Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Friday, December 23, 2011

'Keunikan' PAS Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang.



Dalam perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia atau ringkasnya disebut PAS (walaupun sepatutnya disebut PIS), dasar PAS ialah Islam manakala seruan PAS pula ialah Allahuakbar.

Horas! yakin rakan-rakan pembaca sekalian tidak ada masalah dengan dasar dan seruan PAS itu. 

Yang jadi masalah ialah apabila dasar dan seruan itu tidak selari dengan apa yang diamalkan oleh PAS kebelakangan ini, dan inilah yang menjadikan PAS sebuah gerakan atau parti politik berteraskan Islam yang unik bercampur pelik.

Dasar PAS ialah ISLAM dan seruan PAS ialah ALLAHUAKBAR tapi mereka lelong kalimah ALLAH untuk digunakan oleh kafir.


Dasar PAS ialah ISLAM dan seruan PAS ialah ALLAHUAKBAR tapi mereka biarkan sekutu kafir mereka menjaja ayat suci Al-Quran demi kepentingan dan keuntungan politik.

Dasar PAS ialah ISLAM dan seruan PAS ialah ALLAHUAKBAR tapi mereka menggigil ketakutan bila sekutu politik kafir mereka menentang hukum hudud yang mereka mahu laksanakan.

Dasar PAS ialah ISLAM dan seruan PAS ialah ALLAHUAKBAR tapi maki hamun, fitnah serta mengaibkan saudara seagama dibiarkan berkembang subur dalam ceramah politik mereka.

Dasar PAS ialah ISLAM dan seruan PAS ialah ALLAHUAKBAR tapi mereka tidak kisah serta membiarkan air kencing syaitan (arak) dijual sewenang-wenangnya dikawasan dipenempatan yang dihuni oleh saudara seagama mereka.

Dasar PAS ialah ISLAM dan seruan PAS ialah ALLAHUAKBAR tapi mereka biarkan rumah-rumah urut yang menggalakkan berlakunya zina dan pusat-pusat hiburan yang melalaikan dibuka sebanyak-banyaknya.

Dasar PAS ialah ISLAM dan seruan PAS ialah ALLAHUAKBAR tapi mereka gugurkan perjuangan mereka untuk menjadikan negara ini sebuah negara ISLAM.

Dasar PAS ialah ISLAM dan seruan PAS ialah ALLAHUAKBAR tapi mereka biarkan pula saudara seagama mereka dimurtadkan.

Dasar PAS ialah ISLAM dan seruan PAS ialah ALLAHUAKBAR tapi mereka sokong pula komunis yang jelas menolak kehidupan beragama dan membunuh saudara seagama mereka.

Dasar PAS ialah ISLAM dan seruan PAS ialah ALLAHUAKBAR tapi mereka tolak pula usaha untuk menyatu-padukankan umat Islam dinegara ini.

Dan yang peliknya....

Dasar PAS ialah ISLAM dan seruan PAS ialah ALLAHUAKBAR tapi mereka angkat pula manusia yang pernah ditangkap khalwat dengan isteri orang dalam keadaan hanya bertuala dan gemar bercakap lucah ditelefon sebagai pemimpin no 2 mereka.

Itu keunikan dan kepelikan yang Horas! nampak, mungkin rakan-rakan pembaca sekalian ada nampak perkara yang lain pula.

Sungguh PAS (sepatutnya disebut PIS) sebuah gerakan atau parti politik berteraskan Islam yang amat unik bercampur pelik yang pernah wujud di Malaysia...atau mungkin juga didunia.