Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Saturday, April 21, 2012

Demo Hapuskan PTPTN Oleh Mahasewel Ibarat Senjata Makan Tuan Kepada Pakatan.



Semua sudah tahu bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyatlah yang menjadi dalang dan tulang belakang disebalik demo hapuskan PTPTN yang ketika ini dilakukan oleh sekumpulan mahasewel di Dataran Merdeka.

Pakatan Rakyat jugalah yang menyediakan segala keperluan, dari khemah hingalah makan dan minum kepada mahasewel-mahasel itu.

Boleh dikatakan saban hari ada saja  pemimpin dan aktivis dari Pakatan yang menziarah serta memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada mahasewel-mahasewel yang sedang berdemo itu. Mereka minta mahasewel-mahasewel itu istiqamah untuk terus berkampung disitu.

Pemimpin Pakatan berharap UMNO, BN dan seterusnya kerajaan akan tertekan, kelam kabut akhirnya tunduk dengan desakan untuk menghapuskan PTPTN yang dibawa didalam dengan demo itu. Nanti bolehlah mereka tampil dengan watak hero yang memperjuangkan suara pelajar.

Tapi kasihan, nampaknya apa yang mereka hajat dan idam-idamkan akan terjadi itu setakat ini langsung tiada bayang bakal menjadi kenyataan.

Kerajaan langsung tidak  gundah gulana dan jauh sekali panik dengan demo yang dilakukan oleh mahasewel-mahasewel itu. Kerajaan sekadar membalas tekanan yang diberi oleh mahasewel dan pemimpin Pakatan dengan penjelasan yang munasabah serta logik. Kerajaan dengan sabar jelaskan kepada rakyat mengapa tuntutan tersebut tidak perlu dilayan. 

Alhamdulillah...setakat ini rata-rata rakyat menerima dengan baik penjelasan yang diberikan oleh kerajaan dan demo oleh mahasewel-mahasewel yang ditaja oleh Pakatan tersebut langsung tidak mendapat sokongan majoriti rakyat.

Sudah lah demo yang ditaja tak mendapat sokongan, kini Pakatan ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pula. Isu PTPTN yang mereka harapkan dapat menjadi senjata untuk menikam UMNO dan kerajaan akhirnya terbalik menikam diri mereka sendiri.

Kini mereka pula yang didesak oleh banyak pihak untuk memberikan pendidikan percuma dipusat-pusat pengajian tinggi dinegeri-negeri yang mereka tadbir dan kuasai. 

Kerajaan Selangaor yang dikuasai oleh PKR didesak untuk memberikan pendidikan percuma di UNISEL dan KUIS. 

Manakala kerajaan Kedah dan Kelantan yang dikuasai oleh PAS didesak pula untuk memberi pendidikan percuma di KUIN dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Setakat ini, kepimpinan Pakatan yang menguasai ketiga-tiga negeri tersebut langsung tidak memberi jawapan yang konkrit berkaitan dengan desakan yang dibuat itu. 

Mereka sekadar terkebil-kebil biji mata sambil bersilat dan konar baring kesana kemari memberi pelbagai alasan. Dan dalam setiap alasan yang mereka cipta itu, mereka akan kaitkan dengan UMNO, BN dan kerajaan. Haprak sungguh!!!.....

Benarlah kata kebanyakan teman-teman Horas! yang tidak berparti tapi tak pernah pula lupa untuk menunaikan tanggungjawab membuang undi. Kata mereka, pembangkang yang ada di Malaysia ini sebenarnya langsung tidak berkualiti dan low class. Mereka lebih banyak menyusahkan berbanding memudahkan rakyat.

Cakap mereka lebih banyak yang kosong daripada berisi.

Apa yang mereka perjuangkan selalunya tidak munasabah dan tidak berpijak dibumi nyata. Hanya perjuangan syok sendiri yang tujuannya hanya untuk memancing perhatian rakyat. Sambil itu mereka gula-gulakan rakyat dengan janji-janji manis yang lunak-lunak dan sedap didengar.

Yang tidak mahu berfikir panjang akan terpengaruh. Mereka tidak sedar bahawa janji-janji yang ditaburkan tersebut setakat dibibir yang hanya dijadikan penambah rasa didalam ceramah sahaja. 

Lihat saja puluhan janji-janji manis yang mereka taburkan semasa berkempen dalam PRU12 yang lalu. Hanya sedikit janji yang dapat mereka tunaikan. Janji yang ditunaikan itu pun penuh dengan masalah, tersekat-sekat dan tidak menyeluruh.

Akhir kalam...mari sama-sama kita baca luahan hati seorang pelajar di KUIS yang amat terbeban dengan bermacam-macam caj tersembunyi yang dikenakan oleh IPT milik kerajaan negeri Selangor itu.




Luahan pelajar diatas jelas membuktikan betapa bebal dan butanya mahasewel yang berdemo dan betapa cakap tak serupa bikinnya Pakatan Rakyat.