Itulah antara rumusan kabur dan jalan penyelesaian berbelit yang dapat dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat berkenaan isu mahu melaksanakan hudud yang dicanang oleh Nik Aziz di Pejabat Agung PAS, lewat malam tadi.
Maksudnya PAS boleh terus berjuang untuk melaksanakan hudud dan DAP juga boleh terus berjuang menentangnya dari dilaksanakan sampai kiamat. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan hormati kedua-duanya. Bukankah itu lawak namanya?
Yang jelas, DAP tetap menang disebalik konklusi kabur itu kerana didalam mesyuarat berkenaan tiada sebarang keputusan menyokong Kelantan melaksanakan hukum hudud dibuat.
Malah seperti yang dilaporkan oleh agendadaily, Anwar sendiri dalam sidang media selepas itu memberikan jawapan 'No' apabila seorang wartawan tempatan bertanya samada PR menyokong hudud dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu.
Wartawan tempatan: Does that mean Pakatan Rakyat support hukum Hudud di Kelantan dan Terengganu?
DSAI: No, we made it very clear. We support their aspirations. We respect their right to articulate and take the initiative but our decision is clear. Certainly now it is not in the policy of the Pakatan Rakyat and DAP’s objection has to be respected and considered. Therefore the decision is quite clear. There is nothing stopping us from discussing. I have difficulty in appreciating some of the concerns raised, why this cannot be discussed? Why the strong prejudice without understanding the aspect of legislation. So let them discuss. Hadi Awang dan Datuk Taqiyuddin, representing Kelantan did explain and some of us, including myself, the aspects of the Islamic Law that needs to be understood. Not as a part of the incessant negative Islamophobic propaganda by the UMNO media which is clear blatant insult to the aspects of the Islamic Law. We don’t share that view.
www.agendadaily.com
KP PAS Pusat pula cuba berlakon serta mengelirukan ahli PAS dengan menggambarkan seolah-olah mesyuarat lewat malam tadi benar-benar membuahkan hasil walhal tiada satu apa pun keputusan yang dibuat memberikan hasil positif yang memihak pada perjuangan PAS mahu melaksanakan hudud.
Itulah nasib PAS didalam Pakatan Rakyat. Suara dan kehendak mereka selalu diperlekeh dan dipandang remeh oleh PKR dan DAP. Tapi jilat tetap jilat.
Yang sedihnya, dalam keadaan begitu pun mereka masih tetap tidak sedar diri.