Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Friday, September 28, 2012

Nik Aziz Lelong Tongkat Buruk Untuk Bajet PRU.




Terharu benar puak PAS bila Nik Aziz mengambil keputusan untuk melelong tongkat yang sudah sekian lama beliau gunakan.

Bagi mereka...pengorbanan Nik Aziz yang sanggup melelong tongkatnya bagi membantu mencari dana Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) itu sungguh suci murni dan tiada tolok bandingnya.

Bagi mereka peristiwa Nik Aziz melelong tongkat itu amat bersejarah.

Tapi puak PAS tak tahu yang Nik Aziz sebenarnya memang suka bab-bab melelong. Nik Aziz takkan berfikir dua kali untuk melelong apa sahaja asalkan ada sedikit keuntungan politik yang bakal beliau perolehi.

Lupakah puak PAS yang Nik Aziz dengan selamba dan tanpa rasa bersalah pernah MELELONG kalimah ALLAH untuk digunakan oleh kafir terutamanya DAP?

Kalau kalimah ALLAH yang tiada galang gantinya Nik Aziz sanggup lelong...jadi apa sangatlah setakat nak lelong sebatang tongkat yang bila-bila masa boleh diganti dengan yang baru?