Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Wednesday, December 21, 2011

Hasan Ali Isytihar Perang Keatas PAS.



Itu tuduhan yang dilemparkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar aka Mr Bean terhadap Dr Hasan Ali. Tidak cukup dengan itu, dalam kenyataannya kepada themalaysianinsider, Mahfuz berkali-kali meminta agar bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu keluar dari PAS.

Kata Mahfuz;
"Jika beliau berada dalam kedudukan Hasan, yang mengkritik dasar parti, beliau sepatutnya sudah lama keluar dari parti. 
“Kalau saya dalam keadaan beliau, saya sudah lama angkat kaki,” katanya lagi. 
“Kalau beliau mengatakan PAS sudah tergelincir landasan, nak tunggu apa lagi?” 
Kasihan Dr Hasan Ali. Ibarat habis sepah madu dibuang. Walhal semua orang tahu beliau adalah arkitek dan antara perancang utama dalam usaha PR merampas dan menawan Selangor dari UMNO dan BN.

Tapi hari ini...Dr Hasan Ali dihalau pula keluar dari parti sendiri macam anjung kurap. Habis hilang dan dinafikan jasa-jasa beliau kepada PAS semata-mata hanya kerana beliau berani berkata benar.

Dahsyat sungguh politik PAS.