Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Thursday, September 8, 2011

Terima Kasih Mat Sabu!



Lama blog ini tidak Horas! update. Maklumlah, bercuti panjang sempena Eidulfitri dikampung isteri. Ada juga niat nak tulis cerita-cerita politik terbaru, tapi line brodband sekejap ok...sekejap tak ok.

Nasib tak baik, langsung tak dapat line sampai 3-4 minit. Betul-betul potong stim.

Ingat lepas ini tak mahu lagi pakai broadband dari syarikat [sensored] tu lagi. Nak cuba broadband dari syarikat telekomunikasi yang lagi satu pula.

Seronok betul beraya dikampung. Dengan udaranya yang segar, pagi yang berkabus, kicau unggas dan jauh dari hiruk pikuk kota benar-benar merehatkan kepala otak Horas!.

gambar hiasan

Semua itu tak ada ditempat tinggal Horas!. Bangun pagi bukan disambut kokokan ayam jantan, tapi disambut suara salakan anjing jiran-jiran yang semenjak Pakatan memerintah Selangor, makin galak memelihara haiwan tersebut sampai 2-3 ekor.

Nak nampak kabus pagi-pagi? Jangan harap lah. Kalau jerebu...InsyaAllah, hari-hari boleh disedut dan dinikmati.

Beraya dirumah sanak saudara sebelah isteri juga menyeronokkan. Maklumlah, bukan selalu dapat berjumpa...jadi macam-macam cerita yang disembangkan. Daripada cerita mengenai keluarga masing-masing, kerjaya, politik, cerita lawak, gembira, sedih...semuanya ada. 

Kadang-kadang meleret daripada cerita yang senonoh sampailah kecerita yang tak berapa nak senonoh.

Yang sebelah perempuan tak tahulah pula apa ceritanya. Mungkin ceritanya berkisar pasal anak masing-masing, kuih raya, artis tanahair, gosip-gosip dan Horas! yakin pasti ada mengumpat sedikit sebanyak. Biasalah, perempuan, kah! kah! kah! kah. 

Pembaca wanita jangan marah ok.

Tapi yang paling menarik ialah apabila bercerita kisah politik tanah air. Terutamanya kisah Mat Sabu  mengangkat komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong, membunuh berbelas anggota polis Melayu serta membakar hidup-hidup beberapa wanita dan kanak-kanak sebagai perjuang dan hero sebenar.


Setiap kali berkunjung kerumah sanak saudara atau pun ketika mereka berkunjung kerumah mertua Horas!, cerita tersebut pasti menjadi antara topik utama yang tidak terlepas untuk dibualkan.

Pada saudara mara yang selama ini memang diketahui penyokong tegar PAS, air muka mereka pasti berubah dan nampak tidak selesa setiap kali kisah Mat Sabu mengangkat pengganas komunis yang memang terkenal dengan kekejamannya itu mula dibuka.

Tambahan pula bila pakcik dan makcik yang sudah tua becerita dengan penuh perasaan tentang kekejaman dan keganasan yang pernah dilakukan oleh komunis sambil menjeling-jeling kearah mereka...lagilah menjadikan mereka resah gelisah.

Setakat yang Horas! perasan, mereka langsung tidak mampu menyanggah cerita pakcik dan makcik tua tersebut dan jauh sekali membela Mat Sabu atau PAS.

Yang mampu mereka lakukan hanyalah mengangguk-angguk lemah dengan muka yang kelat.

Sepupu sepapat isteri Horas! yang dulu selalu berapi-api bercerita pasal politik dan memuji-muji Pakatan Haprak dan mengutuk UMNO pun nampak sudah tidak secelupar dahulu. Mereka akan cuba mengubah topik bila nampak bayang-bayang kisah Mat Sabu akan dibualkan.

Tapi macam mana pun mereka cuba mengalih cerita, Horas! akan tetap cuba pusingkan kecerita Mat Sabu semula. Pada Horas!, peluang yang diberi oleh Mat Sabu itu wajar digunakan dengan sebaiknya untuk menyedarkan mereka tentang siapa pemimpin dan apa sebenarnya perjuangan Pakatan Haprak serta siapa sebenarnya dibelakang mereka.

Dan yang paling mengembirakan Horas! apabila ada dikalangan sepupu sepapat isteri Horas! itu yang mengakui mereka terkilan dengan kenyataan Mat Sabu yang menafikan pengorbanan orang-orang Melayu terdahulu yang sanggup berkorban nyawa menentang komunis. 

Ada juga yang berkata mereka rasa menyesal kerana memberi undi kepada Pakatan Haprak pada PRU12 dahulu.

Bukankah itu satu petanda yang baik?

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut Mat Sabu, PAS bakal binasa.


Mungkin kisah Mat Sabu yang mengangkat komunis sebagai perjuang dan hero sebenar itu berjaya mengembirakan sesetengah pihak yang datuk nenek atau ibu bapa mereka pernah terlibat dengan komunis tapi tidak pada majoriti Melayu yang mampu untuk berfikir dengan waras.

Kesimpulannya, dalam pada kita menghentam Mat Sabu kerana kenyataan bodohnya itu, ada baiknya diucapkan juga terima kasih kepada Presiden PAS berkenaan kerana keculaparannya itu telah menyebabkan ada yang melahirkan rasa kesal kerana pernah memberi undi kepada PAS dahulu.

Harap ramai lagi diluar sana yang turut merasa seperti mana yang sepupu sepapat isteri Horas! itu rasa,

Terima Kasih Mat Sabu!.....terima kasih....