Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Sunday, December 18, 2011

Bekas Pemimpin Pemuda PAS Pun Dah Muak Dengan Perangai Parti Sendiri.



Mohamed Hafiz Nordin, bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang adalah antara pemimpin muda yang lantang dan berani menegur kelemahan PAS.

Tidak seperti kebanyakan pemimpin PAS yang lain, yang kuat menemberang dan amat tunduk serta akur kepada DAP dan PKR...Mohamed Hafiz berani berkata benar walaupun hasilnya pahit.

Kata Mohamed Hafiz,
"Pas telah meninggalkan perjuangan Islam sebaik sahaja parti itu bersahabat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP Disebabkan perubahan itu juga agenda perjuangan memartabatkan Islam di Selangor oleh bekas Pesuruhjayanya, Datuk Dr. Hasan Ali tidak disenangi oleh kepemimpinan parti khususnya di peringkat pusat".
"Pas lebih mementingkan nilai keduniaan iaitu kemenangan pada pilihan raya daripada meneruskan agenda perjuangan Islam sedangkan inilah perjuangan yang sepatutnya mereka utamakan".
"Saya yakin dan cukup percaya Pas sedar yang mereka tidak akan berjaya menegakkan syiar Islam walaupun pakatan pembangkang menang pada pilihan raya. Realitinya PKR dan DAP tidak mahu syiar Islam ditegakkan".
Kepada Mohamed Hafiz, bersiap sedialah menerima maki hamun, cercaan dan juga tuduhan kononnya anda adalah tali barut UMNO dari jumud PAS yang langsung tidak boleh menerima jika PAS dikritik.