Inilah akibatnya kalau terlampau kuat sangat menipu semasa berceramah membela Anwar. Akhirnya tanpa sedar, Setiausaha Agung PKR yang selalu perasan bahawa dia adalah seorang yang hebat terlepas cakap.
Rakan-rakan pembaca sekalian nilailah sendiri apa yang boleh difahami dengan maksud kata-kata Saifuddin Nasution, "Cubaan...belum berlaku lagi...cubaan!. Kalau baru cuba...kenapa sudah tuduh dan dakwa Datuk Seri Anwar?".
Tentang penipuan dan tuduhan Setiausaha Agung PKR yang bangang ini kononnya Dr Siew Sheue Feng mengaku bahawa dia hanya mengisi 3 muka surat borang pro-forma (muka surat 3,5 dan 6) dan mengatakan muka surat yang selebihnya diisi sendiri oleh polis...mari kita baca apa sebenarnya penjelasan doktor berkenaan apabila disoal oleh peguam Anwar berkaitan perkara tersebut.
"Ketika kejadian, tiada pro-forma yang spesifik disediakan di HKL untuk kes liwat sebaliknya borang yang ada membabitkan kes rogol".
Tambah Dr Siew Sheue Feng lagi, beliau hanya mengisi muka surat 3, 5 dan 6 dokumen itu kerana beberapa muka surat lain membabitkan butiran maklumat bagi wanita yang menjadi mangsa rogol. (laporan Utusan Malaysia bertarikh 15/02/2011)
Lihatlah betapa celakanya perangai Saifuddin. Doktor berkenaan menyatakan dia tidak mengisi muka-muka surat yang lain kerana ianya melibatkan butiran wanita yang menjadi mangsa rogol, tapi dia pusing cerita dan mengatakan kononnya doktor tersebut sendiri mengakui bahawa keseluruhan muka surat lain dalam borang pro-forma berkenaan diisi oleh pihak polis.
Tapi seperti biasa, puak-puak Pakatan Haprak takkan nampak putar belit dan penipuan Setiausaha Agung PKR berkenaan dalam video diatas.
Kerana apa tak nampak Horas!?
Kerana kebangangan puak-puak Pakatan Haprak yang memang suka dan sentiasa merelakan diri mereka ditipu hidup-hidup oleh pemimpin mereka sendiri.