Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Wednesday, April 4, 2012

Sikap Toleransi Pemimpin Politik Melayu Dalam Isu Panas Kuil Seksyen 19, Shah Alam.

Artikel ini dikirimkan melalui email oleh seorang pembaca dan beliau minta Horas! siarkan diblog ini.

Agak panjang....namun penuh dengan maklumat dan menarik untuk dibaca.



"Sikap toleransi sebahagian pemimpin politik Melayu menggugat bangsa sendiri. Contohnya isu kuil Hindu dikawasan majoriti penduduk Islam Seksyen 19 Shah Alam mengambil masa yang lama untuk dipindahkan kerana keengganan pihak kuil untuk keluar dari tapak itu. 

Semasa perjumpaan penduduk dengan Penguat kuasa dan Jabatan Perancang MBSA pada Ogos 2006 penduduk diberitahu pihak kuil mendapat sokongan padu daripada pemimpin dan komuniti mereka sebab itu mereka berani dan bersatu. Bagaimana pula sikap pemimpin politik Melayu?. 

Disebabkan sikap toleransi pemimpin politik Melayu mereka dapat bertahan lama dikuil itu. Penduduk sekitar terpaksa berhadapan pelbagai cabaran dan gangguan walaupun dalam pelan asal kawasan perumahan Seksyen 19 tidak ada kuil ditapak itu. 

Semasa penduduk pindah kuil itu kecil dikawasan rendah yang semak terbiar, tiada bekalan air dan elektrik disitu. Kuil digunakan penduduk setinggan berhampiran jalan keretapi. PKNS berjanji kepada penduduk kuil akan dipindahkan kerana kawasan itu untuk tapak rumah teres dua tingkat sebanyak 16 unit seperti dalam pelan asal Seksyen 19. 

Pada tahun 2003 kuil diarahkan berpindah ke Seksyen 18 tetapi pihak kuil menolak atas pelbagai alasan. Semua penduduk kawasan setinggan telah dipindahkan secara berperingkat-peringkat hingga selesai pada tahun 2005.

Pada tahun 2006 kuil menjadi semakin aktif selepas bekalan air dan elektrik dimasukkan. Kuil dibesarkan tanpa pelan dan permit PBT. Kebanyakan pengunjung kuil datang dari kawasan lain. 

Sepanjang tahun 2006 penduduk membuat aduan dan perjumpaan dengan pelbagai pihak mohon kuil dipindahkan kerana aktiviti mereka mengganggu ketenteraman awam di kawasan majoriti Islam. Pada 28/7/2006 Persatuan penduduk membuat aduan kepada DYMM Sultan Selangor. 

Pada Ogos 2006 dua papan tanda dipasang “Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan Didakwa”. Realitinya, tapak itu terus diceroboh kerana mereka tidak didakwa. Semakin banyak aduan, kuil semakin besar. Pada 26/07/2007 aduan dibuat kepada Badan Pencegah Rasuah dan Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri. Pada 29/12/2007 BN lulus kuil pindah ke Seksyen 22. 

Namun begitu usaha penduduk menjadi sia-sia kerana pemindahan kuil itu dibatalkan selepas PR berkuasa pada Mac 2008 dengan alasan tapak kuil itu jauh dikawasan kilang. Bendera parti PAS dan PKR digantung pada papan tanda PKNS, pemuda kuil kata dua parti sokong kuil tidak payah pindah. 

Pada April 2008 perjumpaan penduduk dengan YB Adun minta selesaikan isu pemindahan kuil tetapi jawapan YB Adun tidak memihak kepada penduduk Islam. Jun 2008 jalan masuk kekuil dibesarkan. 12/07/2008 aduan kepada YB Adun kuil buat ubahsuai tetapi pada 13/07/2008 wakil rakyat komen dalam blog tiada pembinaan selepas aduan disiasat. 

21/07/2008 tiga buah lori bawa bahan binaan kekuil itu, seorang penduduk menahan sebuah daripada lori tersebut. Pemuda kuil selamba menjawab kerajaan baru sudah lulus besarkan kuil. 

Julai 2008 keramaian bergendang kerap diadakan. Mereka bergendang ketika azan Maghrib hingga ketengah malam. Pada malam 26/07/2008 mereka buat perarakan bergendang membawa patung besar depan rumah penduduk jam 1 pagi. Suasana malam itu kecoh penduduk tegur bising diugut bunuh. 

