Ini bukan rebut kerusi antara PAS dan PKR.
Tapi kes rebut kerusi antara PKR dan Parti Sosialis Malaysia.
Puncanya pasal PKR arahkan dan paksa Parti Sosialis Malaysia guna lambang mereka kalau nak bertanding mana-mana kerusi dalam PRU13 nanti.
Setiausaha Agung PSM, Arutchelvan pulak fikir parti dia ada lambang sendiri dan dapat kelulusan dari ROS...jadi apa ke hal pulak nak kena pakai lambang PKR.
Sudahnya pasal hal lambang mereka bergaduh sakan..
PKR kata pakai lambang kami!!! Arut kata tak nak!!!
PKR kata pakai lambang kami!!! Arut kata tak nak!!!
PKR kata lagi...kalau nak bertanding kena pakai lambang kami!!! Arut tetap jugak kata tak nak!!!
Pasal kena paksa guna lambang PKR, Arut terus cakap dia nak bertanding sekali lagi di DUN Semenyih walaupun dia tau PKR dah letakkan calon mereka disitu.
Bertembung dengan PKR pun bertembung lah....Arut tak peduli!!
Hahahahahahahahaha!!! elok lah tu...pasal lambang pun boleh bergaduh sampai berebut-rebut kerusi. Memang lawak!
Yang tersenyum suka bila PKR dan PSM bertembung di Dun Semenyih memang sah-sah la PAS.
Semua orang tahu yang PAS dengan PKR memang dah lama tak boleh ngam antara satu sama lain di Hulu Langat..
Biasanya ada dua benda yang paling selalu mereka gaduhkan.
Satu pasal projek-projek di MPKj dan satu lagi pasal perangai PKR yang asyik menjadikan puak-puak PAS sebagai pencacai dan tukang ramaikan majlis dalam setiap program Pakatan Rakyat di Hulu Langat
Tak ngam punya punya pasal..hinggakan sampai kesatu tahap dikatakan penyelaras PR DUN Semenyih dari PKR langsung tidak mahu memberikan kerjasama kepada juak-juak PAS disana.
Penyelaras PR DUN Dusun Tua dari PAS yang tidak senang dengan keadaan tersebut turut membalas balik. Kerjasama tak diberikan pulak kepada PKR.
Maka terkontang-kanting pulak lah puak-puak PKR di DUN Dusun Tua.