Krisis pergaduhan PAS dengan PKR kerana berebut kerusi DUN Sg Acheh nampaknya semakin kritikal.
Semalam chegubard mengadu diFBnya yang dia cuba dibelasah unit amal PAS ketika proses penamaan calon.
Mengapa chegubard sebarkan kisah dia nak kena balun dengan unit amal PAS itu di FBnya sampai 1 malaysia tahu? Mengapa chegubard turut jaja yang anak bininya turut dikasari? Dari sudut kepentingan dan keuntungan politik PR, bukan kah lebih baik kalau insiden tersebut diselesaikan senyap-senyap sesama mereka?.
Kalau ditanya pada Adam Adli yang bodoh-bodoh alang itu pun...dia akan tahu jawapannya.
Tujuan chegubard update kisah dia nak kena pukul dan anak bininya dikasari diFBnya adalah semata-mata untuk kepentingan politiknya.
Dia nak tarik simpati dan sokongan penyokong PR dan dalam masa yang sama dia nak penyokong PR di Sg Acheh benci dan menyampah pada calon PAS. Dan memang benar pun calon PAS sudah mula dibenci. Semalam berbakul-bakul calon PAS dapat maki hamun free dari penyokong PR di FB chegubard.
Taktik basi ini memang biasa sangat chegubard kenakan pada UMNO. Tapi semalam giliran PAS pulak kena dengan chegubard.
Horas! tak heran pun kalau unit amal PAS nak belasah chegubard.
Belasah lah kalau korang rasa nak belasah sangat.
Cuma pada Horas!, apa yang berlaku pada calon PKR yang yang nak bertanding di Sg Acheh kerana dah tak laku di Rembau itu membuktikan PR memang mengamalkan cara politik ganas.
Selama ni bukan main berkokok tuduh UMNO amal politik ganas
Hari-hari mereka tuduh orang UMNO ganggu ceramah dan pukul penyokong mereka sampai pecah darah.
Walau pun ada bukti dan saksi yang kata ianya bepunca dari pergaduhan yang tercetus akibat kutuk mengutuk sesama mereka sendiri...tapi tetap UMNO yang mereka kambing hitamkan.
Semalam Allah dah tunjuk bukti pihak mana yang sebenarnya ganas pada kita semua.
PKR tak boleh kambing hitamkan UMNO.
PAS pun tak boleh fitnah itu kerja UMNO.
Ada beribu mata nampak apa yang unit amal PAS buat pada chegubard anak beranak.
Padan muka chegubard....
Padan jugak muka unit amal PAS....
.