Bila polis sampai mereka menjerit “Apa komplen Melayu bodoh”. Bila kuil mengadakan keramaian kawasan penduduk menjadi sesak dan bising beberapa hari. Pelbagai masalah sampingan mengganggu penduduk apabila mereka berkumpul ramai dikawasan kuil itu.

Aduan demi aduan kepada pihak berkuasa, perjumpaan dengan wakil rakyat sudah dibuat tetapi tidak ada tindakan berkesan. Oktober 2008 kuil ganggu bising semasa penduduk sambut Aidilfitri. Pada November 2008 rumah penduduk dan tanda jalan diconteng nombor gengster 303, kawasan penduduk sekitar menjadi tempat pemuda Hindu merempit, minum dan mabuk. 

Penduduk yang menegur telah diugut, ada penduduk diletak parang depan pagar rumah. Majlis kenduri penduduk diganggu bising lagu Hindu yang dipasang kuat, ada penduduk yang diminta bayar jika mahu kuil senyap. Pada Disember 2008 bilik-bilik kuil dibesarkan, gangguan bising semakin kronik. Penduduk minta bantuan dari Pertubuhan NGO Islam. Pada 08/01/2009 kedatangan NGO diserang AP Shah Alam. YB Khalid Samad tuduh NGO datang buat provokasi dikaitkan PRK di Kuala Terengganu. 

NGO bina gelanggang bersebelahan kuil untuk mengurangkan sebahagian masalah yang dihadapi penduduk. Pada hari perasmian gelanggang YB Khalid Samad menulis artikel tuduh NGO sebagai gerombolan UMNO buat provokasi kepada kuil Hindu. 

Artikel itu tersebar luas, pelbagai komen pro dan kontra dibuat pembaca dalam blog pro PR. Semak artikel Khalid Samad pada 10/01/2009, 12/01/2009, 18/08/2009, 19/08/2009, 30/08/2009 dan 02/09/2009 mengenai Persoalan kuil di Seksyen 19 yang lebih memihak kepada Hindu kuil. 

Kenapa YB Khalid Samad sengaja menimbulkan kemarahan pembaca blog kepada NGO dan penduduk Seksyen 19?. Kenapa wakil rakyat tidak ambil peduli tekanan emosi yang dihadapi penduduk akibat gangguan keterlaluan dari kuil itu?. 

Pelbagai risiko dan situasi sukar dihadapi penduduk pada masa itu hingga terpaksa minta bantuan dari luar. Adakah YB Khalid Samad menunggu hingga keadaan menjadi kritikal baru hendak membantu penduduk?. Pertubuhan NGO segera datang membantu selepas menerima aduan, tetapi Khalid Samad sindir NGO sebagai Tukang Perhangat. Kuil Seksyen 19 dilaporkan dalam media pro PRO sudah berusia 150 tahun, tetapi selepas itu diturunkan kepada 106 tahun. 

Penduduk Seksyen 19 mengadakan dua sidang media pada tahun 2009 - "Penduduk desak Kuil Seksyen 19 Pindah " dan "Penduduk Seksyen 19 nafi kuil berusia 106 tahun". Jika benar kuil itu sudah didaftarkan 106 tahun yang lalu kenapa pihak PKNS pasang dua papan tanda " Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan Didakwa".

NGO hantar memorandum minta kuil segera pindah. Pada 30/05/2009 penduduk terima berita kuil akan dipindahkan ke Seksyen 23. Penduduk Islam Seksyen 23 membuat bantahan tidak bersetuju kuil besar dibina berhampiran kawasan mereka. Penduduk tidak mahu masalah di Seksyen 19 berlaku dikawasan mereka. 

Pemimpin PR tidak peduli bantahan penduduk Islam. Kuil dikatakan 200 meter dari kawasan perumahan itu terletak bersebelahan padang permainan. Pagar tapak kuil satu ekar diconteng penduduk kerana marah, tetapi MB berkeras hendak teruskan bina kuil disitu. Pada 28/08/2009 demonstrasi penduduk bantah kuil di SUK. Bila kepala lembu diusung sebagai tanda protes satu dunia kecoh konon menghina agama Hindu. Akhbar Harakah 040/09/2009 tuduh UMNO dalang kepala lembu. 

