Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Sunday, September 23, 2012

Penambahbaikan Soalan Kubur Oleh Arbaiyah.


Sebagai seorang Islam, wajib kita beriman pada perkara-perkara yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Antaranya ialah azab kubur dan juga soalan dari dua malaikat Allah (Munkar dan Nakir).

Berkaitan soalan Munkar dan Nakir, selepas dicabut nyawa anak Adam dan selepas jasadnya dikuburkan, Munkar dan Nankir akan mengangkat mayat itu dari perbaringan dan meletakkannya dalam keadaan duduk. Malaikat Munkar dan Nankir dengan suara bagaikan halilintar memulakan soalan terhadap ahli kubur. 

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?

Yang ditanya oleh kedua-dua malaikat itulah yang selama ini kita selaku seorang Islam fahami sebagai soalan kubur.

Amalan soleh ketika didunialah yang akan menentukan samada kita mampu atau tidak mampu menjawab soalan kedua-dua malaikat itu.

Tapi rupanya soalan-soalan kubur yang sedia ada itu tidak memadai buat seorang hamba Allah bernama Arbaiyah Abd Manan.

Selepas menyertai PAS dan merasakan dirinya lebih beriman, lebih bertakwa dan lebih beramal soleh berbanding orang lain, Arbaiyah merasakan ada sesuatu yang kurang serta tidak kena tentang soalan kubur.

Pada Arbaiyah...soalan yang sedia ada itu tidak memadai.
Pada Arbaiyah...soalan yang sedia ada itu perlu kajian semula.
Pada Arbaiyah...soalan yang sedia ada itu perlu penambahbaikan.

Dan yang paling penting pada Arbaiyah...satu lagi soalan perlu ditambah oleh Munkar dan Nakir...... 

Setelah berfikir dengan semasak-masaknya, akhirnya Arbaiyah mengambil keputusan untuk menambah satu lagi soalan pada soalan kubur yang telah sedia ada itu.

Maka kata Arbaiyah......




Maka menangis bercucuran air mata lah umat Islam dinegara-negara lain apabila mendapat tahu tentang 'fatwa' Arbaiyah.

Mereka tidak dapat menjadi ahli atau menyokong PAS kerana parti PAS tiada dinegara mereka...

Jadi bagaimana mereka akan mampu untuk menjawab soalan kubur yang secara rasmi telah ditambah oleh Arbaiyah???