Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Tuesday, April 16, 2013

Caca Marba: Akar Umbi PAS Baling Tolak Pencalonan Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad.

Najmi Ahmad (dua dari kanan) diumumkan sebagai calon PAS bagi Parlimen Baling. Sementara Mustafa Ali (kanan sekali) cuba sorokkan jam tangannya dalam poket....yang didapati sebijik sama seperti jam yang dipakai lelaki dalam video seks yang dikaitkan dengan dirinya.

Sebelum ini penyandang kerusi parlimen Baling ialah Datuk Taib Azamuden. 
Kerana uzur tak sihat....Datuk Taib Azamuden digugurkan.

PAS Kedah sudah mempunyai nama calon lain untuk menggantikan beliau di Parlimen Baling dan nama Datuk Najmi memang sah-sah tak ada didalamnya. 

DS Azizan Abdul Razak sendiri pun sahkan nama Najmi sememangnya tiada dalam senarai calon asal yang PAS Kedah kemukakan kepada PAS Pusat.

Entah kabel apa yang Datuk Najmi guna...tup-tup nama asal yang dah sedia ada dan disokong oleh akar umbi PAS di Baling PAS pusat buang dalam mangkuk jamban dan gantikan dengan namanya sendiri. 

Sedangkan ahli akar umbi PAS di Baling awal-awal lagi dah cakap mereka tak mahu calon yang melompat keluar dari dari kapal terbang guna payung terjun bertanding dikawasan mereka.

Hasilnya wujudlah suara-suara sumbang dikalangan pemimpin tempatan PAS dan pekerja parti yang tidak berpuas hati dengan calon yang dikemukakan PAS Pusat itu

Mereka pakat nak boikot Datuk Najmi

Padan lah dengan muka PAS.

Bila BN tak keluarkan lagi senarai calon yang bertanding dalam PRU13...terpekik-pekik pemimpin PAS cakap BN dan UMNO ketandusan calon. Lepas tu buat pulak fitnah kata calon-calon BN dan UMNO berebut kerusi.

Sekali rupanya calon dia yang berebut kerusi beb!!..
Buktinya! sampai sekarang PAS tak siap-siap lagi susun senarai calon mereka yang nak bertanding.
Kawasan yang dah ada calon pun tak habis-habis bercakar sesama sendiri...

Kompem DAP gelak tengok....