Blog-blog pemimpin Islam PR membuat ulasan isu kepala lembu dikatakan menghina anutan agama lain. MB Selangor minta maaf kepada penganut Hindu kerana isu kepala lembu amat sensitif kepada mereka. Pihak kuil yang dibela oleh PR tidak ambil peduli sensitiviti penduduk kawasan majoriti Islam Seksyen 19. 

Pada 26/07/2008 Hindu kuil Seksyen 19 buat perarakan bergendang bawa patung besar depan rumah penduduk Islam waktu tengah malam jam 1 pagi amat mengganggu ketenteraman awam. Kenapa tidak ada tindakan susulan selepas aduan dan perjumpaaan dibuat dengan Wakil Rakyat?. Malah masalah penduduk bertambah kronik selepas aduan itu hingga pada Disember 2008 penduduk terpaksa minta bantuan Pertubuhan NGO Islam. 

Pada 30/09/2009 Bahagian Sekretariat akhbar Kerajaan Selangor terbitkan risalah bertajuk “Memahami isu pemindahan kuil Mariaman di Sek. 19 ke Seksyen 23”.

Laporan risalah bersikap double standard hanya menulis fakta dan aduan oleh pengunjung kuil Seksyen 19. Masalah penduduk tidak akan menjadi serius jika pihak berkuasa prihatin selesaikan aduan rakyat. Kenapa pihak NGO lebih prihatin membantu penduduk di Seksyen 19 dan Seksyen 23?. 

Logikkah NGO membantu penduduk dituduh dalang yang menimbulkan isu pertelingkahan kaum?.Jika benar seperti dinyatakan “Keadilan Untuk Semua”, gangguan kuil Hindu kepada penduduk Seksyen 19 wajar didedahkan didalam risalah itu. Hindu kuil yang disokong MIC sejak zaman BN dahulu tidak jadi isu kepada PR. Tetapi bila penduduk Islam buat bantahan pasti UMNO yang dilibatkan.

Selepas demonstrasi kepala lembu, kuil tidak jadi dibina bersebelahan Padang Permainan Kanak-kanak Seksyen 23. Kuil di Seksyen 19 pula terpaksa dipindahkan ketapak lain bersebelahan kilang Nitto Denko. Pemindahan kuil telah di tangguhkan beberapa kali sejak September 2010. 

Selepas setahun berlalu pada September 2011 penduduk hantar aduan ditanda tangani lebih 100 penduduk kepada YB Datuk Khusrin bin Munawi, SUK Selangor mohon bantuan agar pemindahan kuil disegerakan. Laporan dokumen MTEN Selangor Julai 2009 ditanda tangani oleh Datuk Bandar Shah Alam menulis pihak Polis menasihatkan MBSA pindahkan kuil itu bagi mengelak perkara tidak dingini berlaku.

Kuil Hindu yang mengganggu penduduk Seksyen 19 sudah pun dirobohkan pada 02/02/2012. Wakil Rakyat Shah Alam dan Media pro PR membuat ulasan kejayaan kerajaan PR berjaya memindahkan kuil dalam masa 4 tahun berkuasa. Memang benar usaha PR selesaikan pemindahan kuil ke Seksyen 23. Kuil kecil di atas tanah milik PKNS sudah diganti tapak yang lebih luas di kawasan tapak baru. Tetapi pemimpin dan media PR jangan lupa tanpa bantahan serius oleh penduduk dan campur tangan Pertubuhan NGO Islam masalah penduduk tidak akan selesai. 

Pemindahan kuil yang sepatutnya selesai pada tahun 2008 ditangguhkan hingga ketahun 2012 . Hakikatnya pelbagai gangguan yang berlaku semasa PR berkuasa lebih teruk berbanding masa BN dahulu. Cabaran penduduk bukan sahaja dari pengunjung kuil, tetapi sikap toleransi pemimpin PR kepada Hindu kuil menimbulkan masalah kepada penduduk. Kuil senyap selama 7 bulan selepas campur tangan NGO pada Januari 2009. Tetapi gangguan bising dari kuil berlaku semula selepas Ogos 2009 hingga Januari 2012. Isu kuil itu menyerlahkan sikap pemimpin politik Islam yang sering buruk sangka sesama Islam, tetapi amat bertoleransi dengan pihak kafir".

Warga Seksyen 19 Shah Alam.