Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Sunday, September 9, 2012

Replika Keris Dipuncak Tiang Lampu Pun Rasis Cina Jadikan Isu.

Mungkin kerana sudah tiada modal...maka harakah memilih untuk melaporkan berita ini.

Dilaporkan penduduk Cina merasa resah dan tersinggung gara-gara keris dijadikan sebahagian daripada rekebentuk tiang lampu disekitar Temerloh.

Ketua DAP Mentakab Lai Chee Ming turut mempersoalkan tujuan MPT memasang replika keris pada lampu jalan di taman perumahan berkenaan. DAP kini sedang menyediakan memorandum bantahan kepada MPT mewakili penduduk bagi menuntut replika keris tersebut diganti dengan sesuatu yang lain.

Dan seperti biasa PAS yang setia dengan DAP turut melolong-lolong menyokong tuntutan Lai Chi Ming melalui Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) PAS Mentakab, Norazmi Abdul Majid.



Horas! pun tak faham apa sangat yang ditakut dan dicuakkan oleh Cina Mentakab dengan replika keris itu. Walhal replika keris tersebut langsung tidak mengancam keselamatan nyawa mereka.

Seperkara lagi...mengapa merasa resah dan terancam dengan replika keris itu sahaja? Mengapa replika lembing yang menjadi tiang kepada keris itu tidak pula dijadikan isu?

Jawapannya mudah. Mat Sabu dan Mahfuz yang suka merapu dan merepek pun boleh fikir. Lembing ada dalam sejarah budaya mereka...tapi tidak keris.

Keris itu adalah lambang dan budaya Melayu. Itulah sebenarnya yang menyakitkan mata dan hati mereka. Mereka tidak suka replika senjata Melayu wujud disekitar kediaman mereka.

Jangan lupa..dahulu, cina-cina rasis juga tidak puas hati dan bising-bising  mengkritik apabila DS Hishamuddin menghunus dan mencium sebilah keris dalam satu perhimpunan perwakilan pemuda. Walhal apa yang dilakukan oleh DS Hishamuddin itu hanyalah simbolik mahu memartabatkan Melayu dan bukannya mahu mengancam mana-mana pihak. Dan silapnya...DS Hishamuddin tunduk dan tergesa-gesa meminta maaf kepada mereka.

Kini mereka semakin naik tocang. Melihat keris...walaupun hanya dalam bentuk replika menjadi kepantangan besar kepada mereka. Kalau boleh, gambar keris pun mereka tak mahu lihat. Keris pada mereka hanya seolah-olah  layak diletak didalam muzium.

Harap-harap satu hari nanti mereka tidak sampai meminta agar Sultan dan raja-raja yang menjadi payung bangsa Melayu tidak membawa keris sebaliknya menggantikannya dengan senduk atau sudip dalam apa-apa acara rasmi kerana mereka merasa resah, tersinggung dan terancam.

Tapi percayalah...jika replika senjata-senjata dibawah ini yang diletak mengganti keris itu di tepi-tepi jalan di Mentakab, sepatah haram pun mereka tak akan berbunyi.


Harap Majlis Perbandaran Mentakab tidak tunduk dengan kemahuan mereka yang mahukan replika-replika keris itu diganti.

Ini negara kita. Kita berhak untuk meletakkan sesuatu yang menjadi lambang kebanggaan budaya yang menjadi pusaka warisan nenek moyang kita dimana-mana yang kita suka.