Wong Fei Hung (Pahlawan Negeri Tiongkok) adalah Muslim sejati, tetapi Pemerintah Komunis menutup dan merahsiakan perkara tersebut.
Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jaguh Kung Fu dalam filem Once Upon A Time in China. Dalam filem itu, watakr Wong Fei Hung dilakonkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.
Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?
Wong Fei Hung adalah seorang ulama, pengamal perubatan tradisional, dan ahli beladiri Kung Fu lagenda yang namanya diangkat sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering menutup dan merahsiakan Wong Fei Hung adalah seorang Muslim demi menjaga supremasi kekuasaan Komunis di China.
Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila dibahasa arabkan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.
Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan tradisional bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu peringkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Harimau Kwantung.
Kedudukan dan gelaran Harimau Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.
Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh budi pekerti yang mulia sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering menghulurkan bantuan kepada mereka-mereka yang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan menyanjung Keluarga Wong.
Pesakit-pesakit yang datang dan menerima rawatan diklinik keluarga Wong kebiasaannya adalah dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar harga rawatann. Walaubagaimana pun, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan bersungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memandang latar belakang pesakit dalam membantu, tanpa memperdulikan suku, ras dan agama, semuanya dibantu dengan sebaik-baiknya.
Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang korup dan sering menindas rakyat. Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang menumbangkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Maharaja China yang anggota keluarganya banyak memeluk agama Islam.
Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya.
Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya asas-asas jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung pakar dalam melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Asas jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang berjaya meloloskan diri dari peristiwa pembakaran dan pembunuhan oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.
Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang dikenali sebagai Korea). Jika tidak kerana pemerintah Ch’in meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu pasti berjaya menjatuhkan Dinasti Ch’in.
Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun. Beliau juga telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan beliau berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.
Kemampuan beladirinya semakin sukar ditandingi ketika ia berjaya membuat jurus baru yang hebat yang dinamakan Jurus Cakar Harimau dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata.
Masyarakat Canton pernah menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana beliau hanya seorang diri dengan hanya memegang sebatang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang samseng pelabuhan berbadan tegap serta kejam di Canton yang cuba membelasahnya kerana dia cuba membela rakyat miskin yang akan mereka peras.
Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek.
Setelah isteri ketiganya menunggal dunia, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri hingga beliau akhirnya bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan kemudiannya menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri khas untuk wanita diperguruan suaminya.
Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka.
Siapapun dan berapa pun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.
Wong Fei-Hung meninggal dunia dengan meninggalkan nama yang harum, yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah SWT dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amin.
sumber: FB rakan