Berikut adalah sejarah ringkas tentang Perdana-Perdana Menteri Malaysia serta jasa-jasa yang telah mereka curahkan sehingga digelar 'Bapa Kemerdekaan', 'Bapa Pembangunan' dan sebagainya.
Sungguh besar jasa-jasa mereka walaupun cuba dinafikan oleh juak PAS, DAP mahupun PKR dengan pelbagai cara.
'BAPA KEMERDEKAAN'
Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Febuari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1995, dan Perdana Menteri pertama selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 hingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 adalah salah satu pencapaian terhebatnya..
Dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".
'BAPA PEMBANGUNAN'
Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein
Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-2. Mula berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau masyhur dengan pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1971) yang matlamatnya untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dikalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".
'BAPA PERPADUAN'
Tun Hussein bin Dato' Onn
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Febuari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-3. Berkhidmat dari tahun 1976 hingga 1981, beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara.
Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".
'BAPA PEMODENAN'
Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925; juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det) adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.
Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.
Beliau juga merupakan seorang tokoh poltik antarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi.
Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga.
'BAPA PEMBANGUNAN MODAL INSAN'
Tun Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad.
'BAPA PHONESEX'
Mohamad Sabu
Mohamad Sabu (lahir pada 14 Oktober 1954 di Tasek Gelugor juga dikenali sebagai Mat Sabu dan Mat Sabu 121) merupakan seorang ahli politik dari parti PAS. Selain hebat dipentas ceramah, beliau juga hebat dengan perempuan sehinggakan pernah ditangkap berkhalwat bersama isteri sahabatnya sendiri dibilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu.
Sebelum menjawat jawatan Timbalan Presiden, beliau juga pernah menjawat beberapa jawatan penting didalam PAS seperti jawatan Naib Presiden PAS, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat serta Ketua dan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat.
Baru-baru ini 'phonesex' diantara beliau dan Normah Halim yang berlaku pada tahun 1994 telah didedahkan kepada umum. Beliau tidak pula menafikan perkara tersebut apabila ditanya oleh wartawan melainkan sekadar berkata 'no komen', 'no komen' dan 'no komen'.
Memandangkan Mat Sabu adalah seorang ahli politik yang mempunyai nama serta telah lama pula mempelopori dan berkecimpung dalam aktiviti 'phonesex' maka wajarlah gelaran 'Bapa Phonesex' diberikan kepada beliau. Tahniah PAS.
Horas!: Kecuali mengenai Mat Sabu, perihal sejarah ringkas tentang bekas Perdana-Perdana Menteri diatas Horas! petik dari smkrajaperempuanipoh.com