Sakit perut Horas! ketawa bila menonton video ceramah Badrul Amin yang satu ini. Sampai berkerut-kerut muka dan bergetar suara Badrul Amin beriya-iya mengatakan yang Anwar Ibrahim bakal muncul sebagai Imam Al-Mahdi.
Tapi rakan-rakan pembaca sekalian usahlah merasa pelik dengan perangai juak-juak Pakatan Haprak macam Badrul Amin ini.
Kalau Lim Guan Eng yang terang-terang anti Islam tu pun mereka boleh angkat serta samakan dengan Khalifah Umar Abdul Aziz dan Nik Aziz Aziz dianggap seperti nabi...apa sangatlah pada mereka kalau setakat mengatakan yang Anwar Ibrahim itu Imam Al-Mahdi. Small matter beb!
Horas! malas nak ulas tentang ceramah Badrul Amin tersebut panjang-panjang. Terpulanglah pada rakan-rakan pembaca sekalian untuk menilainya.
Pada Horas!, apa yang dikatakan oleh Badrul Amin itu tidak lebih dari sekadar usaha terdesak juak PKR mahu mengangkat dan menyucikan imej dan diri Anwar Ibrahim dimata rakyat. Tapi malangnya menjadi lawak tahap cipan Parti Keldaian Rakyat sempena akhir tahun 2011.
Layakkah makhluk dalam gambar dibawah ini diangkat sebagai Imam Al-Mahdi?.....Nauzubillah min zalik...simpang malaikat 44. Hanya pembodek tegar macam Badrul Amin yang akan sanggup berkata begitu.
Horas! : Nanti akan ada juak-juak Parti Keldaian Rakyat kata yang bagi ceramah dalam video tu bukan Badrul Amin melainkan pelakon amatur dari siam yang diupah oleh UMNO dan disolek menyerupai malaun itu...kahkahkah...