidak semudah itu untuk diperbodohkan oleh pemimpin PAS.

Bukan sedikit kenyataan dan perilaku yang ditunjukkan oleh DAP yang boleh kita jadikan bukti bahawa parti tersebut bukan sahaja tidak menghormati Islam...malah turut memandang rendah pada agama yang dijadikan agama rasmi negara ini.

Jangan lupa..Teresa Kok dengan sombong dan kurang ajar tidak mahu membuka kasutnya ketika memasuki Masjid Negara semasa demo bersih dulu. Dan ketika itu azan sedang dilaungkan.

Juga jangan lupa...bagaimana Manoharan Malayalam dengan biadabnya pernah menjadikan doa yang diamalkan oleh umat Islam ketika memasuki tandas sebagai bahan lawak. Manoharan cuba menggambarkan betapa bodohnya umat Islam kerana ketika mahu membuang air pun mereka perlu berdoa.

Seperti biasa, PAS sedikit pun tak pernah berbunyi dengan penghinaan keatas Islam yang dilakukan oleh pemimpin DAP itu.

Begitu juga halnya bila Ngeh Koo Ham baru-baru ini menyambung kurang ajar Teresa Kok dan Manoharan dengan mengatakan tindakan umat Islam yang melakukan protes besar-besaran keatas penghinaan yang dilakukan keatas Rasululah SAW sebagai membuang masa dan tenaga semata.

Ketika rata-rata umat Islam dinegara ini marah dengan kenyataan kurang ajar yang dibuat Ngeh itu...tiba-tiba tampil beberapa orang pemimpin PAS bangkit membela dan  mempertahankan Ngeh dengan membuat kenyataan bahawa apa yang dikatakan Ngeh itu hanya pandangan peribadi dan juga ada kewajarannya.

Bukankah pembelaan itu bakal menjadikan pemimpin DAP semakin besar kepala dan merasakan apa sahaja yang mereka perkatakan tentang Islam itu benar dan wajar?

Kerana mendapat pembelaan dari PAS itulah Ngeh kini semakin biadab dan cuba menunjukkan dia lebih faham tentang Islam berbanding orang Islam sendiri.

Pada Ngeh umat Islam dinegara keliru tentang apa yang halal dan haram dan mereka perlu diajar tentangnya.
Pada Ngeh umat Islam dinegara ini suka menokok tambah apa yang telah ditetapkan sedangkan Allah SWT sudah beri kebebasan untuk mereka minum apa sahaja kecuali arak.

Kerana merasakan dirinya lebih faham tentang Islam berbanding umat Islam sendiri....maka ber'FATWA'lah Ngeh.



Pada Ngeh, asalkan namanya kopi..maka ianya halal untuk dinikmati oleh umat Islam.

Tapi Ngeh tidak tahu bahan apa yang terkandung ketika proses membuat serbuk kopi juga diambil kira oleh Islam. Islam tak mengajar asalkan namanya kopi dan warnanya hitam sahaja boleh disebat.

Tidak tahukah Ngeh ada kilang milik kaum yang sebangsa dengannya yang mencampurkan gelatin babi didalam serbuk kopi yang mereka keluarkan?

Kalau Ngeh tak tahu...maka apa yang berlaku di Johor ini mungkin boleh dijadikan contoh.

JOHOR BAHRU: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.
Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.
Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.
“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,” katanya.
Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.
Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.
“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.
Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.
“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.
“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.
“Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial,” katanya - Metro
Pada Ngeh, berhentilah untuk sibuk masuk campur dalam urusan umat Islam. 

Dan pada PAS...tolonglah nasihatkan pemimpin DAP yang kini menjadi teman sejati anda agar lebih hormat dengan Islam dan hukum hakam yang termaktub didalamnya....