Makluman

blog ini adalah backup kepada blog http://umbhululangat.blogspot.com/ . Tujuannya adalah sebagai persedian sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak dingini diblog asal. Untuk tujuan pautan atau sebagainya, anda boleh klik url blog seperti diatas. Terima kasih.

Tuesday, April 23, 2013

Sekitar Ziarah Warga Emas Calon N23 DUN Dusun Tua..








Kempen calon BN DUN Dusun Tua memang cukup sempoi dan santai..

Takde deretan panjang kereta yang mengiringi...
Jentera pilihanraya yang mengiringi beliau pun setakat 3-4 orang.

Kata Tn Hj Ismail Sani...dia tak mahu orang ramai ditempat dia berceramah rasa segan-segan untuk mendekati beliau. Dia pun tak mahu orang yang diziarah atau dilawati rasa tidak selesa kalau dia membawa rombongan yang ramai macam rombongan cik kiah.

Berbeza sungguh dengan cara calon PAS.

Kata sorang teman Horas! yang selalu terserempak dengan rombongan kempen calon PAS, standard kempen mereka hanya dibawah sedikit daripada standard kempen Obama nak jadi presiden.

Berderet-deret kereta mengiringi calon PAS. Kereta mereka siap dipasang dengan lampu warna biru lip lap lip lap didashboard macam lampu yang selalu diguna detektif  polis kalau nak kejar penjenayah dalam filem aksi Hollywood.

Unit amal yang mengiringi pun cukup ramai.

Kalau sampai disatu-satu kawasan tempat calon mereka dijadualkan memberi ceramah, unit amal akan turun terlebih dahulu memerhati kawasan sekeliling dengan muka serius. Keluar sahaja calon dari kereta, dia akan dikawal dengan ketat oleh unit amal PAS. Kalau nak dekat dengan calon...kena lepas unit amal dulu. 

Cumanya takdelah mereka sampai memeriksa tubuh badan orang yang nak dekat dengan calon mereka. Dan kerana takde pemeriksaan tubuh badan itulah yang menjadikan kempen mereka kurang sedikit standardnya dari kempen Obama.

Itu baru jadi calon YB. Kalau ditakdirkan menang dan dah betul-betul jadi YB...tak tahu lah pulak macam mana susahnya orang ramai nak dekat.

Pada warga DUN Dusun Tua, kalau anda semua nak nak pemimpin yang mesra dan mudah didekati sebagai wakil rakyat anda....undilah Tuan Hj Ismail Sani.