Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Sunday, December 25, 2011

Kisah Anwar Dan Banana.



Mungkin ada kalangan rakan pembaca yang terlepas atau belum membaca lagi apa yang ditulis oleh Awang Selamat diruangan Bisik-Bisik Mingguan diMingguan Malaysia hari ini.

Horas! copy pastekan disini agar rakan-rakan pembaca sekalian dapat membacanya.
Ramai mungkin tidak tahu bahawa ada beberapa pemimpin yang pernah menjadi tumpuan media kerana terlibat dengan gejala homoseksual.  
Salah seorang daripadanya ialah bekas Presiden pertama Zimbabwe, Canaan Sodindo Banana. Dia yang memegang jawatan tersebut dari April 1980 hingga Disember 1987 merupakan seorang paderi Kristian terkenal. Rekod baik Banana musnah setelah didakwa meliwat pegawai peribadinya, Jeff Dube. 
Ketika era kegemilangannya, Banana bertanggungjawab menyatukan dua parti politik sekali gus membawa kestabilan politik selain mengetuai jabatan agama di sebuah universiti. 
Banana dituduh terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan kegiatan homoseksual pada 1998.
Beliau didapati bersalah atas 11 kesalahan meliwat, cubaan meliwat dan berkelakuan tidak senonoh. Banana dijatuhi hukuman penjara 10 tahun tetapi dipendekkan kepada enam bulan sebelum dibebaskan pada Januari 2001.  
Dia akhirnya meninggal dunia akibat kanser. Sehingga akhir hayatnya Banana tetap tidak mengakui beliau terlibat dalam semua pertuduhan walaupun cukup bukti. Beliau asyik berterusan mendakwa itu semua cubaan untuk menjatuhkannya. Ramai pemerhati melihat keengganan Banana untuk mengakui kesalahannya sebagai terlepas kesempatan terbaik untuk mendapat sedikit penghormatan daripada masyarakat. 
Namun apa yang boleh dipuji, Banana tidak menghasut rakyat dan pengikutnya untuk berdemonstrasi di jalanan menentang kerajaan.  
Awang sengaja paparkan kisah beliau untuk renungan kita. Ada banyak lagi lagi kisah benar bagaimana kerakusan kepada seks luar tabii dan hipokrasi berterusan, akhirnya membawa seseorang kepada penghinaan yang dahsyat di hujung hayatnya. Ambillah iktibar.